Tuesday, 14 October 2008

Pengorbanan Seorang Suami..

Hari ni abang mengutus email untuk cancel kan jemputan ke International Waqf Conference & Islamic Civilization di Isfahan, Iran yg dijadualkan bermula 12-13 November nanti. Kesian abang..terpaksa batalkan untuk ke conference tu..sudah lama dia mengidam nak ke sana. Tak disangka pula terkena dgn tarikh ma'am dlm pantang.

Waktunya tak berapa sesuai..tak berapa kenaa..sebab masa tu aku belum cukup sebulan lagi ..lagipun tiada sesiapa (dr Malaysia) yg akan datang menengok2 aku masa berpantang nanti..semuanya sendirian berhad. Jadi, kalau abang pergi juga ke sanaa..siapa nak uruskan budak 2 org tu..baby lagi..diri sendiri lagi..huu..nanti tak pasal2 aku jatuh sakit. Iyelah, badan masih belum pulih sepenuhnya.

Aku pun jadi serba salah bila abang bertanyakan pendapatku..tak tahu nak jawab apaa sebab memang aku benar2 memerlukan abang time tu..tp dlm masa yg sama juga, aku faham perasaan abg nak ikuti conference yg fully sponsored tu. Aku minta abg fikir masak2 sebelum buat sebarang keputusan..aku pasrah..

Kesudahannya, inilah keputusan yg tlh dibuat setelah berhari2 kami berdua kebuntuan..kesian pula kat abg. Tak mengapa abg, mungkin selepas ni akan ada conference spt itu yg boleh abg ikuti..Nani yakin.

Terima kasih abang kerana telah membuat keputusan terbaik...
Terima kasih atas pengorbananmu..
I do appreciate it.

No comments: