Hari ni gi jalan2 di school abang, School of Government and International Affairs (SGIA). Saja je sbb aku pun belum nak deliver lg kan..tp, masa sedang masukkan entry ni, aku mulai rasa kurang sedap dah..tapi, dalam hati tetap berdoa agar baby keluar setelah Teh tiba kat rumah malam ni. Manalah tahu baby nak tunggu pakcik dia dtg dulu..then nak minta ayah masuk dlm labour room temankan ibu..then, nak bolehkan abg Ameen & kakak Iffah stay bwh jagaan Teh sementara ayah & ibu pegi berjuang..huuhuu..kami hanya mampu merancang, Allah SWT yg akan menentukannya. Mudah2an urusan kami dipermudahkan oleh-Nya. (maklumlah aku dah overdue 1 hari ni...tak pernah2 ada experience mcm ni..)
Ada foto untuk dikongsi bersama..
Ada foto untuk dikongsi bersama..
Nampak macam kurus x sikit cik abe saya ni..memang dah byk susut berat badannya..13 kg turun dr brt asal. Apaa..?? Aku masak xsedap? Tolong sket.. Hmm..kalo xsedap, masakan boleh tmbh smpai 2 pinggan..Nampaknya terbalik dengan akulaa..aku bertambah 12 kg..heheh..
Walaupun tengah menghitung hari..namun aku gagahkan juga diri untuk meronda2 ke SGIA ni..sebelum diri bertapa sebulan lebih dlm rumah nnti. Masa ni cuaca sangat terang benderang..ada matahari..tapi, sejuuk sangat..dan windy. Daun2 berterbangan je..kan ke dah musim luruh..standard lah..
2 comments:
emmm..bagus jalan2 bila dah tengah menuggu waktu ni.
Insya Allah..banyak do'a. Jangan lupa yaseen setiap pagi. Husbang jugak boleh bacakan especially bila dah turun tanda. dan juga manzil.
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang menentukan. Do'a dan jaga amal, insya Allah, Allah akan permudahkan..Allah tidak akan membiarkan hambanya yang berdo'a dan berserah...
Bersalin di sini tanpa bantuan saudara mara lebih lagi akan menguatkan keimanan kita. Kerna di kala inilah sifat berserah kepadaNya adalah keserahan yang sebenarnya. Tanpa ada pengharapan kepada yang lain..Insya Allah akak do'akan semoga semuanya selamat..
Terima kasih atas doa akak. Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan baby girl yg sihat hari ini tepat jam 3:15 am.
Sekarang kami dah berada di rumah. Alhamdulillah..adik sempat sampai dirumah sebelum kami melangkah ke hosp. Jadi, anak2 ditemani pakcik n makciknya.
Syukur..sangat2..sekarang dah rasa legaa..
Post a Comment