Tuesday, 3 March 2009

Izzah n Pilchard

Izzah dah pandai main2 dengan soft toys. Pilchard kecik tu memang dia punya pun cuma kadang tu abang dia yg selalu dok ligan, buat lawan2 dgn spiderman dia. Saya rasa, kucing biru tu patut dah kena basuh tau..sebab takut kotor bila Izzah pegang2, maklumlah si Izzah ni suka sangat wat masuk dalam mulutnya. Ekor, telinga, kaki, hidung Pilchard tu semua Izzah dah rasa..har3.

Wif kakak Iffah yg comot sokmo terutama selepas makan. Haa..lihatlah mulutnya tu, ada kesan coklat, tapi maintain jer senyum. Kakak pun dpt kucing biru jgk tp yg BESAR sket. Dua ekor tu harganya 1 pound.

Si kecil ni tgh kurang sihat sekarang ni. Tapi, kuat semangatnya. Setiap hari, 3 kali saya akan keluar rumah bersamanya, dan walaupun dia tak 100 % sihat, namun dia baiiik je, diam je bila dibawa dlm baby sling tu. Kadang tu mulut dia berbunyi2..aaahh..ooohh..pastu, diam..tertidur..itulah kerja dia setiap 3 kali sehari.

Tengok tu..muncung mulutnya dah. Agak2 Izzah nak buat apa tuu..

Ooo..oooh..dah nak masuk dah telinga kucing tu.


Hmm..dah selamat telinga Pilchard masuk dalam mulut Izzah. Sifat semulajadi manusia semasa kecilnya, memasukkan sesuatu ke dalam mulut for pleasure.

Doakan semoga Izzah lekas sembuh dari batuknya..kasihan ibu lihat Izzah terbatuk2 malam2.

SHAFAKILLAH YA IBNATI

2 comments:

iu rf said...

chiannnn izzah.. semoga cepat sembuh.. mesti ummi pun risau sgt tu..;)

take care

hnyhar said...

iu @ wid,
cuaca xmenentu skrg ni. sejuuk yg amat. dlm rmh pun izzah berbungkus2 sbb xnak dia batuk2. of course lah risau..dia masih baru di dunia ni..

tima kasih..u too take a gud care.