Friday, 31 October 2008

Tagged

I was tagged by my Uni mate recently..Beautiful Life..sorry baru posted kat sini..jgn serik bagi tag lagi k..

So, here are the answers:

The Who’s


Who Was The Last Person You Talked To? My hubby

Who Was Your Last Kiss? My little baby

Who Knows The Most About You? My hubby

Who Can Make You Laugh No Matter What? Mr Bean

Who Can You Always Count On?

Who Has Your Heart? My hubby

Who Is or Was Your Favorite Teacher In School? Mr. Othman (the science teacher)

Who Is Your Best Friend(s)? Mrs. Siti Zaritha, Mrs. Enkresnawati & Mrs. Sheera

Who Loves You? My hubby, children and family



The What’s

What Is Your Favorite Song At The Moment? I Want to Spend My Lifetime Loving You

What Are You Looking Forward To? Completing my 'pantang'

What Is Your Favorite Color? Red

What Website Do You Visit Most? My Blog and all the links to it

What Is Your Favorite Smell? Pur Blanca

What Is Your Favorite Movie? Harry Potter series

What Makes You Mad? Arrogant people

What Curse Word Do You Use A lot? Kurrengg!

What Kind Of Phone Do You Have? Motorola SLVR

What Was The Last Song You Listened To? Sacrifice



The When’s

When Was The Last Time You Went To The Mall? I can't remember..quite ages ago..

When Did You Talk To Your Crush Last? N/A

When Do or Did You Graduate? 2002

When Is The Next Time You’ll Do Something Fun? 4 weeks frm now

When Was The Last Time You Ate or Drank Something? An hour ago

When Is Your Birthday? 14 September 1977

When Was The Last Time You Went To The Movies? In early December b4 we departed to UK

When Is Your Parents Birthday? Dad (11 October 1944), Mum (14 February 1948)

When Were You In The Car Last? Last 2 days..when we went to community clinic.

When Will You Be 21? n/a

When Will You Be Taking Your Next Vacation? Dunno yet..wait till my gurl turns 4-5 mths.



The Where’s

Where Do You Live? Durham, UK

Where Is The Best Place To Be? Home of course..bayti jannati..

Where Was Your Last Vacation? Madrid, Spain

Where Were You Born? Pasir Puteh, Kelantan

Where Is Your Best Friend? Nilai, N.9

Where Was The Last Place Your Were Besides Your Own House? Labour Room..heheh

Where Do You Think You’ll Be In 10 Years? In University..doing PhD..hik2

Where Is Your Cell Phone? On top of my wardrobe

Where Are Your Parents? White Sand, Kelantan in Peace

Where Was Your Display Picture Taken? Somewhere at Edinburgh


Here, I would like to tag:

..unguviolet..
..mimi..
..wkb..
..durhamroses..
..sis Ayu..

Postnatal Care in UK

Nampaknya hari ni genap 2 minggu usia Izzah..maka genaplah juga 2 minggu aku bertapa dalam bilik tu. Alhamdulillah..kami berdua sihat walafiat. Izzah pun tidak meragam..dia tahu agaknya ibu berpantang di negara orang.

Di sini, setelah sehari discharge dr hospital, aku didatangi midwife. Prosedur di sini sememangnya mcm ni. Sepatutnya dia kena dtg melawat selama 10 hari..tp aku hanya dikunjungi 5 kali saja. Last sekali adalah hr ini..ditutup oleh Carol Ashton.

Selepas tu aku kena monitor pula oleh health visitor. Semalam, Elizabeth Hurst (Liz) dtg rumah buat lawatan. Dia timbang & ukur baby. Izzah dah mencapai berat 3.9 kg setelah berusia 13 hari. Banyak juga peningkatan berbanding awal kelahiran iaitu 3.275 kg. Awat taknya..asyik minum je kejenye.

Pantang??
Berpantang di UK sudah pasti berbeza keadaannya dgn Malaysia. Kat Msia, mesti aku dah mandi air 7 jenis herba yg ma buat. Lps mandi air herba tu, badan jadi segaaar je..dah tentu minum air kunyit dan inai..ntah macam2 lagila. Pastu dah berurut 1 badan selama 3 hari..waaahh..syoknye.

Kat UK ni apaalaah yg adaa..tp ma jgn risau, Nani makan ubat yg ma kirim pd Shafie Nottingham tu..pakai barut yg kak Tie kirim tuu..minyak angin tu pun dah pakai nak hbs sebotol daah.
Terima kasih pd keluarga di Malaysia yg mengirim semua peralatan tu. Hari tu kutip batu kat tepi laut Seaham..utk batu tungku..thanx to abang sbb xprnh lupa bakar batu tu.

Kat sini cuaca dah makin sejuk..kdg mencecah 2 Celsius..malam td & pg td pula hujan batu..(kat selatan ada snow..termasuk daerah Coventry). Jadi, bilik tempat aku lepak tu kena sentiasa suam2..nak panas sgt nnti kulit jadi kering..kami psg boiler @ heater bila perlu sahaja. Ma jgn risau..Nani xnaik turun tangga pun. hr tu je turun sekali, tu pun sbb bawa Izzah ke klinik.

Huu..oleh krn kat sini sejuuuk jer..maka kaki aku pun xprnh lekang dr memakai stokin..kalo pantang di Malaysia..ada time2 aku curik2 xpakai stokin..panaaas tu..kalo boleh nak je dok bwh kipas..kat sini xdenye...selimut pakai duvet..pakai stokin..baju tebal..

Makan??
Abg byk membantu masa berpantang ni. Hampir kesemua urusan rumahtangga abg yg uruskan..dr memasak..laundry..kemas rumah..dan melayan karenah si abang dan kakak. Lagipun, kat Durham satu jadual dibuat untuk menyediakan mknn bg ibu2 berpantang. Ini sedikit sebanyak tlh membantu kami sekeluarga..terima ksh diucapkan kpd semua yg bersusah payah menyediakan menu dlm masa 2 minggu ni..moga Allah SWT shj yg membalasnya.

Dan..untuk abang..terima kasih sgt2 krn memahami dan byk membantu Nani selama berpantang ni..Nani doakan Chapter 4 abg siap dlm weekend ni..(dah nak siap kaan..??) Nani rasa itu semua berkat penat lelah abg menjaga Nani dan anak2..abg dipermudahkan urusan..alhamdulillah..

Tak sabar rasanya nak turun bawah dan makan makanan macam2..gi jalan2..asyik terperuk dlm bilik ni..nasib baiklah ada peralatan moden ni..bolehla merayap2 ke internet..emails dsb. Kalo mcm zaman dulu..huh..alangkah boringnye..




Thursday, 30 October 2008

Si Kecil Ayah Ibu

Izzah di usia 2 hari. Lena tidur dalam baby cot.
Usia 2 hari.
4 hari. Memakai sleeping bag sbb sejuuk.
6 hari.
8 hari. Besar sungguh mata hitamnya..memenuhi mata. Mata baby..belum rosak lagi..
Izzah tgk ibu snap foto diaa.
Senyum je..dah kenyaaang.
Jari Izzah. Agak2 ikut jari sape ek..ayah ke ibu??
10 hari. Semasa landing2 atas katil. Katil tempat abg & kakak berlasak2.
Rupanya hari tu Halloween Day..patutla ibu rasa cam nak pakaikan baju pumpkin jer kat bb.
Sleepy..after having lunch..
Dah lenaa pun..
11 hari.

Birthday Boyz

29 October 2008

HAPPY 27TH BIRTHDAY

to my beloved brother
MOHD. HANIF HARUN

&

HAPPY 10TH BIRTHDAY

to my beloved nephew
MOHD. AKMAL RUSHAD HAMZANI


Wednesday, 29 October 2008

Anakku Solat

Semalam Ameen n Iffah solat berjamaah. Ingatkan apaalaa..diorg ni kalut semacam je..yg iffahnya cari kain telekung yg nenek bg. Yg Ameen pula sibuk bentang sejadah. Yg bestnye diorg berdua ni siap amik wudhu' lagi..walaupun ayah dah ajar Ameen amik wudhu', tak pastila pula betul ke tidak kali ni..

Yg ni tak tahulah samada siapa yg mula solat dulu..atau sapa yg jadik imam..tetiba je Ameen betulkan sejadah..then pandang atas..bawah..pastu bila terdengar suara Izzah menangis..siap bgtau ibu lagi."ibu, baby nak ibu laa". Hahaa..kelakaunyer..
Lama btul sujudnya yg last nih..paling best..diorng ni solat asar tapi, rakaatnya sampai 5...agak2la mazhab mana yg depa berdua ni pakai yer..
;P

Mudah2an mereka berdua menjadi anak2 yg soleh n solehah. Amiiin

Monday, 27 October 2008

10 Day Old Little Pumpkin Baby

video

Untuk atuk & nenek dan atuk & opah..inilah rupa Izzah di usia 10 hari. Hari ni ibu pakaikan baju pumpkin kat Izzah sebab dah 3 helai bajunya dah naik sendat esp. tang kaki. Kalo dipakaikan juga nanti xelok pula untuk perkembangan kaki dia. Ibu xrisau..ibu ada banyaaak koleksi baju Izzah.

Malam tadi Izzah berjaga..xmau tido. Ibu pun kena berjaga sama walaupun dah tersengguk2. Pagi ni pun Izzah nak main je..tapi masa rakam aksi ni Izzah dah mula ngantuk..lihatlah dia merengek2..minta diangkat.

Sunday, 26 October 2008

Terima Kasih Sayang..

Terima Kasih abang..
sebab temankan Nani masa nak deliver tempohari..

kalau abg tiada..
mesti Nani rasa cemas dan takut menghadapi saat2 itu keseorangan..dan mesti juga Nani kurang bersemangat untuk berjuang melahirkan zuriat abg..

Terima Kasih abang..
sebab jaga Nani masa berpantang..bakarkan 2 bijik batu tungku & bungkus dlm baju tidur abg yg besar tu (hik2)..

kalau abg tiada..
mesti Nani xdapat nak bertungku..dok tingkat atas, camne nak turun naik tangga..silap2 boleh bentan maa..

Terima Kasih abang..
sebab sediakan makanan & memasak untuk Nani..siap letak makanan dlm tray dan bawa ke atas dlm bilik tidur lagi..setiap meal time pasti abg akan muncul dgn sedulang hidangan..biasanya kami makan bersama2.

kalau abang tiada..
mesti susah juga nak isi perut..walaupun kat Durham ada giliran menyediakan makanan ibu berpantang..heheh..sedaaap abg masak..

Semoga ALLAH SWT sahaja yg dapat membalas segala yg abang lakukan & korbankan terhadap Nani..besar pahalanya tuu..

Masih Adakah Harapan..

Hari ni Izzah dah masuk usia 9 hari. Jika di Malaysia, sudah tentu waktu begini aku dah pun berada di kampung abahma, berpantang. Dan, sudah tentu juga ada majlis cukur jambul untuk Izzah, si kecil yg baru menjenguk dunia. Tapi, semuanya tinggal harapan belaka..diri sudah jauh berada di negeri orang..jauh dr keluarga tersayang. Kesian anakku. Semua ini terpaksa dilupakan..tapi, jauuuh di sudut hati, aku masih berharap untuk pulang..

British Summer Time

26 OKT 2008
Hari ini masa di UK berubah lagi..kami kena adjust jam kami jika dahulu, Ahad terakhir bln Mac kena TAMBAH 1 jam, kali ni kami kena tarik ke blkg jarum jam tu kasi TOLAK 1 jam. So, skrg ni waktu kat Malaysia beza 8 jam dgn waktu di UK. Sila buat rujukan di:

http://www.nmm.ac.uk/explore/astronomy-and-time/time-facts/british-summer-time-%28bst%29

Waktu solat makin berubah..(kiraan Ummul Qura):
Subuh kul 4:51 am
Zuhur kul 11:51 am
Asar kul 2:10 pm
Maghrib kul 4:42 pm
Isya' kul 6:12 pm

Nampaknya kita kian menghampiri musim sejuk...

Friday, 24 October 2008

Kronologi Kelahiran Izzah Maisarah



17 Oktober 2008 / 18 Syawal 1429 H (Jumaat)

Satu tarikh yang tidak dapat dilupakan. Buat pertama kalinya aku melahirkan cahayamata di luar negara..berjauhan daripada abah & ma dan bantuan keluarga. Alhamdulillah..semuanya telah berjalan lancar dengan bantuan-Nya.

Mengikut ramalan obstetrician dan midwife, aku dijangka melahirkan bayi ini pada 15 Okt. Entah bagaimana kandungan aku 'overdue' kali ni sekaligus menjadikan ini pengalaman pertama juga. Bohonglah jika aku katakan yg aku ni tak takut dan risau. Setiap detik hati ni berdebar2. Ada entry sebelum ni (jika sesiapa perasan) aku keluar dgn hubby ke school beliau dan sempat juga meronda di charity shop cuci mata & exercise. Pada hari itu lah..aku mulai sakit dan dimasukkan ke labour room malamnya...

16 Okt 2008 (Khamis) - petang

Sejurus pulang dr berjalan2 dgn hubby & Iffah, aku tergolek atas katil kepenatan. Kali ni aku agak cemas krn didatangi strong contraction berkali2 dgn selaan masa 10-15 minit. Abg minta aku bersiap2 utk ke hospital. Tapi, aku xnak sbb nak tunggu adik dr Coventry tu smpai dulu. Yelah..konon2 nak bg diorg smpai dulu br nak gi hosp. Lps solat Zuhur aku mengadap laptop masukkan entry baru ttg ronda2 kami bertiga tadi. Masa tu pun contraction asyik menjengah..kali ini makin hebat ..backache.

Tiap kali contraction dtg, pasti aku report pd abg..tp kali ni reportku berbeza..minta dia get ready..sbb aku merasakan kelainan. Abg srh aku berehat dan baring..pelik kan sepatutnya kalau dh sakit2 camtu, kenala lagi byk berjalan atau naik trn tangga untuk membantu percepatkan proses kelahiran. Yg aku ni plk baring2 atas katil menahan sakit sebaaab nak tunggu Teh tibaa dulu.

16 Okt 2008 - Malam

Hanif dan Huda sampai lbh krg jam 7:30 pm. Sesampai je..kami makan malam. Hari ni abg je yg masak sbb aku mmg sakit hari ni. Kesian diorg kene makan lauk sardin & telur dadar je. Aku & abg solat Isya' bersama2 diiringi dengan solat hajat mohon kpd Allah agar dipermudahkan urusan nanti. Hati aku tersangat hiba time tu..tak tahu kenapa..airmata pun lajuu je. Abg berpesan supaya kuatkan semangat..dan ingat Allah.

Akhirnya, tepat jam 9:40 pm kami berdua menuju ke University Hospital of North Durham meninggalkan anak2ku di rumah bersama dgn Teh & Teh Huda. Syukur..tenang sikit perasaanku.

Tiba di Emergency Unit jam 10:10pm, kami terus ke Delivery Suite untuk mendaftarkan diri. Setelah mendengar dan membaca reportku, aku admitted ke Labour Room No.7 yg terletak tidak berapa jauh dr meja receptionist. Seorang midwife appointed untuk membantu proses kelahiran bayiku, MRS RUTH HANNA.

Jam 10:20 pm cervix dilation aku diperiksa..dah 5 cm. Aku diminta berjalan2 exercise agar proses kelahiran dipercepatkan. Dah jenuh berjalan2 dgn abg aku kembali ke bilik. Mucus bercampur darah makin banyak keluar hingga aku terpaksa pakai pad. Kerap juga ke toilet..buang air. Entahlah..aku rasa kali ni kesakitan yg kurasai amat berbeza berbanding 2 org anakku. Sementelah pula di tempat org..treatment mereka berbeza dgn Malaysia.

Water bag pun kene pecah sendiri maaa..manala aku ada experience tu. Dua2 anakku tu doktor yg pecahkan air ketuban..kesannya, aku terpaksa menahan sakit contraction lama jugaklaa..Next vaginal examination (VE) jam 2:20am. Maknanya lama lagiila aku kene tahan sakit ni. Huuhuu..

1:35am
Last2 aku minta Ruth check lg tgk kalo2 cervix dah betul2 dilated ke belum. Ruth kata labour process aku slow, then dia ter'pecah'kan water bag aku dgn jari dia semasa buat VE tu. Xpe, xsakit pun..terkejut jer. Jika 2 org anakku tu, bila water bag dah pecah, contraction utk pushing terus dtg..tp tidak utk kali ini. Bayangkanlah dr jam 1:45am air tu pecah sehinggalah 3:15am baby keluar..lamaa tuu.

3:15am
Alhamdulillah..bayiku selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 3:15 am. Aku pun dah lupa2 laa camne nak push..heheh. Nasib baik ada abg. Kurang2 abg menyaksikan macamana isterinya ini melahirkan zuriatnya yg ke-3. Sbnrnya ini kali kedua abg menemaniku dlm labour room selepas time Ameen dulu. Tapi, abg beraaanii..tabah je. Dulu pun mcm tu. Tak takut pun tgk darah atau apa saja yg berlaku dlm blk tu. Ada beberapa scene yg abg record utk simpanan peribadi kami. Kat sini tu yg bagus..dia xmarah pun kita nak record apa2..dia yg tlg snap gmbr dll. Aku pulak yg xbagi abg record every single thing.

Alhamdulillah..aku tidak menggunakan sebarang pain relief semasa sakit contraction..semuanya 'natural process'..heheh macam pernah dgr je ungkapan tu ek. No stitches as well since the baby came out within the exact time she was supposed to. Bayiku juga sgt sihat keadaannya..keluar2 terus bukak mata..ya Allah..terkejut kami..begitu bercahaya matanya. Anak zaman moden..kalo anak dolu2, seminggu tu pejaaaam je mata cam kene gam. Tak bukak2.

Izzah terus diletakkan di pangkuanku sejurus slps dilahirkan. Abg terus mengalunkan azan & iqamat ke telinga Izzah moga hari pertamanya dimulai dgn bisikan mengagungkan kebesaran Ilahi. Kat sini baby tidak dibersihkan terus tau slps keluar tu, dia terus pakaikan baju dan letak kat tepi kita..dgn kepala & badan yg penuh lendir..huu..xpe..balik rumah itu tugas abg..mandikan baby..heheh.

Selesai je semua proses tu, aku diminta rest & midwife tidak lupa memberi kami makanan sebab tahu kami kelaparan mlm tu. Haahaa..mmg aku tersangatlah lapaaar dan letih..tp bila tgk muka baby..terus hilang rasa sakit. Waa wii..lebatnya rambut baby..ikut abg kot..heheh.

Kami dibenarkan keluar pagi itu juga jam 11:00 am selepas Izzah dimandikan (oooh..nak kuar hosp. br dimandikan rupenye) & diberi suntikan BCG oleh paediatrician. Tak masuk postnatal ward pun..terus keluar dr labour room tu je. Best sgt labour room tu bsr, selesa, ada toilet besar dan kerusi bsr utk abg. Abg pun asyik dpt coffee je..jelesnye.

Video rakaman detik2 tersebut ada dah dlm entry sebelum nii..boleh tgk bg sesapa yg berminat atau nak tgk lg sekali.

Ralat: Bukan Pregnancy Assessment Unit tau..spt tercatat dlm video tu tapi, DELIVERY SUITE.

Thursday, 23 October 2008

Monday, 20 October 2008

Get Well Soon

Adik bongsu aku dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam. Hari ni masih belum dapat disahkan lagi apa penyakit yg dihidapinya. InsyaAllah selepas 22 hb nanti baru diagnos. Mudah2an Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan meringankan segala kesakitan yg dihadapi.

Berdoa kpd Allah moga diampunkan segala dosa n kesalahan..mungkin kesakitan yg kita alami adalah kifarah buat diri kita..

GET WELL SOON!!

KAMI DI DURHAM MENDOAKAN AGAR CIKCU KEMBALI PULIH SEPERTI BIASA & SIHAT WALAFIAT..


Abang Zul
Kak Nani
Ameen
Iffah
Izzah

Selamat Pulang ke Tanahair

SELAMAT KEMBALI KE TANAHAIR
kepada
adik yg berada di Coventry

MOHD HANIF & NURUL HUDA

Semoga kepulangan kalian memberi erti yg mendalam buat keluarga & sanak saudara yg setia menanti..

Mereka berdua bertolak dr Durham menaiki National Express jam 4:15 pm menuju ke Coventry sebelum menaiki bas seterusnya ke Birmingham airport. Flight mereka dijadualkan berlepas jam 6:00 am hari ini..
KLM Birm-Amsterdam
MAS Amsterdam-KLIA
AIR ASIA KLIA-Kota Bharu

Terasa sayu dan sedih juga hati bila satu2nya sedara terdekat sudah tiada bersama di bumi UK ini.

Friday, 17 October 2008

Thursday, 16 October 2008

SGIA

Hari ni gi jalan2 di school abang, School of Government and International Affairs (SGIA). Saja je sbb aku pun belum nak deliver lg kan..tp, masa sedang masukkan entry ni, aku mulai rasa kurang sedap dah..tapi, dalam hati tetap berdoa agar baby keluar setelah Teh tiba kat rumah malam ni. Manalah tahu baby nak tunggu pakcik dia dtg dulu..then nak minta ayah masuk dlm labour room temankan ibu..then, nak bolehkan abg Ameen & kakak Iffah stay bwh jagaan Teh sementara ayah & ibu pegi berjuang..huuhuu..kami hanya mampu merancang, Allah SWT yg akan menentukannya. Mudah2an urusan kami dipermudahkan oleh-Nya. (maklumlah aku dah overdue 1 hari ni...tak pernah2 ada experience mcm ni..)

Ada foto untuk dikongsi bersama..


Nampak macam kurus x sikit cik abe saya ni..memang dah byk susut berat badannya..13 kg turun dr brt asal. Apaa..?? Aku masak xsedap? Tolong sket.. Hmm..kalo xsedap, masakan boleh tmbh smpai 2 pinggan..Nampaknya terbalik dengan akulaa..aku bertambah 12 kg..heheh..
Walaupun tengah menghitung hari..namun aku gagahkan juga diri untuk meronda2 ke SGIA ni..sebelum diri bertapa sebulan lebih dlm rumah nnti. Masa ni cuaca sangat terang benderang..ada matahari..tapi, sejuuk sangat..dan windy. Daun2 berterbangan je..kan ke dah musim luruh..standard lah..

Abang di sisi kereta supervisornya..Rodney Wilson.
Di sisi kereta sendiri..



Anak dara pun nak berposing juge..

Wednesday, 15 October 2008

Belum Lagii Laa...

Hari ini genaplah 40 minggu aku pregnant..walaupun hampir 2 minggu aku dijengah dgn pelbagai 'show' yg aku sendiri tidak pernah alami..namun, keadaannya masih begini..Aku tidak merasai strong contraction melainkan malam tadi. Itupun sekejap je. Lepas tu, terlenaa..tandanya tiada contractionlaa..

Hmm..hari ni terasa juga lenguh2 contraction tu, dah memang well prepared nak ke hosp..tapi, lepas tu dah ok balik semula, lamaa plk tu gap dia. Setiap masa abg bertanya ttg keadaanku..hahaa..manalah Nani tahuu..dah dia xmau keluar lagik..Ntah apalah perasaan abg aku pun xtahuu..bila ditanya, dia mesti buat muka selamba jer..'mat cool' la katakan..isk3.

Apapun, aku berdoa mudah2an Allah SWT mempermudahkan proses bersalin aku nanti..

Amiiin...

Tuesday, 14 October 2008

Pengorbanan Seorang Suami..

Hari ni abang mengutus email untuk cancel kan jemputan ke International Waqf Conference & Islamic Civilization di Isfahan, Iran yg dijadualkan bermula 12-13 November nanti. Kesian abang..terpaksa batalkan untuk ke conference tu..sudah lama dia mengidam nak ke sana. Tak disangka pula terkena dgn tarikh ma'am dlm pantang.

Waktunya tak berapa sesuai..tak berapa kenaa..sebab masa tu aku belum cukup sebulan lagi ..lagipun tiada sesiapa (dr Malaysia) yg akan datang menengok2 aku masa berpantang nanti..semuanya sendirian berhad. Jadi, kalau abang pergi juga ke sanaa..siapa nak uruskan budak 2 org tu..baby lagi..diri sendiri lagi..huu..nanti tak pasal2 aku jatuh sakit. Iyelah, badan masih belum pulih sepenuhnya.

Aku pun jadi serba salah bila abang bertanyakan pendapatku..tak tahu nak jawab apaa sebab memang aku benar2 memerlukan abang time tu..tp dlm masa yg sama juga, aku faham perasaan abg nak ikuti conference yg fully sponsored tu. Aku minta abg fikir masak2 sebelum buat sebarang keputusan..aku pasrah..

Kesudahannya, inilah keputusan yg tlh dibuat setelah berhari2 kami berdua kebuntuan..kesian pula kat abg. Tak mengapa abg, mungkin selepas ni akan ada conference spt itu yg boleh abg ikuti..Nani yakin.

Terima kasih abang kerana telah membuat keputusan terbaik...
Terima kasih atas pengorbananmu..
I do appreciate it.

Monday, 13 October 2008

Sunday, 12 October 2008

Kisah Cik Puan Blogger

Heheee..ada lagi cik puan blogger ni eh..bila pula nak masuk hospital..ntahlaa..saya sendiri pun tak tahu nak jawab apa..udah dia xmau keluar lagi..tinggal 3 hari cuma..

Aiyyok..masih ada trivia drpd Uni mate dulu yg belum terjawab..bila la nak jawab soalan2 tu..nantila 'Beautiful Life'. Pasti akan dijawab nanti cuma cepat atau lambat jer. Almaklumler..cik puan blogger ni xleh duduk lama2 atas kusi..

Masyarakat Durham-Malaysia pun masih seronok ber'open house' lagik. Sudah 4 open house yg tak dapat dihadiri..cuma abang sahaja yg menjadi wakil untuk makan2 tu. Nasibla badaan..time ada jemputan je..mesti meragam je..contraction laa..lenguh2 laa. Bila tiada jemputan open house, tiada pula kesakitan tu menjengah. Macam tak kasik cik puan pulun makan jer..

Abang pula dah makin rajin masuk ke dapur..memang sebelum ni pun setiap hari setiap masa masuk dapur tapi sebagai tukang makan..sekarang ni tidak lagi..cepat betul abang ke dapur semata2 menyediakan makanan untuk isteri & anak2 tersayang. Menurut beliau, skill memasak nya kena asahkan balik sebagai persediaan masa cik puan dalam pantang nanti..sekarang ni pun abang dah tak banyak tanya macam masa mula2 masuk dapur dulu.."garam mana..kunyit mana..kuali kat manaa..". huhuuu penat jugalah memberitahu kat situ kat sini..Hmm..sekarang ni tidak lagi..dah mahir pun..hik2. (tadi makan nasi goreng n jemput pisang ;p

Biasalah tu..kalo nak jadi suami soleh memang kene jadi mcm tu laa..baru hidup berumahtangga sentiasa diberkati-Nya..saling bertanggungjawab dan tolak ansur. Mudah2an Allah permudahkan abang siapkan chapter 4 nanti..kan kan??


A Room Tour

Hari ni nak bawa semua tetamu ke suatu tempat..tempatnya tiadalah menarik manaa..di ruang kecil No. 2 Wylam Street sajaa.
Ruang belakang/luar rumah dilihat dr pandangan atas sebelah kiri..tempat Ameen & Iffah bermain basikal dan tempat ibu menyidai pakaian. Terdapat juga 2 bilik kosong yg ku kira macam bekas tandas lama gitu..satu tu kami buat tempat simpan brg2 ala2 stor (locked) dan yg satu lagi tu dibiarkan ternganga..sebab abang simpan 2 beskal kesayangannya...
Yang ini pula pandangan dr atas sebelah kanan, kelihatan Bowburn Infant and Nursery School (school Ameen yg lama aka nursery). Dulu ayah hantar Ameen gi school ikut pintu belakang je sbb teramatlaa dekat. Lepas je lunch terus keluar pintu tu haa..kat sebelah ni rumah nenek tuaa..xtahu namanya siapa sbb jarang nampak dia kat luar rumah..weekend kadang2 kedengaran suara anak2 cucu dia..bingit2 tepi rumah. Alaa..kami pun selalu bising..esp. budak 2 org tu..mesti nenek tu asyik tutup telinga jer dlm rmh.
Haa..inilah lokasi yg nak dibawa tu. Ini ruang kecil milik kekasih hati saya..di sinilah tempat beliau mencari ilham..menelaah..menulis mencurahkan idea..semata2 untuk merealisasikan impian dan cita menjadi seorang ilmuwan yang berpengetahuan, berpendirian, serba boleh dan disegani.
Senario ini sudah biasa dilihat di dalam bilik kecil ini..ini memberi petanda pertama bahawa sang kekasih sedang siiiiibuuuuuk bertungkus lumus menyiapkan chapter2 tesisnya..di katil bujang itu jugalah tempat saya selalu hinggap tatkala menjengah keadaan beliau..kesiaan..asyik berasap je kepala gewe saya nii..petanda kedua pulaa..hmm..faham2 ler..jangan kaco..bila banyak kertas2 atas katil tu..tersusun jer..tandanya, tak dibenarkan 'landing' dan mengganggu konsentrasi..huhuuu..
Ini pula rak buku2 dan fail2..janganlaa..sesapa nak cuba alihkan atau susunkan kedudukan buku dan fail tuu..biarkan macam tu je..sbb nanti susah pula tuan empunya badan nak cari buku2 dan peralatannya.
PhD sayang memberi fokus dalam bidang finance..jadi, banyaklah koleksi buku2 finance kat bilik ni..buku2 law pun adaa..
Personal Gunt Chart sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan dalam masa yg ditetapkan. Risau juga..chapter nye banyak banget..ada 10 gituu. Baru siap 3..sekarang tgh bermesra dengan yg keempat pulaa. Didoakan semoga usaha sayang sentiasa diberkati Allah SWT. Innamal a'maalu binniyyaat..wainnama likullimri'im ma nawaa..
Haii..sayang follow ke jadual ni sayang..

Semoga sayang dapat menyiapkan PhD dalam masa yg dirancang..amiin.
I'll give my constant support with full love and affection..
I had sacrificed a lot merely for you.
LoVe NoW aNd AlWaYs.

Saturday, 11 October 2008

Happy 64th Birthday!!


SELAMAT HARI LAHIR
yg ke 64

kepada

ATUK tersayang
yang berada di Pasir Puteh, Kelantan

Semoga ALLAH SWT memberikan kesihatan yg baik buat Atuk disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki..(supaya nanti tercapai hajat dapat datang ke UK..heheh)


Daripada:

ZUL
NANI
AMEEN
IFFAH
BABY

Friday, 10 October 2008

Selamat Datang

SELAMAT DATANG & AHLAN WA SAHLAN
diucapkan kepada sahabat2 dr Malaysia yg baru sahaja tiba untuk sama2 menghuni bumi Durham.
Jadikan semua cabaran & ujian yg dilalui sebagai satu permulaan kepada sebuah kehidupan baru yg bakal di harungi nanti. InsyaAllah, rakan2 yg berada di sini sedia membantu bila diperlukan.

  • Faiz Sabli & keluarga (HUKM)
  • Hanira Hanafi & keluarga (UM)
  • Amalina Ahmad Tajudin & Suami (USIM)
  • Rosmin Yaakub (PTD)

WELCOME TO DURHAM !!

Thursday, 9 October 2008

The Time Is Very Near

Sejak pagi semalam, aku recognized ada 'show' - the plug of mucus came away. It was only small amount of sticky pink mucus..suspend juga..mana taknya, aku xpernah pula experienced bende ni masa Iffah except in Ameen's case..baby wanted to come out earlier than the agreed due date. Furthermore, I did not feel any strong contraction..only 1 contraction within 25 mins and sometimes once within 10 mins.

Pagi ni, aku call midwife, Carol Ashton sbb nak bgtau ttg perkara ni..seeking for advice though. She said..it is only the sign that labour is beginning..yet, it's very little. She added, no need to worry much, but she asked me to be prepared as the baby seems going to come out very soon. If the contraction comes twice within 10 mins..means that I had better go to emergency/delivery suite ASAP. Huu..menakutkan je bunyinye..abang dah ready dgn 2 beg daah..

Kepada keluarga & rakan2..doakan keselamatan dan kesenangan kepada Nani masa melahirkan..juga kepada Zul supaya tenang menghadapi saat2 cemas nanti..(jgn terlebih cool plk..) Juga Ameen & Iffah agar tidak banyak meragam..Doakan kami semuaaa..Rasanya masa sudah hampir tibaa..

Happy 24th Birthday!!

HAPPY 24TH BIRTHDAY
to
my beloved sister
HALIANA HARUN

May Allah SWT bestows His Great Blessings on you.

From all of us,

UR SIST & BRO
AMEEN
IFFAH
BABY

Iffah Sedih Lagilaa..

video

Pagi tadi dapat rakam video pendek ni melalui handset, tak sempat nak ambil kamera kat atas. Jadi maaf jika gambar kelihatan tidak jelas. Masa ni Iffah baru sahaja selesai bercakap dengan Teh Huda melalui phone call..pagi2 lagi dia dah minta ibu call Teh Huda. Lepas je cakap jadi macam ni..heheh. dia nak ikut korang balik Malaysia, rumah nenek.

Monday, 6 October 2008

Farewell Teh

Beberapa gambar yg sempat dirakam tadi sewaktu menghantar Teh di bus stop.




Beberapa minit sebelum bas berlepas..
Iffah tengah sedih ni..tadi pun dia tarik baju Teh tak kasi balik naik bas. Dia asyik bertanya.."teh nak gi manaa.."
Dalam kereta selepas menghantar Teh. Masa ni Iffah nangis tapi suara xkedengaran..hanya airmata je yg mengalir..kesian sangat aku tengok..sampai aku pun ter'mengalir' airmata juga dibuatnya..

Iffah asyik pandang ke luar je..jauh benar termenungnya tu..apalah yg bermain dalam fikirannya..memang dia kelihatan amat sedih..kesiaaan anak ibuu..
Haa..ini yg Iffah buat setelah sampai di rumah tadi..ibu dah pujuk dia bukak PC n pasang citer favouritenya i.e. Mr. Bean Animated Series. Sambil2 tu, dia dah pekena aiskrim 2 gelas...hmm..dah baik dah..budak2 cepat baik sedihnya tu..bukan mcm org tuaa..kan..kan..??