Sunday 13 December 2009

Angel of the North

Angel of the North, Gateshead.
{foto ehsan Wikipedia}

Semalam kami keluar bersiar2 ke Newcastle..walaupun dalam keadaan cuaca yang berkabus.
Bukan nak pergi shopping barang2 dapur, cuma ingin melepaskan gian sebab minggu lepas tak keluar ke mana-mana. Ini adalah tempat terakhir yang kami kunjungi hari itu, dalam perjalanan pulang ke Durham. Dah lama saya request ayah nak datang ke tempat ni memandangkan kami tinggal di area northeast yg cuma ambil masa beberapa minit saja untuk sampai ke situ. Sebelum ni cuma lihat dr jauh saja.

So, inilah dia "Angel of the North" yg menjadi landmark kpd north east of England.
Jika anda melintasi sculpture ini, maka anda sedang berada di kawasan north east of England.

Sejarah pembinaannya secara terperinci bolehlah lihat di sini. Secara umumnya, ia mula dibina pada tahun 1997 [Julai] dan siap tahun 1998 [Februari]. Tapi sejak 1994 lagi kerja2 merangka angel ni bermula. Dibuat bentuk yg konon2nya menyerupai 'angel' kerana menurut tukang buatnye [sculptor] encik Antony Gormley, takde sesiapa pun yg pernah melihat 'angel', so mereka pun imagine la bentuk camni. Hoh, senang betul mereka ni ye..asal tal pernah nampak je, boleh imagine.

Inilah hasil imaginasi mr. sculptor tadi..berbentuk badan manusia tapi bersayap. Badan tu saja seberat 100 tan. Sayap tu pula 50 tan setiap belah. Oleh kerana arca ni akan tersergam di atas bukit..maka ia pastinya terdedah kpd angin kuat..jadi, asas binaannya saja dibuat drpd konkrit seberat 600 tan metrik dan dipasak dgn batu2 di bahagian bawah tanah sejauh 20 meter.




Ia setinggi 20 meter..sayapnya pula selebar 54 meter. Hmm..20 meter atas tanah, 20 meter bawah tanah. Sebesar jumbo jet! Sebesar2 'angel' kalian...besar & hebat lagi 'angel' Allah..Subhanallah....



Oleh kerana cuaca berkabus walaupun masa tu dah lewat petang..gambar yg kami captured nampak tak begitu jelas disebabkan titis2an air yg mula menyeliputi area situ. Bila fog dah makin menebal, kami terpaksa mengundur diri..sementelah Ameen tiba2 moody & menangis claimed dia takut lihat 'angel' tu sbb terlalu besar..saya rasa dia pernah termimpi buruk ttg arca ni kot psl dia kata "angel tu naughty, nak pijak school Ameen". Haha..nak bergambar pun dia taknak..apatah lagi nak pergi dekat2..

Info board yg ada di situ..mempamerkan beberapa gambar dan ilusi lakaran arca ni buat pertama kali sebelum di pasak di Gateshead. Foto di atas ni semasa diorg nak pindahkan arca dr Hartlepool ke Gateshead.

Mungkin nak kena tunggu spring season baru boleh datang semula untuk good shots.

7 comments:

Anonymous said...

saya pernah nmpk ni dr dlm train ke london.. ingatkan iklan ape2...angel rupanya

Anonymous said...

nani... bakpo awok x tukar lg link saya, sy x guno doh bumiilmu.. pindoh ko bicaramataku.blogspot.com.... welcome

Sofinee Harun said...

angel or north ni sebenarnya lambang yahudi di North east of england. gateshead kawasan sekitar angel of north adalah penempatan yahudi terbesar di luar jeruselem.

Just sharing info.

hnyhar said...

fa10,
hmm..

ttg address tu..laa ho..sy btl2 xingat..ghamat ko ambo tukar doh..patutla raso mcm lamo doh xjenguk blog awak..maafla deh fa10..sy add skrg jgk..

ummi,
hmm..ye ke. thanx ummi 4 sharing the info about it.

E Normi E Ismail said...

gi doh mulo, sedak jugop.. tinggi patung tu..sakit palo nak tengok..hihi..

Salam Normi

en_me said...

first time tahuu.. thanx n salamm singgah jerrr

hnyhar said...

normi,
tggi kn..mmg skt tengkukla nk dongak..

en me,
salam, terima kasih singgah baytulkifli. ada 1 lg sculpture terletak di south..dinamakan 'Willowman'..