Saturday, 26 April 2008

Saat Itu Telah Tiba

15 Disember 2007
Saat yang dijanjikan telah tiba. Hari ini teratak kami dilimpahi kaum kerabat & rakan taulan yang datang untuk menziarah & berdoa semoga pemergian kami ini direstui & diberkati oleh-Nya. Aku keletihan yang amat sangat memandangkan sudah berhari2 aku menguruskan barang2 (utk dikemas) & juga urusan karierku berkaitan Cuti Tanpa Gaji. ALHAMDULILLAH..semuanya seperti selamat diatur. Aku bersyukur..Namun, keadaan Ameen yang tidak begitu ceria (demam panas) membuatkan aku & suami risau dan berdebar2 untuk menghadapi saat yang lama semasa dalam pesawat nanti. Lain pula keadaannya dengan Iffah yang ceria bermanja dengan atuk walaupun aku tahu badan dia mulai dedar tanda kurang sihat. Jam 11.20 mlm kami diminta untuk masuk ke international departure untuk bersiap sedia menuju pesawat MAS Boeing 777 yang dijangka berlepas dr KLIA jam 12.55 mlm. Aku tidak dapat menanggung sebak tatkala menatap wajah abah&ma. Selamat tinggal abah, ma, abeza, kaktie, ana, amira&akmal..begitu juga buat adik-beradik suamiku. Selamat tinggal semuaaa..

No comments: