Thursday, 15 October 2009

Izzah..Sekarang ni..

Dah lama xcerita & upload gambar Izzah kan..ini atas desakan drpd kakak sy maka sy rajinkan diri upload sedikit gmbr Izzah n kakak utk tatapan keluarga di kampung.

Inilah saya sekarang ni..gambar ni xdela terbaru sangat ni..diambil beberapa minggu lalu. Yg terkini akan menyusul kemudian, sy belum transfer lagi dlm laptop. Sekarang ni Izzah dah terer kasi pose utk kita snap gmbr dia..tp inilah pose yg plg dia suka buat..

Tengah layan CBeebies ni dgn kakak. Masa ni kakak belum pegi sekolah lagi. Tengahari baru ayah gi hantar..maklumlah 3 jam je, nursery. Dulu Izzah xdela heran mana apa yg ditayang kat tv tp sekarang ni tiap kali bunyi muzik apa2 kat tv mesti dia goyang2kan badan dia sambil tepuk2 tangan. Hmm...

Setiap kali makan, Izzah akan dipakaikan bib utk elak pakaian dia kotor. Tapi, sekarang ni Izzah dah macam tak mau pakai pulak dah..sudahnye, kat area kolar baju tu ada kesan lebam pisang..Izzah sukaa makan pisang, tiap kali nampak pisang dia akan sebut.."nana..nana".

Suka minum air masak macam kakak, cuma sekarang ni dah tak mau sangat pakai botol dia, nak guna gelas macam kami. Untuk elakkan Izzah daripada tersedak, ibu bagi sippy cup kat dia. Senang sikit dia nak minum air. Tiba2 teringat sippy cup Iffah yg saya beli masa dia baby dulu, bentuk hippo..sayangnye si Iffah tak suka cup tu, mungkin sbb dia xsuka hippo tu kot..ibu je yg suka, hoh, ibula kot yg kena guna..ekekeke.

Sekarang macam2 Izzah nak makan. Hmm, dia sukaa sangat makan cekodok. Tapi, sekarang ni kena pantau sikit nak kasi makanan berminyak sbb dia tgh batuk. Siaan baby.


Hahaha..kakak tengah hirup kuah sup...sluuurrrp. Dia ni semua kuah dia panggil 'sup'. Hinggakan aiskrim yg cair tu pun dia panggil sup juga. Sekarang ni, Izzah pun suka aiskrim..nnti dia akan jerit kuat2 kalu kakak tak bagi dia rasa..huhuhuuu..

Tinggal sehari lagi sebelum birthday Izzah yg sebenar. Ahad lepas kami dah celebrate in advanced pasal nak sekalikan dgn open house. Dah besar dah anak ibu sekarang ni..

2 comments:

HalfBlood Princess said...

terubat rindu kt izzah!:)
so cute, bam2...bestnye tgk cbeebees, izu dulu pn salu layan cbeebees.:D

hnyhar said...

halfblood princess
hahaa2..auntie izu pun rindu gak ke..skrg dh mcm2 ada dlm cbeebies..