Sunday 31 January 2010

Balik Kampung

Alhamdulillah, setelah hampir seminggu lamanya berada di luar daerah, akhirnya malam semalam kami selamat tiba di Bowburn. Terasa rinduu sangat dengan rumah sendiri, biarpun masih berada di rantau orang. Sampai2 je semua menggigil2 kesejukan dek salji yang memutih di kawasan sekitar Bowburn. Walaupun secoet je nipisnya..namun tahap kesejukannya mencecah minus 3 darjah malam tadi. Masuk je dalam rumah terus saya 'on' kan central heating. Pheww..legaa.

Badan masih terasa letih..teringin sekali untuk berkongsi pengalaman dan cerita ceriti sepanjang bermusafir ke Andalus. Namun, apakan daya..mood untuk menulis masih di tahap 30 %. Tunggu bila dah cecah 90 %, saya akan update. Cerita kembara yang lalu pun masih belum direkodkan. Mesti menyahut cabaran seseorang supaya merekodkan setiap pengembaraan ilmiyyah kami di sini sebagai satu catatan rasmi. InsyaAllah, siapa tahu, masa tu saya punya banyak ilham dan idea untuk berkarya. Apapun, setiap detik yang dilalui dalam kehidupan tetap saya hargai dengan memanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana masih berpeluang untuk mengecapi semua itu..assyukru lillah..

Nantikan catatan kembara kami..

5 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Salam

Igtkan blk Msia lg..hehe..Pegi andalusia rupanya..ok have enuf rest, then cpt2 update k..;)

Mia Mardhiah said...

saya menantikan setiap saat awak di luar sana.. seronok dapat tahu pengalaman org yg dapat menjejakkan kaki ke luar negara.. sbg pendorong wat saya untuk bersama ke jalan Illahi.. smga slmat dimana jua anda sekeluarga berada.. amin...

hnyhar said...

izu,
salam...tak balik msia la izu..pegi spain je. sgt best..dah cukup rehat, anak2 pun dah kembali ke sekolah..bila minda dah ready, akak cuba update ok.. :)

mia mardhiah,
salam mia..
terima kasih kerana sudi berkunjung ke baytulkifli. semoga berjaya menjejaki tanah sejarah Islam yang teragung suatu masa dahulu..sesungguhnya pengalaman bermusafir di sana sangat berbaloi. terima kasih atas doamu, amiin.take care!

Anonymous said...

kembara ilmu ni... mmg bagus dikaryakan, mcm mr.jhazkitaro tu. saya x reti nok berkarya... klu tidok gak buat doh

hnyhar said...

fa10, jolo doh, ambo pung xreti mana nak berkarya. ayat berterabur..kadang2 xsequence..he3.