Friday, 6 March 2009

: : Pulut Kuning vs Kerutuk Daging : :

Hari tu sy masak pulut kuning, nak habiskan stok pulut yg dah lama dlm simpanan. Tak silap sy pertengahan tahun lepas, tp takpe, masih dlm keadaan elok lg. Sy masak pakai rice cooker je. Senang. Sbb sy takde periuk steamer yg besar. Yg ada hanyalah steamer kat rice cooker jek. Kecik bebenor.

Kalo nak masak pulut dlm rice cooker ni lg senang.

PULUT KUNING

2 cwn beras pulut
1 cwn santan pekat
1 cwn air panas
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 / 2 helai daun pandan

- Sesudah dibersihkan beras pulut ni, maka masukkanlah bahan2 di atas.


- Masakla mcm kita masak nasi..tekan je button "cook". Hasilnya amat memuaskan. Mungkin dah ramai yg tahu cara ni. Cuma sy yg baru jumpe..hahahaa..jgn marah.

KERUTUK DAGING

Daging lembu [yg besar & dikelar2 supaya rempah2 dpt menyerap masuk]
kulit kayu manis [sebatang je kot..nnti xsedap kalo ltk byk]
bunga lawang
biji pelaga
bunga cengkih
halia [mayang]
bawang merah / besar [tumbuk]
rempah kerutuk [Kelantan mali..]
santan pekat
kerisik

- Tumis bhn2 tumis. Masukkn bwg. Dah garing tu, masukkn rempah yg dicampur sedikit air utk jd kan pes [alaa..dh ramai yg tahuu].

- Dah naik minyak br masukkan daging. Kaco2. Masuk sedikit air utk empukkan daging.

- Bila daging dah semakin empuk [test tgk], baru masukkn santan pekat. Ini bukan masak kari daging tau. Psl tu dia pakai santan yg very the pekat. Kemudian, masukkn kerisik. Perasakanlah dgn garam & gula [sy letak gula manisan - import dr kelate], baru sedap. Kaco lg smpai pekat kuahnya..tp, terpulanglah, kalo sapa2 xnak pekat2, boley letak air byk sket masa awal2 td tu..Siaap!!

Daging masak camni biasanya antara hidangan utama lauk kenduri kawin di negeri Cik CT Wan Kembang. Dia mmg pekatla rupanya..sesapa yg prnh mkn lauk ni kat kenduri kawin tu, mesti tahuu cmne rasanyaaa..ala2 rendang juga ni. Maaf, sy xdpt nak berikan sukatan yg tepat sbb sy masak main campak jer sukati..wokeh, selamat mencuba!

d
Hmm..Ameen & Iffah sgt2la suka makan pulut kuning ni sambil cicah dengan kuah kari. Kerutuk ni pun dia suka sgt.

2 comments:

iu @ wid said...

beshnyeee.. lama x makan pulut..;)

hnyhar said...

haa..nnti buatla..kat sana ada jual glutinous rice x..