Monday 9 February 2009

Raikan Tetamu

Semalam (Ahad - 08-02-09), kami menerima tetamu dari Newcastle, kawan abang yg kami lawati pada hari Sabtu lepas. Isterinya, Ana pun datang juga bersama new edition nya..mak mertuanya pun ada sekali.

Saya tak tahu nak masak apa..sebab hari tu hari terakhir kami sekeluarga boleh pegi jualan buntut kereta (carboot sale..heheh). Oleh kerana hari Ahad ada 2 carboot, kami pilih yg sesi pagi je. Sebab, tetamu kami nak datang dlm pukul 1 lebih2. Maka hari tu, pagi2 lagi saya dah bersilat kat dapur, nak pastikan hidangan disediakan walaupun kami nak ke carboot.

Seperti biasa, BIG boss banyak tolong. Alhamdulillah..
So, inilah menu yg kami sajikan kpd tetamu kami;

Nasi Ayam Hainan
(boleh juga kalo nak tukar ke Hanani..hik2)

Brazillian Carrot Cake



Nasi ayam sebelum masak..yg selepasnya tak amik gambar pulak sebab dah sibuk dgn si kecil..jadi, terlepas macam tu aje..ditambah pulak BIG boss yg ambil alih tugas saya selepas itu..i.e. bubuh nasi dlm mangkuk & hidang...jadi, memang xde langsung gambar2 satu set menu lengkap tu..hahaa. Apapun yg pastinya, nasi ayam ni kiranya yg 1st time buat & paling mudah untuk menyediakannya.
Ayam yg direbus, digoreng dengan halia & bawang putih. Sebenarnya yg ni je saya modified. Ayam tu kalau ikut resipi asal (sila rujuk MyResipi), bukan macam ni. Saya rasa kalau ayam ni di panggang pun sedap juga..boleh dicuba lain kali. Saya tak tahu isteri kawan abg tu nak dtg sekali..maklumlah beliau belum habis berpantang lagi..xsampai sebulan pun lagi..nyarislah saya masak nasi ni, sekurang2nya beliau bolehlah jamah. Almaklumlah, berpantang UK ye..(unlike me, I went downstairs after 30 days..). Tapi, dia kelihatan sihat saja..mudah2an begitulah.

Sup nasi ayam ni rupanya diletak sayur2an..xkisahlah nak campak sayur apa kan. Saya pilih kobis cina & lobak merah (pasal sayur tu je yg adaaa...). Jika nasi ayam biasa tu, mana ada mcm ni kan..sayurnya cuma salad, timun & tomato. Sup pula, sup kosong aje.

Ni kek yg paling senang dan cepat utk disediakan sekiranya ada tetamu yg dtg ke rumah..asalkan ada carrot je. Rasanya, dah byk kali rupa kek ni masuk dlm blog..cuma resipinya belum disertakan. Tunggulah ye..entry akan dtg.
Masa ni diorang dah habis makan. Tak sempat nak amik gmbr masa tgh makan. Sibuuuk..masak telur dadar sebab kwn abg tu rupanya tak makan AYAM sejak dr kecik lagi. Huuu..ada jugak ye yg xmakan mek yam ni. Nasib baikla ada lagi kerutuk daging yg aku masak sehari sebelum tu. Dapatlah dia makan.
Kawan abang masa di IIUM dulu, Adlizan dan anak sulungnya, Alia.

Bersama mak Adlizan & Ana..saya lupa betul nak tangkap gmbr baby tuu..Aidil.
Dulu2 ayah yg berkawan..pastu ibu..kini, si anak2 pula jadi geng. Alia merengek tak mau balik bila ayahnya minta dia sarungkan jaket. Dah dekat nak balik baru Alia seronok main..Tengok tu..Izzah pun nak join bergambar.

Kami harap tetamu kami pulang dengan perut kekenyangan. Hmm..nampak tadi makcik banyak juga tambah nasi ye..heheh.

Alhamdulillah..nanti baby dah besar sikit, boleh datang lagi..

2 comments:

UnGu VioLet said...

amboi kak.. best2 masakan akak tue.. :)

hnyhar said...

[mar]
hoh..best ker? tp kan, masih xleh beat yg mar masak tuuu..

...teringin nak mkn lasagne yg mar msk tuu...