Thursday 7 January 2010

Sejuk..Tak Sekolah

Hari ni sejuk teramat..mencecah -10 C..padahal snow dah xturun..dok dalam rumah pun kena pakai baju tebal..heater memang kena selalu 'on'..jika tidak, ada yg menggigil. Memasak di dapur pun terasa beku jari2 kaki ni. Bayangkanlah betapa sejuknya di sini hinggakan cermin tingkap rumah pun beku..langsir rumah melekat kat cermin tingkap.

Kereta pun dah jadi tak ubah macam peti ais..sebarang cecair yg ada dalam kereta dah bertukar menjadi ais. Jom lihat gambar di bawah ni.

Imej air yg menitik dr bumbung reban ayam [chicken coop] omputih.

Air dalam batang saluran air dari corong atap. Beku sebelum jatuh ke bawah..

Air kat bumbung dapur kat luar rumah..macam stalaktit.

Inilah rupa tingkap rumah yg beku pagi tadi..sejurus selepas 'on' central heating barulah cair..
Dahsyat kan..kami pun tak pasti bila keadaan cuaca ini akan berakhir. Ini baru betul2 dinamakan musim sejuk..sepanjang musim ada 'white blanket'.

Hari ni juga masuk hari kedua Ameen & Iffah tidak ke sekolah. Tak sakit, tapi tak pergi sebab sekolah diTUTUP gara2 salji yang turun lebat di bumi Great Britain sejak awal Muharram lalu. Pagi2 lagi PTA dah bagi sms maklumkan yang sekolah ditutup semalam, hari ini dan esok. Isnin depan baru kembali beroperasi, itupun masih 'subject to change'.


6 comments:

MaMa3H said...

sejuknya..sian kat budak2 kan....yg si kecil tu boleh tahan ker kak?

Mrs. Ishamizu said...

hehe still cantik2 gmbr sume...:D bestnya smbg cuti sekolah la nmpknya..taper, kesihatan n keselamatan harus diutamakan..tk care akk!:)

Anonymous said...

kat sini pun snow turun waktu malam jer tp suhunya cecah ke -8 di siang hari. Tapi x der pulak pokok memutih mcm kat durham... lantai jer putih

hnyhar said...

mama3H,
hmm mmmg sejuk sgt2..tp budak2 ni tahan je..siap xmau pakai socks..baby ok je..cuma mmg akak pakaikan baju 2 lapis..

izu,
ehehe..camne nak gi skolah..snow mencecah ketebalan 20cm..kena jg kesihatan betul ni..sbb sejuk sgt..

fa10,
hmm kat sanna mesti lg sejuk kan..kat sini plg rendah -10C..mlm td pun snow masih turun..hr ni tenggelam 2 anak tangga belakang rmh..pokok pun memutih..

Anonymous said...

Cantik gambar-gambar kak nani amik tu.. Sekarang ni tengok snow dah tak 'bernafsu' macam baru-baru turun masa masuk tahun baru hijrah aritu...Saya dok berkurung kat atas rumah, turun bawah kejap ishkh.. tak sanggup menahan sejuk!

hnyhar said...

ina,
ehehe..xdenye cantik ina..itu nak rakam imej yg xbiasa tengok..a.syahmi siap amik gmbr riverwear yg beku lagi..huu..dahsyat sungguh winter kali ni.

ina jgn turun naik tangga je..nnti badan rasa lemah..esp tang pinggang sampai bawah..sejuk pulak skrg ni..nnti akak dtg ziarah ina isnin ni ye..

**newborn dah ada nama ke belum..? :)