Hari ni pagi2 lagi kami dah keluar. Ada misi yg perlu diselesaikan. Pertama, pergi TESCO dulu cari buah tangan utk org baru. Kedua, teruskan perjalanan ke Newcastle, ke rumah kawan seUni abg dulu, Adlizan sambil2 menziarah isterinya yg baru melahirkan cahayamata lelaki pd 21 Januari 2009. Semangat sungguh baby nya..4.04 kg. Patutlah keluar ikut tingkap. Ana, isterinya pulak..sihat je. Lagipun mak mertuanya ada nemankan. Bestnye kan..saya jugaklah hari tu suami sendiri yg jaga. Kesian juga kat abg kan..mana nak belajar lagi, hntr anak sekolah lagi, nak masak lagi, nak uruskan rumah..blablabla..Takpe, itu pengorbanan abang..bukannya xdapat apaa2..dapat pahala lagi..
Selesai sahaja menziarah, kami teruskan perjalanan utk capai misi Ketiga iaitu, shopping brg2 keperluan rumah i.e. brg2 mentah spt ayam, daging lembu, buah2an, sayur2an, kicap dan sebagainya untuk stok selama sebulan. Tak sah rasanya ke Newcastle jika tak berkunjung ke kedai DIXY Chicken. Pekena ayam goreng dulu..maklumlah ini saja kedai yg jual ayam goreng kurang masin. Kedai2 lain kebanyakannya jual ayam goreng yg macam tumpah lori garam. Huuu..boleh kene darah tinggi nih.
ALHAMDULILLAH...semua misi hari ini tercapai dengan jayanya. Harap2 cukuplah bekalan untuk sebulan tu. Kalo tak cukup jugak, takpe..kawan2 ada nak minta tolong kirimkan nanti. Yg penting bekalan roti dah 'book' dengan Mr. Ron..heheh.
Hmm..nampaknya, hari ni last Sabtu untuk kami bersama2 dengan ayah sebelum ayah berangkat ke Dubai nanti. Pantasnya masa berlalu...we gonna miss u ayah.
2 comments:
Moga semuanya ok yer kak.. akak jgn sedih2 yer..
Mudah2an begitulah. Perasaan sedih tu mmg xboleh nak elaklaa..mesti rasa sunyi & kehilangan..xde teman hidupla katakan..tp kena sabar byk2..ujian Allah ni..kan?
Post a Comment