Semalam kami free..jadi selepas lunch & solat Zuhur kami dtg sini untuk membeli barang2 dapur yg telah susut..kalo xdtg kang..xberasaplah dapo elektrik hamba tuh. Jauh juga nak mai sini..adalaa dekat setengah jam Durham - Newcastle. Nak buat camne dah makanan halal hanya banyak dijual di sini. Kat Durham manalah ada halal food store. Kat atas ni adalah kedai WATAN (sebut gaya Arab tau). Milik Pakistani..biasanya kami akan beli beras, cili kering, daun pandan, serai, ayam, daging lembu, daging kisar, nugget ayam dsb. Nak tahu x..aku xpernah melangkah masuk dalam kedai ni tau. Setakat kedai Haji tu adalaa dua tiga kali..tp kalo yg ni mmg belum lagi..sbb big boss saja yg akan keluar did the shopping. Kuang3..
WING HONG..hmm..kat sinilah kami selalu beli barang2 Asia spt bihun, laksa kering, kue tiaw kering, agar2 tali, sos tiram, kicap cap kipas udang, fishballs, fishcakes, tofu & macam2 lagilah..tp, kat sini xde jual udang kering & belacan mcm kat WING YIP (Birm) tu. Nampaknya nak kena suggest kat diorang ni.
Hmm..sibuknya cik abang ni ye mengisi barang2 dlm bonet keta. Abang dah biasa buat keje ni..boleh diharap untuk membeli barang2 dapur..kadang tu aku cuma list down je barang apa yg diperlukan then, abang akan uruskan segalanya. Bukan kat sini je malah kat Malaysia jugaa..Alah bisa tegal biasa..Dulu, masa kocik2 abang lah yg di tugaskan untuk membeli ikan di kedai.
Waaaa..abang buat surprise kat I laa..abang belikan buah kegemaran aku..yg xsempat aku makan sebelum berangkat ke UK (I was forbidden to eat it as I suffered from severe cough)..sedih sungguh. Thanx abang..sbb faham Nani dah lama nak makan buah ni..love you bebeh!! Monthong pun monthong lah..janji sedap!
Nyum..nyum..lega rasa hati dapat pekena beberapa ulas durian ni biarpun didinginbeku namun rasanya tetap segar & asli. Sedaaaaap sangat tau.
Haa..kedai nilah yg menjadi pengubat kempunan kami pada KFC..Dixy Chicken..hmm..ayam goreng dia pun not bad. Takde la masin mcm ayam grg kat kedai lain..cam tumpah lori garam jer.Kalo kami dtg ke Newcastle pasti kami akan singgah di kedai ni untuk mengisi perut..dengan beberapa ketul ayam grg. Alhamdulillah..syukur.
4 comments:
Salam..
Kak Nani,
Ina pernah beli udang kering & belacan kat wing hong.. Dah habis kottt...
kami pun pernah beli gak frozen durian tuh.. tapi masa tu boss yang mengidam nak makan..hehehe.. comelkan..takde biji.
Waalaikumussalam..
Ina,
Ye ke ada sebelum ni? Akak rasalaa..ni mesti habis sbb Ina borong ni..isk3.
aah kan..sedap & comel monthong durian tuh. waah..kemain lg boss ngidam. x kena morning sickness ke aritu? hik2..
Post a Comment