Monday, 11 April 2011

Ameen @ Dance Festival

Hari ni kelas Ameen membuat persembahan tarian lanun di Gala Theatre sempena Dance Festival. Tapi, sayangnya tiket dah habis dijual. Maka tak dapatlah kami nak menonton tarian Ameen tu. Ibu dah tentulah kecewa kerana sangka kami tiket masih banyak dan sempatlah untuk kami tempah di saat2 akhir. Rupanya meleset belaka.

Cikgu minta Ameen dihantar awal ke sekolah supaya tidak kelam kabut untuk buat persiapan ke sana. Ameen juga diminta mengenakan pakaian ala lanun lagi..huh, baju hitam putih pun okla. Janji ada gambar tengkorak dan lanun kat baju tu.. :)

Semalam kami minta Ameen menari sepertimana yang diajar oleh cikgu. Hahahaa...geli hati melihatnya. Tak dapat kami bayangkan macamanalah masa persembahan tu nanti, mesti mencuit hati belaka. Maklumlah kanak2 yg buat. Kata Ameen, tu pirates dance..keras cam kayu lah Ameen..hihihi..mintak2la ada gambar Ameen terselit yang cikgu rakamkan. Jika tidak, tiadalah kenangan Ameen untuk dimemorikan.

4 comments:

Lady Lavender said...

rugikaann tak dpt tengok..pirate dance pulak tu heeh..mesti comeii :-)

hnyhar said...

lady lavender,
aah mmg rasa rugi sangat sbb anak sendiri yg participate kan. tp, hari ni cikgu ada bagi form, srh isi dan kasi duit 5 pounds utk kos DVD yg dirakam oleh pihak city council masa Dance Festival hr tu...syukur..boleh gak buat kenangan akhirnya..

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Mcm mana tu pirates dance..

hnyhar said...

badrul,
entahla kami pun belum tengok lagi DVD tu, bln 5 nanti baru dapat. yg tengok dr ameen ni mmg kelakarlah..dia pun merah padam muka masa menari kat kami..hihi