Tuesday 3 March 2009

Iffah vs Baby Dolls

Semalam, waktu saya menghantar Iffah ke nursery, saya lihat ada 3 ekor baby dolls tengah terbaring atas meja. Hmm..nampaknya minggu ni tema role-playing budak2 tu adalah mengasuh bayi. Hahah..nampaknya terkecualilah anak saya kat dlm role-playing tuh. Kenapa pula?

Sebabnya, Iffah takuut sgt dgn baby doll. Sebelum ni ok saja, tapi sejak dia dapat baby doll yg bila baring tutup mata, bila bangun bukak mata tu, terus dia menjerit & menangis ketakutan..menggigil2. Huh, saya ingatkan dia sukaa, rupenye takut banget.

Jadik, selepas bersalam & big hug n kisses dgn Iffah, saya pun mendekati Mrs. Raine, saja bgtau dia yg Iffah ni takut dgn baby dolls..manalah tahu, dibuatnya melalak kat nursery tu karang..tak ke susah hati saya nih. Besar bijik mata Mrs. Raine [nursery nurse] bila dgr saya bgtau ttg itu, iyelah, katanya kebanyakan budak2 suka dollies. Yess! Except my daughter!! Beliau mengangguk sambil mengangkat keningnya kpd saya..pd hemat saya, ini mesti Mrs. Raine nak buat sesuatu..mungkin pakai kaedah flooding ..isk betul ke, saya pun dah lupa2 plk ilmu Psychology nih..maknanya, kalo kita takut atau fobia dgn sesuatu, utk atasinya, kita kena berdepan dgn ketakutan tu.

Hari ni, waktu saya nak jemput dia pulang, Mrs. Bell [nursery teacher] awal2 lg tersenyum melihat sy seraya berkata " I have a surprise 4 yer ". Huh, nak cakap benarlah ni, sy jarang sekali lihat Mrs. Bell mengukir senyuman tau..dia ni serius orgnya. Jarang tersenyum. Kdg tu terlintas yg dia ni tak friendly. Tp, bila difikirkn bagus juga penampilan dirinya begitu, sekurang2nya budak2 di nursery tu takdela nakal2 sgt. Hmm..we can't simply judge a book by its cover. Her smile is so priceless..somebody should have seen the look on her face when she told me that my lil' doter was no more afraid of baby dolls. Apa lagi..terkezutla sayaa..biar betul!

Kali ni dia srh sy masuk & lihat sendiri. Ahaaa..she quickly settled down in her new experience. Alhamdulillah. Iffah siap bg doll tu minum susu lg..sambil tersengih2 bgtau sy..ibu, look! Baby drinks milk ibuu..ooouuw..speaking anakku ini. Mrs. Raine dgn konfidennya bgtau sy sekali lg..we never fail so far..kali pertama sy dgr phrase ni semasa Iffah nangis2 kat nursery nak ibu awal2 dulu. Mrs. Raine srh sy snap foto Iffah, tp ntah cmne..kaget agaknye..foto yg di snap tu x menjadik. Aduss! Tak dptla sy nk wat bukti dlm entry kali ni. Esok sy try minta izin amik foto dia pakai real camera lak.

No comments: