Sunday 27 July 2008

Summer BBQ @ Hamsterley Forest

Pada Sabtu lalu (26 Julai2008), komuniti Malaysia-Durham telah mengadakan satu summer BBQ picnic merangkap Family Day bertempat di Hamsterley Forest, Bishop Auckland. Tempat tu 1st time kami kunjungi..hmm not bad. Kiranya 40 minit jugalah dari Wylam Street tu. Kami tak dapat ikut rombongan tayar bergolek bagi kedua2 sesi kerana abang keje time tu. Abg balik je (pukul 11.15am), maka kami pun bersiap2lah memunggah barang2 ke dlm bonet keta. Dlm fikiran aku, hmm..depa dah selamat makan lauk2 bbq nih. Huu..tinggal kat kami sikit no..
Ini sahajalah juadah yg dapat aku sediakan hari ini. Ingatkan tak dapat join dah sbb aku demam sehari sebelum tu-tonsil bengkak-. Dah terbaring 1 hari daah. Kesian kawan2ku..tak dapat aku dtg menolong marinate kambing & ayam..maaf yer..memang dah niat nak pegi tolong rewang..tp apakan daya badanku xlarat sangat.
Nasi Impit
Kuah Kacang
Brazilian Carrot Cake
Car park
Moga anda semua dapat saksikan pameran keta2 terpakai di bawah syarikat gergasi milik durham_my. Kelihatan 3 orang dara pingitan selaku salesgirls untuk sales hari ini. Jangan risau..harga boleh dirunding..
Keta sape plak ni? Siap pasang driver lagi tu.
Kami baru sampai ni..tumpang lalu ye..sat lagi nak ngap ayam & kambing bbq..
Aik?? Takkan datang bertiga jer..mana lg sorang? Adaa..xkanla kami nak tinggal kat rumah sengsorang kan. Dia tgh syok main air sungai dgn kawan2 yg lain.
Control encem nampak mamat nih..jangan lepa..nanti kang hangus itam ayam tu karang..
Hmm..yang ni aku punye..yg kat tepi ni aku punye..heheh..aku punye semuaaalah..penat aku bakar nih.
Ayam BBQ yg belum masak lagi.
Limpahan makanan yg xtahu mana satu nak dimakan. Kek besau tu milik anak Kak Amy..Sofea, yg menyambut birthdaynye hari tu. Macam2 juadah ada..nasi impit, kuah kacang, mee grg, fussili grg, bihun grg, sandwich, kebab, whipped potato+sauce, coleslaw, macam2 aneka kek, muffins, tembikai, epal, jus2, sky juice, air panas, milo Malaysia pun adaa..semuanya dah bercampur gaul dalam poyot ni..
Ayam BBQ yg sedia untuk dimakan.
Kambing BBQ.
Nursing area..ibu2 yg tersenyum girang..sambil menunaikan kewajipan masing2..
Bergambar bersama isteri Tok Batin Kampung Bowburn..Pn Ayu Mazlan..jgn memain tau..ni puan loyer ni..nanti kang I'll see u in court!!
Ni Ameen ni..tgh makan lollipop. Tgklah bajunya dah basah kuyup main air sungai. Air tu sejuuuk..setakat nak amik wudu' tu ok lg..tp kalo berangan nak rendam kaki mcm yg prnh dibuat kat Malaysia nun..huuu..alamat cramp la kaki hang pa..
Iffah tgh nyum..nyum lollipop yg Aunty Amy kasik. Imej dirakam dgn background mamat contract bbq. Kipas bang..jgn xkipas..
Hamper2 yg tunggang terbalik dah ni haa..maklumlah..si adik2 bujang teruna dara yg uruskan games..it's well understood..no big deal..
Wah3..awat seronoknye depa berempat nih..boleh masuk iklan ubat gg nih..eh2..bkn ke yg berbaju biru ni mamat tukang kipas kepak ayam bbq td? Agaknye menang kipas mengipas la kot nih.
Haa..mak buyung pun dapat hamper jugak tau..sebab menang acara yg satu2nya aku sertai..mencucuk benang dlm jarum..korang xtahuu..aku sbnrnye juara bertahan dlm acara ni sejak dulu2 lagi..ustazah Hamidah bisik tu..dia kata balik nnti singgah umahlaa..hmm..mesti nak keneng hamper I ni kan..(acah jer). Korang perasan x mamat 2 org kat blkg nun..pada fikiran koranglaa..knp agaknya mereka berdua posing senyum mcm tu..
Habuan yg diperolehi..rezeki anak2 omak..
Kaum bapa sedang asyik mendengar ceramah motivasi berdiri yg disampaikan oleh motivator En. Halil merangkap director of bbq program.
Opocot..alamak..terjatuhla pulak..gaya jatuhnya mengingatkan aku semasa martial art training class kat IIUM dulu. Masa belajar buah jatuh. Hmm..sape yg jaga bbq atas dapo nun..nmpknye semua tukang kipas yg on duty ada kat sini haa..
Acara kaum ibu ..win lose or draw..
Haa..apa dah jadik ni..awat melopong jer..tekaa..tekaa..inilah acara yg mendapat sambutan paling meriah. Mana taknya..kaum ibu yg main..bingit semacam jer. Hik3..
Time to tidy up everything..dah lama dah kat sini..nak kena balik umah la..
Iffah menunggu ibu mengemas..tp masih sempat lagi untuk berposing..
Masa ni semua kaum kerabat Malaysia-Durham sedang berkumpul untuk acara terakhir iaitu bergambar beramai2 sebelum pulang..
Hoh..jenuh juga nak suruh kawan ni dok diam2 nak posing..sbb dia dah dapat bola idaman..
TADAAA!!!! Ketahuilah wahai semua rakyat jelata..inilah sebahagian daripada warga Malaysia-Durham yg meninggalkan tanahair tercinta..ramai bukan..ada lagi tu..xdpt join sbb dah pegi holiday..Isk2.. gambar I kocik bonar eh..xnampak nak nengok..

































No comments: