Tuesday 24 February 2009

Off to School

Sebenarnya, semalam sesi persekolahan sudah bermula. Ameen akan enjoy Jolly Phonics nya nanti. Saya rasa dia betul2 bersemangat sekarang ni. Saya berdoa semoga anak2 saya akan mendapat sesuatu yg berharga di sini, sebelum kami melangkah pulang [for good] ke tanahair kelak. Sesungguhnya pengalaman ini tidak terbayar rasanya.

Saya pernah disuarakan oleh rakan Malaysia di sini mengenai urusan hantar Ameen ke sekolah memandangkan saya terpaksa menyiapkan 3 org anak sekaligus setiap pagi. Tapi, bila diberitahu kpd Ameen sendiri bahawa nanti dia akan dihantar oleh seseorang ke school, terus dia pandang saya dan berkata, "Ameen taknak pegi dgn org lain, Ameen nak ibu je dgn Iffah, dgn baby..boleh tak ibu?". Hmm..saya dah agak dari awal lagi. Mungkin dia tak biasa dihantar oleh I-Know-Who.

Maka, saya pun ambil keputusan utk menghantar sendiri Ameen & Iffah ke sekolah. Nampaknya urusan menyiapkan mereka ini takdelah seteruk yg saya sangkakan. Mungkin Allah SWT mempermudahkan segalanya. Alhamdulillah. Walaupun saya kelihatan tidak ubah seperti ibu ayam membawa anak2nya, namun percayalah, saya boleh lakukannya. Lagipun, saya percaya, bila IBUBAPA sendiri yg menghantar anak mereka ke sekolah, mereka akan rasa diri diSAYANGI, diAMBILBERAT dan BERMOTIVASI untuk libatkan diri dlm aktiviti sekolah.

2 comments:

Sofinee Harun said...

Rasanya nak membela anak sekarang ni tak lah sebeban orang dulu2. Dulu tak ada pampers, tak ada washing machine, tak ada macam2 yang memudahkan urusan kerja rumah. Malah anak2 org dulu pun adalah ramai2 belaka.

Jugak ramainya anak2 yang terpaksa berjauhan dengan ibu atau bapa atas berbagai sebab. Anggaplah semua ini latihan. Suami, bapak, isteri dan anak adalah pinjaman dari Allah .s.w.t. Bila 2 masa sahaja boleh di tarik semula. Kekadang situasi begini mengajar kita untuk lebih berdikari dan ingatkan kita tentang org lain yang berada di dalam situasi yg sama dan jugak bahawa berlawan dengan perasaan dan nafsu kita yang mana sekirany apa berlaku, sekurang2nya kita boleh belajar menghadapi situasi.

maaf atas komen panjang..semoga nani tabah.

hnyhar said...

ummi,
terima kasih kasi komen pjg lebar tu..memang benar apa yg ummi bgtau tu. suami & anak2 tu semuanya pinjaman semata. pernah saya terfikir sekiranya perkara yg tak diduga berlaku, maka tak dapat tidak saya terpaksa belajar berdikari.

semoga saya terus tabah menjalani hari2 mendatang. terima kasih bg support!