Friday, 27 February 2009

Souvenir vs Homework

Semalam kan saya cerita tentang lawatan Ameen ke 7stories..hari ni Ameen bawa pulang sedikit souvenir yg didapatinya. 1 kupon buku bernilai 1 pound sempena hari Buku Sedunia pd 5 Mac nanti dan Horrid Henry's door hook.


Malam tu, temankan Ameen siapkan homework Numeracy nya. Suruh dia buat awal2..bimbang saya terlupa nanti. Bila waktu malam je, kami 4 beranak akan lepak2 dalam bilik study ayah. Biasanya lepas Maghrib saya akan ajar diorg berdua mengaji Iqra'. Lepas tu, ajar tulis ABC [small letters] ataupun ulangkaji apa2 yg tlh dipelajari di sekolah siang tadi.
Dah habis semua tu baru saya bagi diorang main game di komputer, tak pun tengok katun. Pkl 9 mlm je kami semua akan masuk bilik, pastu bacakan bedtime stories sambil ajarkan perkataan2 baru. Kemudian, baca doa tidur dan baca Fatihah sama2 [dah boleh dah baca sikit2, alhamdulillah]. Acara terakhir kami..apa lagi tidurlaa..biasanya sebelum mata lelap tu, sempat lagila diorang berdua tu main game terakhir iaitu berebut duvet -tarik menarik ala2 Tug of War-.

Iffah tgh tengok apa yg Ameen buat. Pensel tu, ada org sedekah..sebenarnya dah byk pensel bg kat depa ni..tp biasalah..hillang ntah ke mana. Dicari pun xjumpa2.


Ini award yg Ameen dapat tadi.


Down and across, down the middle..that's how he was taught to write number 4. Kita pun kena ajar dia macam tu juga. Jika tidak, dia akan kompius...
Home / School Diary milik Ameen yg wajib ada dalam fail birunya. Setiap huruf konsonan & vokal yg dipelajari akan dicatat dalam diari ni beserta dgn tarikhnya sekali.

Hari ni baru dapat buku ni..WOW Word Book..apa kandungannya?..

Dalamnya terttampal bende ni..perkataan yg biasa jumpa sehari2 kot..ntahla..untuk minggu 1, ini baru yg dipelajari..
Mum
&
Dad

Sounds Book
Dalam ni pula direkodkan huruf2 yg dipelajari..Semua buku ni di letak dalam 1 fail;
JOLLY PHONICS
Kami pernah bertanya pd cekgunya, apa yg perlu kami bantu as his parents kat rumah..
Cekgu dia jawab..tak payah ajar dulu bunyi2an setiap huruf tu kat rumah melainkan huruf tersebut dah diajar di sekolah. Takut keliru..dan tersalah ajar..[maklumlah..cara sebutan Malaysia berbeza].
Numeracy Homework
Ini yg Ameen tgh buat tadi. Kerjarumah tentang cara nak tulis nombor dengan betul. Buku ni biasanya dapat hari Jumaat, pastu weekend kena siapkan..pastu kena hantar sebelum hari Jumaat lepas tu..biasanya Ameen hantar hari Isnin.. [kena antar awal psl tkt saya terlupaaa].

Ameen dah siap buat homework..dah dibenarkan main games..


No comments: