Monday 11 January 2010

Bungkusan Misteri 4

Beberapa minggu yang lalu kami menerima bungkusan misteri yang ke-4 [sejak berada di UK]. Bungkusan ni datang dari Kedah. Diposkan oleh abang ipar saya [hubby's big brother]. Seronok bukan kepalang kerana bungkusan tiba tersangat cepat dari jangkaan.



Terima kasih Pak Ude tolong poskan parcel ni. Kami tak perasan parcel ni datang dari udara. Ingatkan kapal cepat sampai..rupanya terbang, patutlah cepat.

Isi kotaknya sumber makanan kering seperti stok ikan masin, bilis, sotong kering & udang kering. Maklumlah, nak tambah stok yang ada..sejuk2 ni kang di buatnya darurat, naya juga kami. Dengan adanya makanan2 kering ni dapatlah jadi top-up jika terdesak, kan?

Menunggu bungkusan misteri seterusnya pulaaa...huehuehue.

** Bahulu cermai tu sekejap je ngap dah habis..huu..sedapnye..tima kasih pak ude & mak ude.

2 comments:

Hanif said...

nak tanya sikit boleh??ni alamat rumah yang pertama dulu kan? dok situ balik ke?

hnyhar said...

bknla..rmh lain, jalan je sama..poskod pun sama laa..rmhh dulu no 13