Tuesday, 15 July 2008

Bungkusan Misteri

Semalam petang kami menerima bungkusan putih ini..bukan misteri lagi..kami tahu kiriman berharga ini datangnya dari Malaysia. Ayah Long yg kirimkan parcel ni lebih seminggu lalu melalui Pos Malaysia Berhad (udara). Bukan main seronok lagi kami..(terutamanya akulaa kot..hik2). Xsabar dah nak selongkar isi kotak ni..heheh.
Terima kasih banyak2 Ayah Long, Atuk & Nenek..
"Apa dalam ni ayah?" tanya Ameen berkali-kali. Iffah pun tidak kurang juga menolong ayah menanggalkan loytape dr kotak.
Anak2ku sedang khusyuk melihat ayah membuka parcel.
Inilah dia barang2 dalam parcel yg Ayah Long hantar tu. Hmm..banyak juga. Makanan kering, ubat2an & belon2.
Ameen & Iffah atas tangga seronok dgn belon masing-masing.
Mainan Ameen yg dapat free je di Carboot Sedgefield. Tapi, dia xhiraukan dah sebab dah dapat belon idaman.
Iffah seronok sgt2 dapat main belon. Dah lama dia nak main belon ni. Kat sini bukan tiada belon, cuma kami taknak beli..if kat Malaysia lainlah..bekalan belon memang xpernah putus ..Paling kelakar bila dia tak nak gi toilet sbb takut belon pecah, kesannya Iffah ter'wiwi' dalam seluar.

2 comments:

Miim said...

sodapnyer twisties...
mintak cikit

hnyhar said...

heheh..ada owang terliur ler..da ada tenet ek?