Thursday 15 October 2009

Brownies Cheese Cake vs Virgo Gift

Cerita ni cerita lama tau. Masa tu sy tengah malas nak update blog..sementelah pula bulan puasa..sibukla juga kan. Untuk kesekian kalinya..hari ulangtahun sy tahun ini masih lagi disambut dalam bulan mulia..Ramadhan..samalah semasa sy dilahirkan berpuluh2 tahun lalu..pun juga dalam bulan Ramadhan iaitu, 30 Ramadhan..nak jugak keluar sebelum raya pose..nak fitrah tu.

Alkisahnya sy masa mula2 dilahirkan dulu..mempunyai birthmark yg cukup hebat i.e. di kawasan muka. Keesokannya raya, ma kata ramai sgt org2 yg dtg menziarah ma & baby [saya la tu..] krn alang2 ziarah raya..dan juga diorang ni nak tgk tanda lahir sy yg hebat tu. Bluish mark tulaa yg buatkan sy dah glemer sedari kecil lagi.. [skrg dah kurang glemer..ekeke]. Alhamdulillah..tanda lahir tu dialih kedudukannya sewaktu sy masih bayi, jadi bila dah besar tua bangka ni..takde da pun birthmark tu. Hmm..alhamdulillah, bayangkan jika sy masih bertanda lahir tu..ntah2 abang pandang x saya ni eh..? {Acah je abg, dia xsuka sy timbulkan isu ni..kiikiikii}.

Sudah2la tu cerita lama..

Sekarang ni sy nak share resipi Brownies & Cheese Cake yg sy buat masa birthday hari tu..rasanya yummilicious..pun begitu, sy & anak2 je yg makan sbb abg ni xsuka kek2 & kuih2 manis. Lidah org kampung.. ;P Tapi kan, kek sy ni xcukup bahan..maka jadilah mcm tu. Sy pun tak tahu rupa asal kek ni camna. Nak tahu, kena cuba buat sekali lagi. Apapun, rasanya tak merugikan. Oh! Yee..maaflah sy dh lupa amik dr mana resipi ni..bukan MyResipi ye..drpd blog seseorang.

· BROWNIES & CHEESE CAKE
·
· **Bahan Brownies**
· 300gm dark chocolate
· 2/3 cawan gula
· 150gn butter
· 1 1/2 cawan tepung gandum
· 1 1/4 cawan whiping cream
· 1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
· 2 biji telur
·
· **Bahan Cheese**
· 250gm cream cheese
· 1/3 cawan gula
· 1 biji telur

Cara-cara

1. Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.

2. Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.

3. Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.

4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).

6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!

7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.





Cubalah!!
Bessssttt!!!


Dan, ini dapat drpd ayah.
Jauuuh dtg ni..dr negara matahari terbit. Mulanya sy ingatkan coklat, tengok2 huuu...tak sangka pulak dapat ni..alhamdulillah.

Terima kasih abang atas ingatan.

2 comments:

NUR said...

Sedap nampak kek tu...kena try ni....
selamat menyambut ulangtahun kelahiran...maaf lewat ucap.

hnyhar said...

NUR,
mmg sedap rasanya, itu yg xcukup bahan tu..kalu cukup bahannya, mesti lagi sedap.cubalah buat.

nanti akak nak resipi ayam bakar tu..akak sukaaa sgt. sedaap!

terima kasih..xpe lambat pun..