Tuesday 10 March 2009

Fever

Kasihan Iffah, pada mulanya macam gaya2 selesema. Pastu, tgk2 semalam badan dia panas pulak. Hoh, kena demam panas pulak anak saya ni. Semalam dia dah tak pegi sekolah. Tapi, terpaksa juga saya bawak dia keluar rumah pasal nak hantar Ameen sekolah.

Hari ni, Iffah beriya2 sgt nak ke sekolah. Saya dah bgtau dia, Iffah demam & tak larat nak gi sklh. Bila dgr je jwpn saya tu terus dia menangis. Hallamak..nangis nak gi sekolah la pulak, hari tu nangis nak blk rumah. Oleh kerana dia insists sgt..maka saya pun hantarlah dia ke sekolah tu.

Berat juga hati nak tinggalkan dia kat sana sbb nampak sgt mukanya tak ceria & tak larat. Sebelum 2:45 pm lagi saya dah terpacak kat depan pintu nursery. Mrs. Raine dgn senyum kambingnya memberitahu saya, Iffah demam kuat, badan panas..dan beliau ada buat panggilan ke rumah saya, namun tiada jawapan..hmm..masa tu saya kat atas, memang saya dengar bunyi telefon dan berkejar nak angkat..tapi, tak sempat.

Rupa2nya 10 minit selepas saya beredar, Iffah nangis..mungkin dia rasa badan dia tak ok kot. Disebabkan tak dpt menghubungi saya, maka cikgunya suruh Iffah berehat & tidur. Masa saya sampai tu Iffah masih tidur. Bila dipegang, terus dia bangun & tersenyum. Terkejut Mrs. Raine bila Iffah babai sambil senyum kat dia walaupun masa tu bibir Iffah merah mcm pakai lipstick. Telinga pun dah merah..badannya Tuhan saja yg tahu, panas betul. Sementelah dlm nursery tu panas.

Kesian pula saya lihat Iffah..seingat saya dia belum jamah nasi @ roti dari pagi. Hanya makan cornflakes dgn susu masa sarapan dgn Ameen. Hmm..bila anak sakit, barulah offer dia makan macam2 ye. Coklat laa..aiskrim la..kalo time segar bugar tu, bila diorang minta nak itu, nak ini..mesti bo layan jer. [teringat masa diri sendiri sakit dulu..abah & ma pun macam tu..mentang2lah saya ni pahit mulut nak makan, macam2lah di offer..heheh].

Malam ni Iffah demam lagi. Dah taknak makan pape. Epal & air masak saja yg ditelannya. Kat tepi tidurnya pun terletak sebotol air masak sbb dia akan minum bila dia terjaga. Nenek mesti arif sgt dgn Iffah yg suka minum air masak sejak baby lagi.

Doakan Iffah segera sembuh dr demamnya. Saya rasa dia demam sebab rinduukan ayah sama sbb mlm tadi dia mengingau panggil ayah. Petang tadi pun nangis nak ayah. Masa ayah call tadi pun dia taknak cakap, lalu merajuk & menangis.

[sekarang ni dia dah lenaa, cuma kdg2 tu terjaga, terkejut dan nak minum air..sian anak ibuu. Ibu doakan Iffah cepat baik..dan happy macam selalu. Baru je makan banyak..dah demam pula.]

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Kesiannya si Iffah. cepat baik, yer.. Nashwa pun demam juga 2-3 hari ni. Waktu malam mulalah merengek-rengek dan badan panas. Sabar ya kak HH.

iu rf said...

auntie doakan semoga iffah cepat sembuh drp fever tu.. cianya iffah... semoga cepat sembuh ya.. iffah kuat!! ;)

insya allah nt ayahnye balik leh lepas rindu pd ayahnya.. hehe...

Mrs. Ishamizu said...

Smg cpt sembuh iffah..

salam kenal dr sy sis..minta izin utk link kn blog sis to my fav ye..tq!

Mrs. Ishamizu said...

Get well soon iffah..

Salam knl dpd sy n mintak izin utk link kn blog sis ni yer..tq!

hnyhar said...

izuan murat,

terima kasih dtg baytulkifli..salam kenal juga dr saya.

tak perlu minta izin utk link kan baytulkifli ke blog awak. ok jer. nnti sy dtg rmh awak..

iffah dah baik demam daaah.dah blh pegi school.