Tuesday 3 February 2009

Snow Lagi

Semalam Isnin [02-02-09] kami dikunjungi snow lagi. Bukan snow je..ribut snow pun ada sama. Mula2 turun malam Isnin tu. Paginya bertambah lebat sampailah lewat petang. Malamnye pulak, hujan turun. Nak cairkan snowla tu. Snow kali ini merupakan snow yg paling lebat sepanjang tempoh 18 tahun. London yg dah sekian lama xde snow..kali ni tebal sangat snownye. Ramai turun main snow..(tentera darat juga depa ni eh..) ~blinking~

Kat bawah ni ada beberapa gambar yg sempat dirakam sebagai kenangan kami berada di sini. Kali ni kami tak kemana2 pun, kat rumah saja sebab budak2 ni sekolah..

Gambar ni waktu malam masa snow mula2 turun. Nampak tak yg putih2 sedang jatuh tu..haa..snow lah tu. Ada besar, ada kecik. Cantik sangat rupa snowflake ni. Jika diamati betul2 bentuknya sama macam yg digambarkan dlm lukisan dan tv, macam gambar yg kat bawah ni..




Pemandangan dari tingkat atas, dalam bilik tidur kami [waktu malam].
Ameen sempat tulis nama atas tangga rumah. Masa ni snow masih nipis.
Keesokan paginya, snow dah tebal. Dah tenggelam satu anak tangga tu. Nama Ameen pun dah hilang.
Depan rumah kami di Clarence Street. Tebal bukan..?? Ini gambar yg kami ambil masa waktu pagi. Di sebelah petang tu..lagi tebal. Kereta2 pun putih dilitupi salji.
Masa ni dah petang..dah nampak langit biru tapi, kejap je tu..pastu gelap balik. Macam yg kat bawah ni..

Kesian burung2 tu kan. Mesti kesejukan. Tahu tak depa ni tido kat mana? Kat dalam cerobong asap [chimney] tu haaa..Saya masih ingat lagi masa mula2 datang UK thn 2007, bunyi kicauan burung ni membuatkan hati saya teramat sayu, terkenangkan keluarga & tanahair. Dan hingga hari ini, tiap kali mendengar kicauannya pasti saya akan mengingati detik2 awal semasa kami berada di sini dengan kehidupan serba kekurangan [maklumlah baru sampai kan..mestilah macam2 takde..menumpang pulak di rumah orang..huuu sedihnya].
Di belakang rumah.


Iffah sebelum keluar bermain snow.
Hmm..budak ni tak pegi sekolah hari tu sebab selesema & batuk2, tapi terliur nak main snow sama. Tapi, dia main sebentar saja sbb tak tahan sejuk. Mungkin pasal dia kurang sihat kot.





Hai..Izzah pun naik tengok snow juga. Berbungkus2 ibu kerjakan Izzah..haha3.

Dengan ayah.
Ni knp pulak..tunjuk apa tu.
Oh..jgn salah sangka..ni sebenarnya nak bgtau setebal mana snow kali ni.
Haa..tgk tu budak 2 org ni tgh buat apa..tgh mengerjakan makanan dalam balang. Masa ni diorang dah taknak main snow..dah sejuk. Cik minah tu memanjat tu..
Kononnya ayah xnak menghampakan hajat Ameen & Iffah nak tgk snowman. Tapi, lihatlah apa yg terjadi. Kepala snowman ciptaan ayah dah jatuh ke bumi. Kui3. Snowman kecik saya masih wujud kat belakang nun. Nampak tak kat tepi bekas sampah recycle tu.
Iffah kat school.

Kat rumah lama di Wylam Street. Tebal betul snow kat sini.

Snow akan datang lagi..Khamis dan Jumaat ni..huh..sejuk betul.
Kat luar rumah rasanya seolah2 kita letak tangan dalam freezer. Dalam rumah pulak mcm dalam peti ais. Huu..sejuk tak..kalo nak tahu bagaimana rasa sejuknya cuaca kat sini, try la masukkan tangan sekejap dlm peti sejuk tu. Sebab suhu di Durham time musim sejuk ni menjangkau -3. Kadang2 lagi sejuk dr itu.

7 comments:

UnGu VioLet said...

samela kat sni kak.. tak terupdate gambar2 snow nie.. banyak botui!! esok pun ramalan cuaca akan turun snow lagi start malam nie.. :)

Beautiful Life said...

Best nya snow...cantik, bersih...tp sejuk gila2 kan...?

hnyhar said...

[ungu violet]
hmm..memang pun. seronok tp sejuuuk.ssh dah skrg nk snap gmbr2 cantik snow sbb baby kecil lg. kesian lak kt dia kesejukan. setakat kt luar rmh jelaaa amik gmbrnye.

[beautiful life]
mmg best sbb pengalaman baru. hujan batu pun ada..cumaa sejuknya xterkatalaa..lbh2 lg masa sblm & slps trn snow.masa snow trn tu xdela sejuk..lainla kalo pegang snow tu..mmg sejukla.. ais tuu.

farah adiba said...

wa33...

best nye..

mau men snow jgak..

hnyhar said...

[farahadibamaliha]
best2..meh sini ler kalu nak main snow..

|nurhidayah| said...

salam~
ustazah bestnya!
snow bagai!hehe.
bila la saya dpt peluang main snow yer? saya nak g uk jgk,ustazah doakan saya yer.

hnyhar said...

nurhidayah..
insyaAllah dptla tuu smbg bljr kat sini.doa byk2. nnti leh main snow puas2..guling2..