Pulang dari menjelajah negara Luxembourg, kami balik semula ke rumah kenalan kami di Homburg, Germany. Janjinya, petang itu selepas solat Jumaat kami nak ikut mereka ke Zweibrucken outlets. Hmm...tempat ni mengingatkan kami pada Dalton Park di Seaham, Murton yg merupakan shopping outlet terbesar di North East England. Hampir sama strukturnya. Cuma yg ini laaagi besar. Dan, di sini kami jumpa TEFAL outlet dan macam2 lagi.
Walau sekadar menemani rakan kami untuk urusan bisnes mereka, dapat jugalah sang ayah menyambar jersey untuk koleksi peribadinya..bayern munchen..hmm. Menurut IU, coklat buatan German pun boleh tahan sedap, carilah juga kedainya, tapi, tak jumpa2. Masa kami cari tu, tuan rumah dah balik naik bas dah..tak sempat nak tanya kedai mana. Huhuu..melepas.
Ini pula Ameen dan Haziq..sementara menunggu si ayah2 menyelesaikan urusan bisnes, kami si ibu2 ni bawa anak2 ke playground yang memang disediakan di situ. Saya terlupa nak ambil gambar nursery, tempat letak kanak2 sementara parents mereka membeli-belah di outlets. Empat sekawan ni memang diletakkan di sana sementara kami meronda2 di sekitar kedai. Bagusnya jika nursery seumpama itu disediakan di Dalton Park factory outlet berdekatan tempat tinggal kami di UK. Senang ayahibu nak shopping & window shopping.
Orang memberi, kita merasa...orang berbudi, kita berbahasa..begitulah indahnya kata2 Melayu dahulukala yang masih menjadi pesanan untuk generasi seterusnya. Ini yang kami rasa dan patut buat bila sedang berkelana di negara orang..kami amat terhutang budi dengan sahabat baru kami, IURF yg bersedia menerima kami sebagai tetamu walaupun dalam masa yang sama beliau sekeluarga sangat sibuk dengan urusan bungkus membungkus dan kemas mengemas barang2 sebelum pulang ke tanahair. Jadi, kami sangat berbesar hati untuk membantu beliau menguruskan hal pengangkutan barang2 dari Zweibrucken ke Homburg. Alhamdulillah, muat pula dengan X57 ARF kami tu.
Saya, hubby dan Izzah saja yang menaiki kereta. Ameen Iffah ikut aunty IU dan uncle RF naik bas bersama Haziq, Faris dan Izzah sorang lagi. Bukan main seronok dan teruja lagi mereka berdua bila diberitahu mereka kena naik bas, lebih2 lagi dengan kawan2 baru. Lihat sajalah bagaimana mereka berempat bergandingan tangan berjalan menuju ke tempat menunggu bas. Alhamdulillah, semua selamat sampai di rumah petang itu, termasuklah kami sang pembawa kotak2 barangan TEFAL..hahaha..bisnes mantop!
2 comments:
Zaman bebudak dulu, bila nak naik bas, rasa seronok giler. I can imagine how excited the kids were.
along,
hehe..betul3. member tu ckp, dlm bas bingit je mrk ber4 ni..tersengih2..hahaa..banggala tu dpt naik bas..
Post a Comment