Saturday, 28 February 2009

: : Malay Chicken Beryani : :

Kami ber 3 makan ni tadi untuk tengahari. Mungkin dibawak sampai ke malam. Masak cukup2 untuk 3 mulut ni je. Nak masak untuk jamu orang tu, next time la k..saya pun tak menang tangan dibuatnya tadi..hinggakan memasak pun sambil berdukung {pakai baby sling}. Saya gagah buat juga sebab Ameen & Iffah yg nak makan. Dia buka gerobok dapo dan ternampak rempah nasi beryani beserta gambarnya sekali..apa lagi, Ameen beriya2 suruh saya buat ni.

Ini kali kedua dah masak nasi ni. First time masa ayah ada di rumah. Ingatkan senang je buat nasi ni, rupenya kemain lagi..cenggitu cenggini kene buat, kene taruk..hmm..tibee2 teringat nasi beryani kat pasar malam hari Jumaat kat Nilai tu. Huuh..nasi beryani pakcik tu sedaaap betul. Tak tertanding rasanya. Patutlah sebungkus pakcik jual sampai dekat RM 6. Ghupenye susah benar nak membuatnyaa..[bukan ssh, leceh jer].

Resipinya saya cedok kat belakang kotak rempah nasi beryani tu laa..

NASI BERYANI AYAM
{Malay Chicken Beryani-Malaysian Style Chicken Spicy Pilaf}

Bahan2:
750 g ayam [large portion]
500-600 g beras basmathi [dibasuh & direndam selama 30 min]
50 g asam jawa [direndam dlm 1 cwn air selama 30 min. Pastu perah & ambil jusnya]
1 biji bawang besar sederhana - dlm 200 g [dihiris]
2 sudu besar halia yg ditumbuk
2 sudu besar bawang putih yg ditumbuk
50 helai daun kari
10-15 biji cili hijau..[cili padi ni..sy xletak pon]
1 cwn mentimun [dipotong tebal2, pjg2 cam wedges, jgn buang kulit]
1 1/2 cwn minyak sapi
60 g rempah nasi beryani [agak2 je, kurangkan sikit utk kurang pedas]

Cara2:
1. Gaul ayam dgn halia, bwg putih & 2 sudu besar rempah [amik dr 60 g td tu]. Perap 1 jam.
Kemudian, masukkn air 1/2 cwn. Tutup & rebus pakai api slow smpai empuk. Pas2 kuatkn api utk keringkan airnya.

2. Dlm kuali, letak minyak sapi. Grg ayam td pakai api kuat smpai jd perang2. Kacau rata. Angkat.

3. Dlm minyak yg sama, masukkn bwg bsr, grg smpai kuning. Masukkan cili, daun kari, rempah nasi beryani, jus asam jawa & 1 cwn air. Masak bbrp minit, kacau.

4. Masukkn aym yg digoreng td, mentimun & 1 cwn air lg. Biar atas dapo jap pastu angkat.

Utk persediaan nasi.
1. Beras yg direndam stgh jam td dah boleh masak semasa kite tgh dok masak2 ayam tu..Masukkan 10 gelas air dicampur 2 sudu besar garam dlm beras yg direndam tu. Beras ni sy sukat pakai cawan dlm rice cooker tu je. Sukat air dia pun pakai cwn tu jgk. Sshla..gelas besar mana ntah yg dia pakai, kan? Masakla nasi tu smpai 3 suku masak. Pastu, toskan airnya.

2. Lapiskan nasi & ayam ala2 kari td secara berselang seli, (in layers)..mcm kek lapis {kih3}. Tutup dan masak pakai api perlahan hgga nasi betul2 masak & lembut. Kacau sikit nasi & ayam td sebelum dihidang.

Best kan boleh masak sendiri dah nasi nih. Jgn harap sy nak masak nasi ni bila dok di Msia nnti..hahahaaa..

Oh! Ye..lupe plak nak bgtau..sy masak ikut sukati sy je sukatannya tu..agak2 je. Dlm ni sy tepek resipi asal, kang marah tuan punye resipi ni kang..ok, cubalah, sape nak cube tu..hubby kata, sedaaap, mcm kat kedai..dia mkn bertambah2..



No comments: