Sunday, 22 February 2009

: : Kek Lapis Horlicks dan Milo : :

Atas permintaan Cikcu, saya attach resipi Kek Lapis ni. Dah buat sebelum ni masa Aidilfitri yg lalu..sedap dan menjadi..cubalah..gambar ada dalam entry yg sudah2..

KEK LAPIS HORLICKS DAN MILO



Bahan2:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm)
240 gm tepung gandum
(guna tepung Hong Kong - jika xde, ayaklah tepung gandum biasa tu sampai 3 kali)
100gm horlicks
100gm Milo
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata.
- Masukkan susu pekat, kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo.
- Bakar selapis-selapis hingga selesai [pakai api atas saja]. Letak dlm 4 sudu besar adunan untuk 1 lapis. Bakar dlm 3 minit je.
- Bila dah habis bakar, tutup loyang pakai aluminium foil dan masukkan air sebekas dlm oven, letak kat bhgn bawah.. [pastikan bekas tu ovenproof laa]. Ini pntg untuk 'moist' kan kek ni. Bakar lagi selama 5 minit pakai api atas bawah.
Siaaapp!!

6 comments:

Miim said...

waa...smkin terel membuat kek lapis deh...takde susah sgt pun kan...

hnyhar said...

miim,
itupun berkat tunnjuk ajar dr cekgu lampeter...wakakakaaa..sumber inspirasi, tp xleh beat tokeh laa..

DrSam said...

salam persinggahan,
ketika bloghopping tersinggah disini. saya dulu di Durham juga. tempat yang menarik.

hnyhar said...

dr sam,
terima kasih singgah ke baytulkifli. mmg durham menarik. tp msh merindui tanahair sendiri. prnh jd stdnt di sini ke? nnti sy ziarah rmh dr sam.

UnGu VioLeT said...

best tue kak.. kena bg mar skit nih!! :)

hnyhar said...

hahaa..kalo org tu nak dtg durham, bgtau awal2, bleh akak buat utk dia nnti..