Friday, 31 October 2008

Postnatal Care in UK

Nampaknya hari ni genap 2 minggu usia Izzah..maka genaplah juga 2 minggu aku bertapa dalam bilik tu. Alhamdulillah..kami berdua sihat walafiat. Izzah pun tidak meragam..dia tahu agaknya ibu berpantang di negara orang.

Di sini, setelah sehari discharge dr hospital, aku didatangi midwife. Prosedur di sini sememangnya mcm ni. Sepatutnya dia kena dtg melawat selama 10 hari..tp aku hanya dikunjungi 5 kali saja. Last sekali adalah hr ini..ditutup oleh Carol Ashton.

Selepas tu aku kena monitor pula oleh health visitor. Semalam, Elizabeth Hurst (Liz) dtg rumah buat lawatan. Dia timbang & ukur baby. Izzah dah mencapai berat 3.9 kg setelah berusia 13 hari. Banyak juga peningkatan berbanding awal kelahiran iaitu 3.275 kg. Awat taknya..asyik minum je kejenye.

Pantang??
Berpantang di UK sudah pasti berbeza keadaannya dgn Malaysia. Kat Msia, mesti aku dah mandi air 7 jenis herba yg ma buat. Lps mandi air herba tu, badan jadi segaaar je..dah tentu minum air kunyit dan inai..ntah macam2 lagila. Pastu dah berurut 1 badan selama 3 hari..waaahh..syoknye.

Kat UK ni apaalaah yg adaa..tp ma jgn risau, Nani makan ubat yg ma kirim pd Shafie Nottingham tu..pakai barut yg kak Tie kirim tuu..minyak angin tu pun dah pakai nak hbs sebotol daah.
Terima kasih pd keluarga di Malaysia yg mengirim semua peralatan tu. Hari tu kutip batu kat tepi laut Seaham..utk batu tungku..thanx to abang sbb xprnh lupa bakar batu tu.

Kat sini cuaca dah makin sejuk..kdg mencecah 2 Celsius..malam td & pg td pula hujan batu..(kat selatan ada snow..termasuk daerah Coventry). Jadi, bilik tempat aku lepak tu kena sentiasa suam2..nak panas sgt nnti kulit jadi kering..kami psg boiler @ heater bila perlu sahaja. Ma jgn risau..Nani xnaik turun tangga pun. hr tu je turun sekali, tu pun sbb bawa Izzah ke klinik.

Huu..oleh krn kat sini sejuuuk jer..maka kaki aku pun xprnh lekang dr memakai stokin..kalo pantang di Malaysia..ada time2 aku curik2 xpakai stokin..panaaas tu..kalo boleh nak je dok bwh kipas..kat sini xdenye...selimut pakai duvet..pakai stokin..baju tebal..

Makan??
Abg byk membantu masa berpantang ni. Hampir kesemua urusan rumahtangga abg yg uruskan..dr memasak..laundry..kemas rumah..dan melayan karenah si abang dan kakak. Lagipun, kat Durham satu jadual dibuat untuk menyediakan mknn bg ibu2 berpantang. Ini sedikit sebanyak tlh membantu kami sekeluarga..terima ksh diucapkan kpd semua yg bersusah payah menyediakan menu dlm masa 2 minggu ni..moga Allah SWT shj yg membalasnya.

Dan..untuk abang..terima kasih sgt2 krn memahami dan byk membantu Nani selama berpantang ni..Nani doakan Chapter 4 abg siap dlm weekend ni..(dah nak siap kaan..??) Nani rasa itu semua berkat penat lelah abg menjaga Nani dan anak2..abg dipermudahkan urusan..alhamdulillah..

Tak sabar rasanya nak turun bawah dan makan makanan macam2..gi jalan2..asyik terperuk dlm bilik ni..nasib baiklah ada peralatan moden ni..bolehla merayap2 ke internet..emails dsb. Kalo mcm zaman dulu..huh..alangkah boringnye..




No comments: