Sunday, 12 October 2008

A Room Tour

Hari ni nak bawa semua tetamu ke suatu tempat..tempatnya tiadalah menarik manaa..di ruang kecil No. 2 Wylam Street sajaa.
Ruang belakang/luar rumah dilihat dr pandangan atas sebelah kiri..tempat Ameen & Iffah bermain basikal dan tempat ibu menyidai pakaian. Terdapat juga 2 bilik kosong yg ku kira macam bekas tandas lama gitu..satu tu kami buat tempat simpan brg2 ala2 stor (locked) dan yg satu lagi tu dibiarkan ternganga..sebab abang simpan 2 beskal kesayangannya...
Yang ini pula pandangan dr atas sebelah kanan, kelihatan Bowburn Infant and Nursery School (school Ameen yg lama aka nursery). Dulu ayah hantar Ameen gi school ikut pintu belakang je sbb teramatlaa dekat. Lepas je lunch terus keluar pintu tu haa..kat sebelah ni rumah nenek tuaa..xtahu namanya siapa sbb jarang nampak dia kat luar rumah..weekend kadang2 kedengaran suara anak2 cucu dia..bingit2 tepi rumah. Alaa..kami pun selalu bising..esp. budak 2 org tu..mesti nenek tu asyik tutup telinga jer dlm rmh.
Haa..inilah lokasi yg nak dibawa tu. Ini ruang kecil milik kekasih hati saya..di sinilah tempat beliau mencari ilham..menelaah..menulis mencurahkan idea..semata2 untuk merealisasikan impian dan cita menjadi seorang ilmuwan yang berpengetahuan, berpendirian, serba boleh dan disegani.
Senario ini sudah biasa dilihat di dalam bilik kecil ini..ini memberi petanda pertama bahawa sang kekasih sedang siiiiibuuuuuk bertungkus lumus menyiapkan chapter2 tesisnya..di katil bujang itu jugalah tempat saya selalu hinggap tatkala menjengah keadaan beliau..kesiaan..asyik berasap je kepala gewe saya nii..petanda kedua pulaa..hmm..faham2 ler..jangan kaco..bila banyak kertas2 atas katil tu..tersusun jer..tandanya, tak dibenarkan 'landing' dan mengganggu konsentrasi..huhuuu..
Ini pula rak buku2 dan fail2..janganlaa..sesapa nak cuba alihkan atau susunkan kedudukan buku dan fail tuu..biarkan macam tu je..sbb nanti susah pula tuan empunya badan nak cari buku2 dan peralatannya.
PhD sayang memberi fokus dalam bidang finance..jadi, banyaklah koleksi buku2 finance kat bilik ni..buku2 law pun adaa..
Personal Gunt Chart sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan dalam masa yg ditetapkan. Risau juga..chapter nye banyak banget..ada 10 gituu. Baru siap 3..sekarang tgh bermesra dengan yg keempat pulaa. Didoakan semoga usaha sayang sentiasa diberkati Allah SWT. Innamal a'maalu binniyyaat..wainnama likullimri'im ma nawaa..
Haii..sayang follow ke jadual ni sayang..

Semoga sayang dapat menyiapkan PhD dalam masa yg dirancang..amiin.
I'll give my constant support with full love and affection..
I had sacrificed a lot merely for you.
LoVe NoW aNd AlWaYs.

No comments: