Sunday, 31 August 2008

Ramadan Datang Lagii..

Salam Ramadan Karim kepada keluarga, sanak saudara, dan sahabat handai yang berada di Malaysia mahupun di United Kingdom. Semoga Ramadan tahun ini menjanjikan pahala yang berlipatganda buat kita melalui amalan2 yang dilaksanakan nanti. Bersama2lah kita mengimarahkan bulan mulia ini sebaiknya kerana ia mungkin Ramadan yang terakhir buat diri kitaa..

Marhaban Ya Ramadan

Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Happy 51st Bday Malaysia!

Selamat Menyambut Kemerdekaan kali ke-51..
(teringat pula semasa di sekolah..waktu count down..)
Semoga minda dan sikap kita merdeka jugaa..dari dijajah oleh mereka.

Saturday, 30 August 2008

Ninja Boy @ Astro Ceria

Yang ni rakaman cerita katun favourite bdk dua org ni masa kat Malaysia dulu. Rakam pakai handset..xterang ler. Cukup ler untuk hiburkan diorg time ngamuk2 meragam dlm keta..
Kalo sesapa pernah tgk citer ni..kat Astro Ceria..mesti terhibur dgn keletah 'pengetua dan kucingnyer Hemo-Hemo tu'..xtahula masih ada lg atau tidak citer ni dlm tv tu. Alahai..rinduu plak kat tanahairku..
video

Ameen's 1st Time Reading Iqra'

Ni masa lampau ni..kat rumah di PUTRA Nilai, N.9. waktu mula2 Ameen diperkenalkan dgn Iqra'. Kelakar sangat Ameen baca..main hentam dia jer. Pastu dia seronok tgk kita gelak..makin dibuat2 plak..last2 ayah stop duluu..hmm..mungkin Ameen belum bersediaa. Video ni dirakam melalui handset, so gambar kelihatan xjelas..pixel xcukup bang..
video

Mega Sale ke??

Hari ni, kami ke Fish Quay, Sunderland untuk shopping seafood. Amir, Marlina & Yusran juga turut serta..hmm..ikan mackerel dah habislaa..so, kami hanya beli ketam, udang, ikan sea bass & ikan apa ntah namanya, lupe plak. Ketam dah selamat dimasak lemak cili padi plus cendawan tengahari tadi..yummy!!

Setelah selamat pound dihabiskan di Fish Quay, P260 EAJ meluncur laju ke Newcastle pulaa. Nak perabih fulus kat sana plak..beli lauk ayam, daging lembu, buah2, sayur2, kurma, kuey tiaw, bihun, dll. Isk3..kesian abang ek..penat2 keroje 2, 3 hari..dah licin di 'pow' dek tuan kedai Wing Hong, Watan & Hutchinson. Ni persediaan nak pose sok lusa..kang penat n lapor dahaga plak kalo pi time pose. Papepun, awal2 lagi kami berempat dah belasah 2 boxes of chicken wing @ Dixy Chicken..burpp..alhamdulillaaah..persediaan pose jugak nih..

Gambo?? Ermm..gambo kat Fish Quay adaa..tp tunggu dululaa..ek..ada problem besar ngan laptop den tuh. Ni pon pakai laptop big boss. Tu pasal den dah lamo pasif blogging..

Buat abang, tima ksh bebanyak sbb belikan buah deghoyan Monthong tu..heheh..yg ni persediaan sebelum deliver...heheh.

My Charlie & Lola..

These are my Charlie n Lola..BTW, who are Charlie n Lola??
Like Sin Chan n Himawari..but Charlie n Lola are more caring n respect to each other. I'm hoping that Ameen could be as loving as Charlie to his sister, Iffah. And, Iffah..would be as nice as Lola..







Isra' Mikraj Religious Talk

23 Ogos 2008 (Sabtu) lalu, masyarakat Malaysia-Durham telah mengadakan satu ceramah agama sempena sambutan Isra' Mikraj bertempat di Common Room, Keenan House. Setiap family diminta membawa pot luck masing2 (1 makanan, 1 minuman). Kami bawak nasi tomato, ayam masak merah, acar timun & jus epal. Alhamdulillah..semua habis..nasi tomato tinggal kulit kayu manis jer dlm periuk tu.

Kanak2 pula ada aktiviti khas di luar dewan supaya tidak mengganggu makbapak dgr ceramah. Mereka diminta membuat kad khas sempena kedatangan Ramadan. Macam2 kad yg terhasil..(lupa nak 'snap' gambar kad2 tu). Kreatif juga anak2 ni..

Kami tiba lewat sedikit kerana abg bekerja waktu tu. Apapun, program tidak boleh dimulakan selagi abang belum tiba sbb dia ditugaskan untuk jadi moderator..abang dah biasa jadi Master of Ceremony..di Bank Muamalat HQ dulu lagilaa..(kat IIUM pon..hik3).





Monday, 25 August 2008

33 Wks - What's Happening This Week

ME
  • may find the baby's movements more uncomfortable
  • may be slowing down as I cope with the extra weight
  • may feel uncomfortably hot in warm weather
  • probably looking forward to the pregnancy being over
MY BABY
  • may measure about 44 cm from head to toe
  • could weigh around 3 1/2 to 4 lbs (1.6 kg)
  • may have a head of hair already
  • may settle into a head-down position over the next few weeks

Sunday, 24 August 2008

Sepah Rumah Yer..

video
Haa..kalo nak tahu inilah keje depa berdua bila time 'kamcing'. Mereka akan lakukan bende2 yg ibu xsuka tengok. Hmm...memang penat beb melayannya. Biasanya aku & abg akan minta diorg berdua sama2 tidy up. Time baik, diorg ikutlaa..tp bila time nakal, dia akan cakap "alaa..penatla ayah..nak milo.." Huh.
Oh..ye..Iffah ada cakap sesuatu tu..(dia tengah repeat kata2 ibu..). Cuba dengar & perhatikan betul2. Kelakar sangat..macam mak nenek.
Saja jer aku biarkan diorang leka bermain sbb nak record percakapan & gelagat2 spontan tu. Aku tahu mereka yg kat kampung tu rinduu kat depa dua orang ni.
Hahaaa..bersepah rumah aku dibuatnyer..

Thursday, 21 August 2008

Plane Crash @ Madrid.


Berita tergempar ini memang mengejutkan dunia..dikatakan nahas udara terburuk di Spain. Kalau nak tahu, kami pernah sampai kat airport tu..AEROPUERTO DE BARAJAS masa kami mula2 sampai di Madrid, Spain. Huu..rasa suspend betul bila dgr dan tgk sendiri tragedi tu dlm tv & internet. Time tu kami naik RYANAIR. Tapi kan, kejadian awal pd SPANAIR sebelum departure tu mengingatkan aku masa kami di Amsterdam airport dlm KLM ..sebelum terbang tu, aku tgk enjin kpl trbg tu disembur air..kira lama jugakla kami dlm plane tu..tak tahu psl apa..crew2 pun xcakap apa. Aku dah doa macam2 dah masa tu..Alhamdulillah sampai jugak kami ke Newcastle walaupun flight delayed.


PESAWAT SPANAIR AIRLINES TERHEMPAS...


MADRID 21 Ogos – Jumlah korban dalam nahas pesawat penumpang Spanair Airlines, MD-82 dilaporkan meningkat kepada 153 orang.

Pesawat berusia 15 tahun itu, membawa 166 penumpang dan sembilan anak kapal, terhempas sejurus berlepas kira-kira pukul 2.45 petang semalam, waktu tempatan.

Menteri Pembangunan Sepanyol, Magdalena Alvarez berkata, hanya 19 penumpang yang terselamat dalam nahas itu.

Beliau berkata, nahas berlaku ketika pesawat malang itu dalam penerbangan ke Las Palmas di Kepulauan Canary iaitu destinasi pelancongan popular di kalangan warga Eropah.

Nahas itu adalah yang terburuk sejak 1983, apabila sebuah pesawat Boeing 747 milik syarikat penerbangan Avianca terhempas di lapangan terbang sama, mengorbankan 181 penumpang.

Katanya, punca nahas dipercayai berpunca daripada “kesilapan ketika hendak berlepas.”

Bagaimanapun, media tempatan dan satu sumber mendakwa, enjin kiri pesawat yang dibuat oleh syarikat Pratt & Whitney, telah terbakar sebelum meletup.

Sumber itu mendakwa, pesawat tersebut pada asalnya dijadualkan berlepas pukul 1 petang waktu tempatan, tetapi berpatah balik ke terminal disebabkan masalah teknikal.

Malah, beberapa jam sebelum nahas, juruterbang Spanair yang dimiliki Sistem Penerbangan Scandinavia (SAS), mengancam untuk melancarkan mogok.

Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero yang melahirkan rasa sedih dengan tragedi itu berjanji, kerajaan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas.

Sementara itu, Ervigio Corral yang mengetuai operasi menyelamat memberitahu, hanya ekor pesawat dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, serpihan badan pesawat dan mayat mangsa bertaburan di merata tempat.

“Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak,” kata Corral. – Reuters

Monday, 18 August 2008

Perkhemahan Musim Panas PERKEMAS 2008

Pada hari Jumaat yg lalu, kami telah mengikuti satu perkhemahan bertempat di Hartlepool. Dekat je dgn rumah..lbh kurang setengah jam perjalanan. Kami sampai dekat kul 5 ptg. Masa tu, tak ramai lagi peserta yg dtg. Sepatutnya venue sebenar kat Lake District..tapi ditukar saat akhir atas sebab2 cuaca yg tidak mengizinkan. Maklumlah sekarang hujan..walaupun di musim panas. Kiranya frust jugalah impian tak kesampaian untuk berkhemah di tempat yg dikatakan cantik sesangat tuu. Peserta pun ada yg withdraw sebab tak jadi pegi Lake District.
Kaum bapa sibuk bekerjasama menegakkan khemah. Hmm..agak2 khemah sapalah yg besar gedabak nih. Khemah tok batin kaa..Tak aih..ni khemah otai Durham ni..anak2 ramai..kena besar sikit khemah.
Ameen & Iffah sedang makan mee yg dimasak special oleh Aunty Wan. Ni kat depan khemah kami ni.
Ameen dalam slot kanak2 Ribena bawah usia 5 tahun. Huu..camana la agaknya cekgu2 kat school layan diorang ni. Depa ni cuma ikut arahan 15 minit pertama jer..lepas tu..pakat buat hal sendiri. Aduss..penin..penin..
Ameen & Hafsah (anak Affah & Ustz Mazrul).
Ameen & Iffah. Ameen ok sepanjang camping..pandai bawak diri, main dengan kawan2 baru. Tapi, yg sorang lagi ni..asyik moody jer. Bila malam jer, nangis merengek2. Sementelah dalam mulut dia ada ulcer. Sian ayah kena dodoikan malam2..sampai jiran sebelah khemah pula yg terlena tatkala mendengar alunan nasyid ayah..kih3.
Hmm..yg ni pula aktiviti geng2 bapa & teruna. Bola sepakler..ni memang langgar peraturan sbb terlebih pemain dlm padang. Dah ler main dekat2 khemah..silap2 tendang buleh ranap khemah yg kiut miut tuu..
Ini pula aktiviti anak2 lagi..colouring contest. Sukaa sangatlaa budak dua orang ni. Nasib baik tak meleleh air lilo masing2..hmm..ada juga mak yg tolong kalerkan..sebab nak bagi cepat siap, biar anak dapat hadiah. Isk3..buley kaa cenggitu?? Apa2 aje..
Iffah tengah tekun mewarna..walaupun dalam mood yg suram..
Haa..tengoklah apa yang Ameen & Iffah dapat..A GOLD MEDAL!! For succesfully colouring the cartoon picture. Kelakar sangat bila tgk diorang ni betul2 excited dapat medal tuh. Tak sedar plastik je pun..heheh..xpe..positive rewards to them.
Eh2..wat pe belaka nih?? Nak kata tahlil...pompuan jer..dah tu siang hari pulak. Ooo..ni time kaum pompuan punye aktiviti ice-breaking..taaruf. Tapi, masa ni tengah praktis deep breathing di bawah tunjuk ajar sorang kakak ni..(lupalaa..namanya). Aku cilok amik gmbr jap..heheh.
Ni tukang mesin rumput cilik yg diimport khas dr Kg Bowburn. Tak tahulah brp income yg dapat..janji dia enjoy wat keje amal nih..

Iffah siap pakai tudung lagi..tapi, kejap lepas tu 'terbang'..Bangga tuu dapat medal..Sepanjang camping xnak bukak medal dr leher dia.
Abang tengah SEKOPI (sembang2 sambil minum kopi) dengan peserta2 lain. Masa ni kaum pompuan pulak tgh Explorace except aku yg xjoin game tu..sebab tghari tu lepas Zuhur prayer, budak2 dua org tu ngantuk nak tido. Lepas je depa tido, aku lihat xde sorang pun kawan2 pompuan yg tinggal. Rupanya semua dah join game tuu..nak buat camnaa..kalo ikutkan aku memang terer bab2 selesaikan SUDOKU tuu.
Oleh kerana xdapat join Xplorace, aku pun layanla karenah anak2 kecil ni..yg mana mak bapak diorg sumenye tgh ber'aktiviti'.
Di depan khemah kami. Beli kat carboot jer GBP 5. Masih dalam keadaan yg sgt baik. Sebenarnya aku xde perasaan nak dtg camping ni..iyelah, tgh sarat berbadan dua..tp oleh krn big boss tiap2 hari pujuk rayu..maka cairlah jugaa akhirnya..Tapi kan, not bad laa..sonot juge tau. Salah satu sebabnya..xyah penat2 masak..cari kayu api..sebab everything is prepared by MSM committee members. Heheh..dah lama xtido dlm khemah..teringat lak zaman belajar dulu..
Barisan serikEndi Durham..berdiri dr kiri: Dr. Adlina & baby nye Nashwa, K. Hamidah, I, Kak Ayu Tok Batin. Yg di barisan hadapan tu dr kiri: Adam Afandi (anak Tok Batin), Farah Irdina, Kak Wan WKB & anak bongsunye Fatihah (angkasawati cilik).
Wah2..sape nih..semangatnye..tak sempat2 duduk..kira mcm ni jer gayanye sampailah habis ayam tu dibakar..Jangan tak tahu..rumput tu pun terbakar hangus samaa..heheh. Penambah kesedapan BBQ family Ustz Maszlee. Masa ni acara pertandingan BBQ inter-family.
Kami join jugak pertandingan ni walaupun pd asalnya nak balik rumah petang Sabtu tu. Diorg ni pujuk2 xkasi balik sebab dah bayar yuran kan..jadi mcm rugi plk ayam sebungkus tu xde tuan. Kami lak memang xde BBQ set. Jadi, terpaksalah kami share dgn Fauzi (abati Nashwa). Tapi kan..tak tahulah psl apa..dlm byk2 BBQ set, yg ni satu je yg lmbt jadik. Kesian sgt tgk depa berdua ni berpeluh2 nak hidupkan bara tuu..isk3.
Haaa..tengoklah sendiri..apa dah jadik..kesian kan..? Berapi2..ishh..xleh bukak kedai nih.
Kaum ibu tengah merinate ayam untuk persediaan BBQ.


Waah..banyaknye ayam BBQ...macam2 hiasan adaa.
Malam terakhir camping, ujan turun dengan lebatnya..pagi tu apa lagi..habis becak2 tanah rumput tu. Maka si cacing yg gemuk2 pakat kuar belaka. Tapi, yg syoknye malam tu semua tido best jer sebab bunyi rintik ujan atas khemah..seolah2 mendodoikan. Ribut pun adaa..risau juga khemah ranap..tp alhamdulillah tiada apa2 berlaku.
Acara penutup..pembahagian hadiah..
Eh2..dapat hadiah lagi..alaaah..jajan jer untuk budak2.
Bergambar sebelum pulang ke rumah masing2. Inilah peserta lelaki PERKEMAS 2008.
Zoom sket..td tu kocik bonar. Wajah2 keriangan selepas pekena nasi lemak sambal kerang buatan anak2 teruna undergrad yg ku kira buleh tahan jgkla rasanyaa..
Yg ni pulaa kaum wanita..keciknyerlah gambor..tak nampak lagik muka aku.

Tambah Lagilaa

Alhamdulillah..keluarga Malaysia-Durham bertambah lagi..dengan kehadiran seorang cahayamata puteri milik Rizal & Rohaida. Semoga menjadi anak solehah nanti.

Cak Pong..Cak Pong..2

SELAMAT PENGANTIN BARU
Ucapan ini ditujukan kepada kawan rapatku ARNIDA ABU BAKAR yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan AHMAD FAIZAL pada 17 Ogos yang lalu. Semoga ikatan suci kalian berdua kekal hingga ke syurga & diberkati Allah SWT. Cepat2 dapat baby tau...hik3.
TAHNIAH

Sunday, 17 August 2008

Da Balik..

Assalamualaikum...I'm back!! Ekceli I juz returned from summer camp. So exciting..want to share some experiences as well as photos, but first I need to rest & settle down the laundry..har3.

Monday, 11 August 2008

Malah Weih..

Huh..ntah kenapa rasa malas bebenor nak blogging. Ada banyak citer nak tepek dlm blog nih tp mood untuk mengadap tu hilang arr. Tunggulah bila dah ok nanti..

Sunday, 10 August 2008

Makan Apa Tuu

Hari tu kami pekena nasi dagang untuk breakfast. Berasnye kami dapat melalui parcel yang abah kirim tempohari. Pagi tu baru terpikir nak masak ni. Hmm..tak sempat rendam semalaman pun beras tu. Kesannya, nasi dagang aku tu seroi..heheh. Papepun..dah masuk perut.
Nasi Dagang
Gulai Udang
Keropok Ikan

Saturday, 9 August 2008

Belated Entry

Sepatutnya dah lama entry ni dimasukkan. Tapi, terlambat upload dalam laptop. Yang kat sebelah aku ni adalah Kak Anisah, isteri kepada Dr. Anesee yang baru saja pulang ke Malaysia Jun lalu. Kakak ni pensyarah kat UiTM Shah Alam. Masa ni diorg satu family dijemput datang ke rumah kami makan2 perpisahan. Tak silap aku time kami baru je masuk rumah Wylam tu. Sempat jugak K. Nisa merasa rumah baru kami.
Yang kecil berkacamata tu anak bongsu K.Nisa, Aisyah namanya. Sangat pemalu..kadang2 dia xfaham bila kita cakap Melayu dgn dia. Hii3..maklumlah..diorang dah lama kat sini. Anak2 dia pun dah ramai kawan omputih kat sini. Kakak ni wajah dia ada iras2 kawan aku masa belajar dulu, Kak Aisyah. Sekali tgk mcm adik beradik pulak diorang.

Hari Ini...

Hari ini..cuaca mendung diselangi hujan..kadang2 gerimis pula mengundang..

Hari ini..kuantiti wanita dalam usrah hawa berkurang..

Hari ini..kaum bapa berkumpul, bersidang..

Hari ini..kain2 tidak terjemur di belakang..

Hari ini..adalah hari yang ku bilang agar diri tidak lupa apa tujuan kami datang...

Hari ini..hari Sabtu daaa..

Thursday, 7 August 2008

Kenangan Silam

Video dah tengok kan? Haa..sekarang ni nak share beberapa foto sebelum & selepas pembedahan Iffah. Sehari sebelum tu lagi Iffah dah warded. Tak silap aku, wad tu penghuninya semua kanak2 yang akan menjalani pembedahan. Aku & ma yang jaga Iffah kat hospital. Sebenarnya, sorang je yang dibenarkan menjaga pesakit. Kitorang ni kiranya melanggar peraturan la ni. Aku, of course sebab aku ni ibu dia..nenek pulak, sebab hanya dia yang Iffah kenal sejak berusia 2 bulan lagi (jadi mcm mak dia pulak). Bukan apaa..ma cuma risau Iffah nangis..takut tak kenal aku kan..tu pasal ma pun join sekali overnite kat wad tu.
Inilah rupa Iffah masa usia 6 bulan. Cantik bukan baju Iffah..baju hospital nih. Kaler pink untuk baby. Kebanyakan orang yang ada kat wad tu bila tengok Iffah..pasti akan tanya, "sakit apa anak ni..nampak macam sihat jer". Hmm..jenuh jugalah aku nak jawab semua soalan tuh. Memang betul pun..cuba korang tengok..relax & cool je diaa..taak pikir pape..kita yg jd org tua ni lah yang termenung..tak lalu makan risaukan pembedahan keesokannya. Malam tu pun kami berdua tak lelap mata..tapi, tuan punya badan tidur nyenyak tanpa meragam.
Nenek & "anak bongsu"nya setengah jam sebelum dipanggil masuk ke O.T. Masa ni Iffah sedang berpuasa, takleh makan, takleh minum susu, air. Tak silap aku 4 jam sebelum pembedahan Iffah kena puasa. Nenek dah tak lalu nak breakfast pagi tu. Aku cuma makan sandwich je. Iffah dah pandai..bila tengok orang kat katil sebelah makan..mulut dia akan bising minta disuapkan makanan. Tiap kali tu lah juga aku & ma akan mengalirkan airmata. Kesian sangat kat dia..last2 bila tak dilayan (bagi makan), Iffah pun hisap jarinya..Sebak rasa hati aku..
Iffah dipastikan pengsan dulu sebelum pembedahan bermula. Bila tengok gambar ni aku terus nangis sebab kesian tengok keadaan baby aku yg masih terlalu kecil untuk hadapi semua ni. Tapi..aku ditenangkan oleh abang..bahawa ini semua untuk kebaikan Iffah juga. Lagipun, better buat masa dia masih kecil sebab kanak2 cepat recover berbanding org dewasa.
Masa ni abg cakap Iffah dah tak sedar dah. Sebelum tu dia nangis juga..mungkin kehairanan melihat orang2 yg memakai uniform serba hijau & biru tuh. Mesti dia pelik kan kenapalah agaknya diri diletakkan atas katil dalam bilik yang teramat sejuk tu. Dah la tak bagi makan & minum. Kata abg, bilik tu memang sejuk sgt. Nampak macam besar badan Iffah setelah dibius..patutlah jasad orang mati kelihatan besar sedikit berbanding masa hidupnya. Yang pengsan bius pun..sudah jelas kelihatan.
Abe Die dibantu oleh rakan sejawatnya dlm O.T. Pembedahan ni memang Abe Die yang lead. Dia yang tolong booking tarikh ni untuk kami. Nasib baiklah ada abang ipar yg kebetulan pulak specialist dalam ENT. Macam nak sudi ilmu dia pulak sebab masa ni Abe Die baru sahaja dapat title doktor pakar.
Masa ni Iffah baru saja keluar dari O.T. Tak sampai sejam pembedahan tu. Kejap jer. Alhamdulillah..Iffah sangat positif. Tiada komplikasi..cuma Iffah masih kena puasa 4 jam lepas operate. Sian anak aku. Lapar lagi..Masa dalam bilik observation tu, Abe Die panggil aku & ma masuk tengok Iffah dan tenangkan dia sebab dia baru je sedar dari bius. Apa lagi..nangislah Iffah sekuat2nya..aku pun tak tahu..Iffah nangis sbb sakit ke..atau takut..atau lapar..atau sejuk..sebab satu badan sejuk. Wayar besar tu untuk panaskan badan Iffah la. Eh2..ni ke doktor nye..isk, mana adaa..tu tukang rakam gambo & video jer. Tapi, nurse tersasul jugak panggil doktor kat abg..kih3. Tapi, gaya tu dah ada kot. Takpelah..jadi doktor palsapah la..ye bang..