Sunday 27 December 2009

Boxing Day 2009

Boxing Day 2009 @ 26 Disember..kebiasaannya orang kat sini akan keluar window shopping @ shopping setiap tahun..hari lain pun keluar juga bershopping, cuma pada 'hari bertinju' ni sale sana sini dengan diskaun sehebat 75 % untuk barangan berjenama. Padahal yang sebenarnya hari 'boxing' ialah hari membuka hadiah2 yg diperolehi masa krismas. Tapi, sekarang dah lain fahamannya...dah jadi hari membeli belah. Tak pastilah pula macamana boleh menyimpang dari asal ni.

Tahun ni boxing jatuh hari Sabtu, tahun lepas Jumaat..ramai juga insan2 yg 'rukhsah' tak solat Jumaat hari tu. Nasib baik tahun ni kena hari lain. Kami ronda2 juga ke kawasan Dalton Park shopping outlet. Sale boleh tahan juga. Outlet paling glamour..sudah tentulah NEXT Clearance..entah kenapa setiap tahun asyik penuh dengan manusia. Kami masuk juga ke situ tapi tak beli apa2 sebab queue panjang bebenor..hubby tak kuasa nak beratur semata2 nak bayar barang secoet je. Saya pun pada asalnya berkeinginan juga nak tengok pakaian2..tapi, 'mood' dikacau oleh seorang wanita Inggeris tua yg tak sedar diri. Maka, saya terus bawa anak2 saya keluar dari situ, meninggalkan hubby yg sedang memilih pakaian. Last2 hubby pun turut blah tanpa sebarang tangkapan.

Nak keluar time ni memang kena cukup lengkap berbungkusla sebab snow masih memutih. Shopping outlet ni pulak open air..memang sejukla sangat2. Nak panas, masukla dalam kedai.









Barang2 yang kami sambar tiada dalam gambar. Kami tak memborong sakan pun..hehe. Beli kasut je setiap orang.

2 comments:

fa10 said...

dpt kasut sepasang sorang kira ok la tu, sy x boxing pun lg. nak cari juga kasut sukan sepasang, yg ada skrg ni licin bebenor bila time snow

hnyhar said...

fa10,
ehehe..sy pung beli kasut sukan jgk..kasut sukan hok beli d msia dulu dah 2thn usianya..bunga tapak kasut pung dah haus..kih3. meme gheboh beleping la kalu licin gak..