Sepanjang cuti sekolah ni, kami memang sibuk. Sejak dari awal cuti lagi. Mula2 holiday, lepas tu program, kemudian, menerima tetamu, tak lama lepas tu, kenduri..akhir sekali, menghantar rakan2 yang pulang ke tanahair. Pendek kata, ada beberapa hari saja kami bersenang-lenang di rumah. Itu pun bukannya duduk meriba tangan, lincah saja uruskan itu ini. Dalam masa yang sama, blog ni pun tak ter'update' dengan catatan, mana tidaknya, mood blogging lenyap terus bersama kesibukan saya sepanjang 2 minggu ni. Harap2 saya dapat teruskan usaha untuk mencatat pengalaman dan kenangan keluarga. Bukan itu saja, terbantut sekejap aktiviti bungkus2 saya. Nampaknya lepas ni kena sambung semula..2 bulan tidak terlalu lama.
Kebetulan pula, hari ni cuti di seluruh UK bersempena dengan perkahwinan diraja Prince William & wanita pilihannya, Kate. Saya juga tak sempat mengikuti siaran langsung upacara perkahwinan mereka. Tak mengapa, saya boleh saja menontonnya dalam berita BBC malam nanti.
Ada banyak cerita yang ingin dicatat di sini, cuma saya masih dalam mode mengumpul kerajinan semula.
** sedang membaca Siri Pendidikan Masyarakat berjudul "Qazaf" dan juga novel karya Paulo Coelho "Eleven Minutes".
2 comments:
Sibuk dengan bungkus membungkus,hnyhar dah nak balik ke?
kak zai,
lebih kurang macam tu lah kak..insyaAllah xlama lagi...tiba2 rasa sayu pula nak tinggalkan rumah dan tempat ni..nnti mesti rindu dgn kehidupan kat sini..sob2
Post a Comment