Thursday, 2 October 2008

Eidul Fitri @ Durham, UK

Tahun ini kami menyambut hari raya Eidul Fitri di perantauan buat kali yg pertama. Terkenang sekali ibubapa & adik beradik serta sanak saudara di kampung halaman. Begitu juga dengan rakan2 taulan. Apa nak buaat..tanggungjawab mesti diteruskan demi mencapai apa yang dicitakan. Walaupun terpaksa berjauhan, namun di hati dilupa jangan..

Di United Kingdom, kami merayakan hari yg mulia ini awal 1 hari berbanding di Malaysia iaitu pada 30 September 2008 (Selasa). Kekalutan melanda kami sekeluarga terutamanya sayalaa..dek kepenatan menyediakan juadah untuk keesokan harinya. Baru sahaja menyiapkan juadah berbuka puasa..

Di dewan universiti, semasa menunaikan solat sunat Eidul Fitri berjamaah bersama2 dengan rakan Muslim yang berbilang kaum.
Anak dara saya tengah khusyuk mendengar khutbah raya yg disampaikan dalam 2 versi, English & Arabic. Terlalu kaget mungkin dengan pelbagai wajah2 baru yg ditemui di dewan membuatkan si kecil ini solat sunat raya secara berdiri dr awal solat sehinggalah salam..tiada ruku' dan sujud malah duduk tashahhud akhir..heheh. Macam solat jenazah pulak..
Iffah Madiehah dengan ibu selepas solat raya. Iffah tersangatlah bangga & gembira bila mengenakan telekung sembahyang pemberian nenek. Didapati hanya Iffah sahaja yang memakai telekung putih semasa solat tu..membuatkan dia menjadi perhatian orang2 Arab di situ. Apa lagi..terus ditarik muka masam..Iffah ni pemalu sikit orangnya..tu pasal posing ni mukanya serius je.
Masa ni, kami dah tiba di Bowburn Community Centre untuk majlis hari raya masyarakat Malaysia-Durham (Durham_my). Kelihatan abang & Hanif sedang sibuk menyusun meja2 dan kerusi2 untuk persediaan dewan.
Ini antara juadah2 yg lazat disediakan oleh kami semuaa. Yang paling tepi tu..sumbangan keluarga kamilaa..my 1st time trifle..tp kali ni mango and not strawberry. Adaa lagi juadah yg kami bawa iaitu nasi impit & kuah kacang 'special'..
Ini pula adik yg bakal pulang ke tanahair tidak lama lagi..201008..setelah selamat menamatkan pengajian di Coventry University dlm bidang kejuruteraan. Mereka berdua beraya di Durham bersama kami. Nasiblah ada diorg berdua ni..tidaklah kami sayu & sedih je. Sekurang2nya ada juga kerabat di sini. Iffah pula tidak lekang dr Teh Huda..hinggakan ada yg beranggapan Iffah ni anak Huda & Hanif..(mereka yg blm kenal Iffah betul2..)
Iffah asyik mengelek beg Barbie tu je..beg ni beg kain telekung dia..cara dipakai macam jemaah haji jer..sangkut kat leher..
Ameen & Iffah..Ameen sangat baik hari ni..tak nakal dan sgt mendengar cakap..cuma asyik mengajak pulang ke rumah jer. Boring agaknye..ni kan majlis org2 tuaa..budak2 setakat dpt duit raya je laa..Ameen & Iffah mengenakan baju raya hadiah atuk & nenek..padan elok je..tak perlu ubah apa2 pun.
Wajah setelah mendapat duit raya dr Durham_my. Walaupun sedikit cuma nilai GBPnya (convert RM jd byk juge), Ameen tetap gembiraa..sampai tercicir duit tu..nasib baik diganti semula..
Iffah pun dapat juge..
Kami sekeluarga..tapi dua2 anaknya enggan bergambar..maka hasilnya macam nilah..sorang menganga..sorang lg menutup..
Saya dah tersangatlah sarat..tapi gagahkan diri untuk bersama2 dgn yg lain meraikan hari kemenangan ini..tapi, kadangkala terpaksa berehat atas kerusi lama sikit dek quite strong contraction. Lately ni memang strong je contraction nye..maklumlah dah 38 wks. Harap2 dapat lagilah menjengah ke rumah kawan2 untuk open house..menjamu selera..heheh.
Hanif & Huda tersenyum girang mengenangkan diri akan pulang menemui keluarga di tanahair tidak lama lagi..
Majlis dah selesai..xbanyak foto yg dirakamkan memandangkan suasana dlm dewan ni yg agak suram & kurang cahaya.

Wajah2 rakyat Malaysia yg beraya di perantauan Durham, United Kingdom. Rakan2 yg menjadi pengubat rindu keluarga di kampung..namun masih tidak samaa kan...

Dalam dingin subuh
Hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya
Menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini
Ingin ku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus
Mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
Hanya kupanjatkan doa
Dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh ku pohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini
Tak dapat kita bersama
Meraikan Aidil Fitri yang muliaa
Restu ayah bonda ku harap selalu
Demi anakmu yang kini jauuuh...

No comments: