Friday 25 July 2008

Summer Break

Cuti sekolah datang lagi..kali ini Ameen cuti lamaa..24 Julai - 7 September. Lepas ni Ameen akan bersekolah di sekolah baru pula, Bowburn Infant School. Alaa..sebelah yg dulu tu jer. InsyaAllah, 16 Sept jam 9.45 am Ameen akan menjejakkan kaki ke sana. Aku berdoa mudah2an Ameen pandai bergaul dengan anak2 omputih yg lain tu memandangkan hanya dia seorang Melayu dalam kelasnya.
Hmm..abang dah tanya2 nak berjalan ke mana2 ke cuti ni. Aku masih tidak memberikan sebarang jawapan..iyelah, nak ke mana? Takde idealaa abang..Kata abg, jika boleh nak ke tempat yg boleh rehat2 sehari dua (nak overnitela ni). Dalam fikiran aku, cuma terlintas nak merayap ke York dan ronda2 ke Beamish Museum. Lokasinya pula xdelah jauh bebenor.Tapi, itu cuma lintasan fikiran..belum dibincang dalam perkara2 berbangkit. Saya yang menurut perintah..

No comments: