Friday, 13 February 2009

Au Revoir Mon Amie..

13 Februari 2009
Jumaat
7:00 am vs 10:00 am


Kini tibalah masanya hari yg TIDAK ku tunggu2. Terasa cepat benar masa berlalu. Rasa semalam baru pindah masuk rumah ni. Dah abang nak berjauhan dengan kami semua.

Hari ni abang akan memulakan musafirnya ke Dubai untuk internship & dalam masa yg sama mengumpul data bagi menyiapkan tesis PhD nya. Lama juga abang di sana..3 bln. Tapi, takpe, abg akan pulang menemui kami setiap sebulan sekali. Alhamdulillah, dpt gaji sket2, DIFC bagi..buat tambang balik UK jumpe anak bini.

Pagi2 lagi saya dah bangun [walaupun mlm td susah benar nak lelapkan mata] utk siapkan sarapan pagi. Masak sempoi2 jer, nasi lemak & karipap. Dah janji dgn kawan minta dia hantarkan ke Newcastle airport kul 7:00 am. Ameen, Iffah & Izzah semua dah bangun masa ni..

Abg tgh sarapan..sorang2 je..den tak lalu..
[abaikan baju2 yg bersidai di heater tu eh..sidai mlm tadi..xsempat nak angkat]
Nanti pasti abg terkenang2kan masakan air tangan saya nih.. [perasan..]
Abg bawak 1 beg besar & 1 beg sandang [isi laptopnye]. Abg kemas sendiri..bukan saya taknak tolong kemaskan..abg yg prefer buat sendiri, risau barang2 nya ada yg tertinggal nanti. Saya cuma tolong ambil2kan barang keperluan dia je. Harap2 takdela tertinggal apa2.
Ish..berat ke? Takpe, tadi dah isi minyak..Zariman dah sampai..abang dah bersiap nak keluar dah ni.. flight pkl 10:00 am. Ameen & Iffah nampak mcm biasa jer. Si Izzah pula xmau langsung duduk atas kerusinya..nak berpegang jer [mungkin dia tahu ayah nak pegi dah].
Aik?? Nampak cam happy jer. Ishh..taakdenye ni..saya yg srh abg senyum. Dr mlm tadi abg diaam jer..pastu tetiba dia kata mcm takde semangat dah nak ke sana..saya cepat2 pujuk..ini semua sementara je..yg penting abg dpt collect data dgn jayanya..utk masa depan PhD abg jugaa..tapi, abg hanya senyum biri2 je kat saya..
[sian plk kat abg..ni gara2 saya kot bgtau abg yg saya TERRsangat sediih bila abg takde di Durham]

Nani doakan abg berjaya melepasi semua halangan semasa mengumpul data nnti. Begitu jugaa..semasa bekerja dlm Hawkamah team nanti. Kita akan saling berhubungan..

Ini bunga yg abg hadiahkan..utk mengisi pasu moden saya..
Tapi, kali ni bunga tu nampak kelayuan..selayu hati saya sekarang nii...

Walau saya tak dapat nak elakkan drpd perasaan itu..namun saya mesti kuat untuk abang & anak2 saya..kan? InsyaAllah, saya dapat lalui semua dengan baik..

GONNA MISS YOU SWEETHEART

2 comments:

UnGu VioLet said...

sabar dan kuatkan semangat yer kak.. kadang2 dalam hidup ini, memang memerlukan pengorbanan.. Hikmahnya, pasti banyak menanti kak..

hnyhar said...

mar,
tq 4 ur support.