Thursday 14 January 2010

Izzah Kena Chickenpox

Hari ni saya terpaksa batalkan kelas BA untuk Sekolah Melayu Bowburn kerana Izzah demam chickenpox. Dia meragam dari malam tadi..susah saya nak masak dan buat apa saja..tidur pun xcukup. Dari kelmarin saya perasan ada beberapa bintil merah di dahinya. Terlintas dalam hati mengatakan itu bintil2 chickenpox, tapi nak tengok dulu kot2la bukan. Semalam bintil2 berisi air mula kelihatan di kepala dan di muka. Waah..ini sudah jelas. Bertih la ni..lama pula 'gap' berjangkit dari kakak Iffah.

Saya lihat chickenpox Izzah lagi teruk berbanding Iffah punya. Banyak betul. Badannya pun panas je..dah kasi makan ubat tapi, sikit je yang berjaya ditelan..selebihnya diluah balik. Lepas hantar Iffah ke sekolah, kami ke Bowburn Medical & Surgery, jumpa doktor [GP]. Dr. Pollard kasi prescreption paracetamol dan calamine lotion. Balik rumah, bila nak sapu losyen tu, meraung2 dia, tak kasi kita sapu ubat tu. Kesian asyik menangis je. Mungkin dia rasa tak selesa kot.

Makan pun dah kurang selera. Baru je makan banyak hari tu. Hari ni saja dia cuma makan yogurt dan sedikit biskut. Bubur nasi kesukaan dan bihun goreng feberet pun tak dijamah. Minum susu je...pastu air masak. Saya harap malam ni dia tak berjaga lagi..nak kena letak ubat PORO juga ni, baru cepat kebah.

Nampaknya kena kuarantin la kami...camna ni..misi sudah hampiiiir....

7 comments:

MaMa3H said...

alahai..siannyer izzah...take care yer.....

hnyhar said...

mama3H,
tq..hmm..mmg sian sgt sbb byk btl bintil2 tu...

iu rf said...

cian....
sure risau je bila bb ngs..
huhu..
sabarr kak

hnyhar said...

iu,
hmm mmg sian sgt sbb dia sakit kn..hrp2 dia cpt pulih..

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Sian dekat yang sakit....Dekat yg tak sakit pun kesian....:(
IFFAH NABIHA
http://www.roseislam18.wordpress.com/

hnyhar said...

iffah,
ni iffah nabiha ustz jai ke..ehehe..camne boleh jumpa blog aunty ni? anyway, terima kasih berkunjung. nnti aunty link blog awak..

Anonymous said...

kite jumpa sbb letak link blog auntie ayu ngan auntie lain2 kat blog,pastu terjumpa blog auntie....seminggu dua kali kite tengok blog semua auntie2 kat sini...cewah,semuanya nak ade kenangan manis musim sejuk yee...ekeke.anyway,thanks auntie!