Abang & Ameen demam panas dari semalam lagi. Malam tadi masa usrah kaum Adam buat kat rumah kami, abg dah kepenatan menahan sakit2 badan. Kesian abg..Ameen pun sama, monyok je dan kurang sikit aktifnya. Sejurus tetamu semua pulang, aku terus bagi abg makan ubat dan abg pun masuk tidur. Malam tadi memang panas betul badan dia. Pagi tu bagi ubat lagi..baru kebah sikit. Sebenarnya, aku memang nak letak tuala basah kat dahi abg..tapi disebabkan badan pun keletihan yang amat..aku terlenaa.
Ameen dah getting better walaupun tak 100%. Pagi ni dah mula makan. Tapi..badan masih suam2. Nampaknya tengahari ni kena pegi Bowburn Pharmacy beli ubat demam untuk dia. Bukan apa..takut melarat plk..Isnin ni (esok) ada Nursery Fun Day, kesian lak dia kalau tak dapat join kan..aku pun dah plan nak donate chocolate doughnut.
Aku & Iffah ok je..cuma aku masih kepenatan & kadang2 weak contraction datang. Aku kena kuatla sikit dua tiga hari ni memandangkan big boss demam. Hmm..risau juga aku nih..tenaga kdg2 kurang bila berdiri atau berjalan terlalu lama..camne nak ronda2 carboot nih. Sejam pertama ok lagi..sejam berikutnya aku dah mula slow berjalan..jika boleh nak je aku dok dlm pushchair diorg ni. Kih3..
No comments:
Post a Comment