17 Oktober 2008 / 18 Syawal 1429 H (Jumaat)
Satu tarikh yang tidak dapat dilupakan. Buat pertama kalinya aku melahirkan cahayamata di luar negara..berjauhan daripada abah & ma dan bantuan keluarga. Alhamdulillah..semuanya telah berjalan lancar dengan bantuan-Nya.
Mengikut ramalan obstetrician dan midwife, aku dijangka melahirkan bayi ini pada 15 Okt. Entah bagaimana kandungan aku 'overdue' kali ni sekaligus menjadikan ini pengalaman pertama juga. Bohonglah jika aku katakan yg aku ni tak takut dan risau. Setiap detik hati ni berdebar2. Ada entry sebelum ni (jika sesiapa perasan) aku keluar dgn hubby ke school beliau dan sempat juga meronda di charity shop cuci mata & exercise. Pada hari itu lah..aku mulai sakit dan dimasukkan ke labour room malamnya...
16 Okt 2008 (Khamis) - petang
Sejurus pulang dr berjalan2 dgn hubby & Iffah, aku tergolek atas katil kepenatan. Kali ni aku agak cemas krn didatangi strong contraction berkali2 dgn selaan masa 10-15 minit. Abg minta aku bersiap2 utk ke hospital. Tapi, aku xnak sbb nak tunggu adik dr Coventry tu smpai dulu. Yelah..konon2 nak bg diorg smpai dulu br nak gi hosp. Lps solat Zuhur aku mengadap laptop masukkan entry baru ttg ronda2 kami bertiga tadi. Masa tu pun contraction asyik menjengah..kali ini makin hebat ..backache.
Tiap kali contraction dtg, pasti aku report pd abg..tp kali ni reportku berbeza..minta dia get ready..sbb aku merasakan kelainan. Abg srh aku berehat dan baring..pelik kan sepatutnya kalau dh sakit2 camtu, kenala lagi byk berjalan atau naik trn tangga untuk membantu percepatkan proses kelahiran. Yg aku ni plk baring2 atas katil menahan sakit sebaaab nak tunggu Teh tibaa dulu.
16 Okt 2008 - Malam
Hanif dan Huda sampai lbh krg jam 7:30 pm. Sesampai je..kami makan malam. Hari ni abg je yg masak sbb aku mmg sakit hari ni. Kesian diorg kene makan lauk sardin & telur dadar je. Aku & abg solat Isya' bersama2 diiringi dengan solat hajat mohon kpd Allah agar dipermudahkan urusan nanti. Hati aku tersangat hiba time tu..tak tahu kenapa..airmata pun lajuu je. Abg berpesan supaya kuatkan semangat..dan ingat Allah.
Akhirnya, tepat jam 9:40 pm kami berdua menuju ke University Hospital of North Durham meninggalkan anak2ku di rumah bersama dgn Teh & Teh Huda. Syukur..tenang sikit perasaanku.
Tiba di Emergency Unit jam 10:10pm, kami terus ke Delivery Suite untuk mendaftarkan diri. Setelah mendengar dan membaca reportku, aku admitted ke Labour Room No.7 yg terletak tidak berapa jauh dr meja receptionist. Seorang midwife appointed untuk membantu proses kelahiran bayiku, MRS RUTH HANNA.
Jam 10:20 pm cervix dilation aku diperiksa..dah 5 cm. Aku diminta berjalan2 exercise agar proses kelahiran dipercepatkan. Dah jenuh berjalan2 dgn abg aku kembali ke bilik. Mucus bercampur darah makin banyak keluar hingga aku terpaksa pakai pad. Kerap juga ke toilet..buang air. Entahlah..aku rasa kali ni kesakitan yg kurasai amat berbeza berbanding 2 org anakku. Sementelah pula di tempat org..treatment mereka berbeza dgn Malaysia.
Water bag pun kene pecah sendiri maaa..manala aku ada experience tu. Dua2 anakku tu doktor yg pecahkan air ketuban..kesannya, aku terpaksa menahan sakit contraction lama jugaklaa..Next vaginal examination (VE) jam 2:20am. Maknanya lama lagiila aku kene tahan sakit ni. Huuhuu..
1:35am
Last2 aku minta Ruth check lg tgk kalo2 cervix dah betul2 dilated ke belum. Ruth kata labour process aku slow, then dia ter'pecah'kan water bag aku dgn jari dia semasa buat VE tu. Xpe, xsakit pun..terkejut jer. Jika 2 org anakku tu, bila water bag dah pecah, contraction utk pushing terus dtg..tp tidak utk kali ini. Bayangkanlah dr jam 1:45am air tu pecah sehinggalah 3:15am baby keluar..lamaa tuu.
3:15am
Alhamdulillah..bayiku selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 3:15 am. Aku pun dah lupa2 laa camne nak push..heheh. Nasib baik ada abg. Kurang2 abg menyaksikan macamana isterinya ini melahirkan zuriatnya yg ke-3. Sbnrnya ini kali kedua abg menemaniku dlm labour room selepas time Ameen dulu. Tapi, abg beraaanii..tabah je. Dulu pun mcm tu. Tak takut pun tgk darah atau apa saja yg berlaku dlm blk tu. Ada beberapa scene yg abg record utk simpanan peribadi kami. Kat sini tu yg bagus..dia xmarah pun kita nak record apa2..dia yg tlg snap gmbr dll. Aku pulak yg xbagi abg record every single thing.
Alhamdulillah..aku tidak menggunakan sebarang pain relief semasa sakit contraction..semuanya 'natural process'..heheh macam pernah dgr je ungkapan tu ek. No stitches as well since the baby came out within the exact time she was supposed to. Bayiku juga sgt sihat keadaannya..keluar2 terus bukak mata..ya Allah..terkejut kami..begitu bercahaya matanya. Anak zaman moden..kalo anak dolu2, seminggu tu pejaaaam je mata cam kene gam. Tak bukak2.
Izzah terus diletakkan di pangkuanku sejurus slps dilahirkan. Abg terus mengalunkan azan & iqamat ke telinga Izzah moga hari pertamanya dimulai dgn bisikan mengagungkan kebesaran Ilahi. Kat sini baby tidak dibersihkan terus tau slps keluar tu, dia terus pakaikan baju dan letak kat tepi kita..dgn kepala & badan yg penuh lendir..huu..xpe..balik rumah itu tugas abg..mandikan baby..heheh.
Selesai je semua proses tu, aku diminta rest & midwife tidak lupa memberi kami makanan sebab tahu kami kelaparan mlm tu. Haahaa..mmg aku tersangatlah lapaaar dan letih..tp bila tgk muka baby..terus hilang rasa sakit. Waa wii..lebatnya rambut baby..ikut abg kot..heheh.
Kami dibenarkan keluar pagi itu juga jam 11:00 am selepas Izzah dimandikan (oooh..nak kuar hosp. br dimandikan rupenye) & diberi suntikan BCG oleh paediatrician. Tak masuk postnatal ward pun..terus keluar dr labour room tu je. Best sgt labour room tu bsr, selesa, ada toilet besar dan kerusi bsr utk abg. Abg pun asyik dpt coffee je..jelesnye.
Video rakaman detik2 tersebut ada dah dlm entry sebelum nii..boleh tgk bg sesapa yg berminat atau nak tgk lg sekali.
Ralat: Bukan Pregnancy Assessment Unit tau..spt tercatat dlm video tu tapi, DELIVERY SUITE.

No comments:
Post a Comment