Heheee..ada lagi cik puan blogger ni eh..bila pula nak masuk hospital..ntahlaa..saya sendiri pun tak tahu nak jawab apa..udah dia xmau keluar lagi..tinggal 3 hari cuma..
Aiyyok..masih ada trivia drpd Uni mate dulu yg belum terjawab..bila la nak jawab soalan2 tu..nantila 'Beautiful Life'. Pasti akan dijawab nanti cuma cepat atau lambat jer. Almaklumler..cik puan blogger ni xleh duduk lama2 atas kusi..
Masyarakat Durham-Malaysia pun masih seronok ber'open house' lagik. Sudah 4 open house yg tak dapat dihadiri..cuma abang sahaja yg menjadi wakil untuk makan2 tu. Nasibla badaan..time ada jemputan je..mesti meragam je..contraction laa..lenguh2 laa. Bila tiada jemputan open house, tiada pula kesakitan tu menjengah. Macam tak kasik cik puan pulun makan jer..
Abang pula dah makin rajin masuk ke dapur..memang sebelum ni pun setiap hari setiap masa masuk dapur tapi sebagai tukang makan..sekarang ni tidak lagi..cepat betul abang ke dapur semata2 menyediakan makanan untuk isteri & anak2 tersayang. Menurut beliau, skill memasak nya kena asahkan balik sebagai persediaan masa cik puan dalam pantang nanti..sekarang ni pun abang dah tak banyak tanya macam masa mula2 masuk dapur dulu.."garam mana..kunyit mana..kuali kat manaa..". huhuuu penat jugalah memberitahu kat situ kat sini..Hmm..sekarang ni tidak lagi..dah mahir pun..hik2. (tadi makan nasi goreng n jemput pisang ;p
Biasalah tu..kalo nak jadi suami soleh memang kene jadi mcm tu laa..baru hidup berumahtangga sentiasa diberkati-Nya..saling bertanggungjawab dan tolak ansur. Mudah2an Allah permudahkan abang siapkan chapter 4 nanti..kan kan??
No comments:
Post a Comment