Wednesday, 11 February 2009

: : Brazillian Carrot Cake : :

BRAZILLIAN CARROT CAKE

Bahan2:

3 batang lobak merah [besar]
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
2 cawan tepung gandum serbaguna
2 cawan gula [boleh dikurangkan..]
1 sudu besar baking powder

Cara2 Membuatnya:

~ Potong lobak merah nipis2 dan masukkan dlm blender. Masukkan juga telur & minyak sayuran. Kemudian blend sehingga hancur.
~ Tuang mixture tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula. Kacau rata dengan sudip kayu
[saya guna hand whisk].
~ Kemudian masukkan tepung & baking powder. Kacau lagi sampai sebati.
~ Tuang dlm loyang & bakar pada suhu 180 C selama 40 minit.

Chocolate Topping:

4 sudu besar gula
4 sudu besar hot chocolate powder [boleh pakai milo]
1 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair [susu segar pun buleh]

~ Masukkan kesemua bahan dalam saucepan. Masak atas dapur, pakai api kuat. Kacau sampai pekat.
~ Bila kek dah masak, bolehlah tuang topping ni atas kek. Lebih sedap jika tuang masa kek tu panas2 lagi. nanti dia akan menyerap masuk dalam kek..huu itu yg buat kek ni sedap!

* Saya dah cuba guna cooking chocolate utk ganti choc topping asal ni..ok juga rasanya, boleh jimat masa..buat double-boiled @ lagi senang sumbat dlm microwave jap. Akan tetapi, RASA nya masih tak boleh nak beat choc topping yg asal td tuu..cuba sendiri nanti. Citarasa lidah & anak tokak masing2 kan..



Rupe carrot yg di blend dgn telur & minyak.
Sebelum dibakar
Saya tak terbalikkan pun kek ni..pakai tuang terus dalam loyang..sebab abg suka makan part kerak yg masih panas2 tu..
Hmm..yg ni saya guna cooking choc. Baru saya tahu..tak best rupenye sbb coklat tu tak menyerap masuk dlm kek. Coklat tu jadik beku lps tu..adakah sebab cuaca sejuk? Hmm..saya rasa mungkin kerana pesen coklat tu kot..kalo bubuh atas donut @ celup almond london, mesti sedap & sesuaai.. Tapi, untuk kek ni, xberapa kena.

Oh ye..jangan risau jika rupa kek tu tak ubah seperti kuih bingka..pasal memang rupe dia cenggitu. Kek carrot versi Brazil ni sememangnya amat berlainan drpd American & European style.

Kek kegemaran gewe saya ni.

4 comments:

god's slave said...

nyum..nyum...
tgh mkn kek kerot akak wlupun x dijemput...mhahaha
lazat yg x terkata dlm mimpi...

hnyhar said...

kamarul,
hmm..kalo nak dijemput kena bagi salam dulu. memang kek tu lazat..cubelah buat..org laki pun boley buat sendiri maaa..it's very simple.

BTW, thanx for dropping in.

MalayConfinementLady said...

akak,
kamarul tu adalah sy...mimi
hahaha...husband x logout smlm
tetiba nama dia lk naik...

hnyhar said...

hoh..puan kamarul rupenye..[ada jugak terpikir tau..tp, hmm..abaikan..tgk2 betul!]
amacam..??instinct den kuat jugak ye..kui3