Tuesday, 24 February 2009

Jalan2

Hari Sabtu minggu lepas, saya bawa anak2 ke Pejabat Pos (PP) yg letaknya berhampiran sahaja dengan kawasan perumahan Bowburn. Kenapa pulak kat sini destinasinya? Ini semua gara2 saya yang ingin berurusan Seri Paduka Baginda. Jika sebelum ni asyik bergantung pada abang saja, nah ambik..sekarang ni semuanya saya kena urus sendiri. Tapi, takpe selagi saya berdaya buat semua tu, saya akan usahakan sendiri.

Alhamdulillah, nampaknya urusan SPB dah selesai. Si Ameen & Iffah pula merengek2 minta dibelikan gula2 yg ada dijual di situ. Tiba2 teringat pula saya pd PP di Malaysia. Rasa2nya PP kita xde pun jual bende2 makanan dan serba mak nenek tu. Bende yg takleh makan adaalaa, cam setem dsb.

Kesian pula lihat muka2 mereka berdua ni. Budak2 kene tinggal ngan bapak. Oleh krn mereka tak dapat ke mana2 pun cuti ni, maka saya pun belilaaa 2 jenis gula2. Apa lagi, bukan main seronok lagi diorang ni. Hmm..siannya anak2ku ni.. [muttered]. Maka, lps settle semua bende, kami pun berjalan2lah di kawasan sekitar.



Iffah tak tinggalkan Fimbo nya..dibawa juga ke sanaa..

Ameen & Iffah tersenyum lebar sebab dah dapat habuan.

Jika sesiapa nampak kami mcm ni berderet2 berjalan kaki sambil berpimpin tangan mesti mereka ingat saya perlukan bantuan. Hahaa33..terima kasihlah kpd mereka yg merasakan mcm tu ye. Saya ok saja. No BIG deal!

Diorang nak tunjuk gambar ni pd ayah. Jangan risau ayah, murah je gula2 ni. Ibu sentiasa pantau diorang makan gula2. Berita baik untuk ayah, mereka berdua dah well disciplined tentang 'gosok gigi'. Dua kali sehari, setiap pagi dan sebelum tidur.

No comments: