Monday, 18 August 2008

Perkhemahan Musim Panas PERKEMAS 2008

Pada hari Jumaat yg lalu, kami telah mengikuti satu perkhemahan bertempat di Hartlepool. Dekat je dgn rumah..lbh kurang setengah jam perjalanan. Kami sampai dekat kul 5 ptg. Masa tu, tak ramai lagi peserta yg dtg. Sepatutnya venue sebenar kat Lake District..tapi ditukar saat akhir atas sebab2 cuaca yg tidak mengizinkan. Maklumlah sekarang hujan..walaupun di musim panas. Kiranya frust jugalah impian tak kesampaian untuk berkhemah di tempat yg dikatakan cantik sesangat tuu. Peserta pun ada yg withdraw sebab tak jadi pegi Lake District.
Kaum bapa sibuk bekerjasama menegakkan khemah. Hmm..agak2 khemah sapalah yg besar gedabak nih. Khemah tok batin kaa..Tak aih..ni khemah otai Durham ni..anak2 ramai..kena besar sikit khemah.
Ameen & Iffah sedang makan mee yg dimasak special oleh Aunty Wan. Ni kat depan khemah kami ni.
Ameen dalam slot kanak2 Ribena bawah usia 5 tahun. Huu..camana la agaknya cekgu2 kat school layan diorang ni. Depa ni cuma ikut arahan 15 minit pertama jer..lepas tu..pakat buat hal sendiri. Aduss..penin..penin..
Ameen & Hafsah (anak Affah & Ustz Mazrul).
Ameen & Iffah. Ameen ok sepanjang camping..pandai bawak diri, main dengan kawan2 baru. Tapi, yg sorang lagi ni..asyik moody jer. Bila malam jer, nangis merengek2. Sementelah dalam mulut dia ada ulcer. Sian ayah kena dodoikan malam2..sampai jiran sebelah khemah pula yg terlena tatkala mendengar alunan nasyid ayah..kih3.
Hmm..yg ni pula aktiviti geng2 bapa & teruna. Bola sepakler..ni memang langgar peraturan sbb terlebih pemain dlm padang. Dah ler main dekat2 khemah..silap2 tendang buleh ranap khemah yg kiut miut tuu..
Ini pula aktiviti anak2 lagi..colouring contest. Sukaa sangatlaa budak dua orang ni. Nasib baik tak meleleh air lilo masing2..hmm..ada juga mak yg tolong kalerkan..sebab nak bagi cepat siap, biar anak dapat hadiah. Isk3..buley kaa cenggitu?? Apa2 aje..
Iffah tengah tekun mewarna..walaupun dalam mood yg suram..
Haa..tengoklah apa yang Ameen & Iffah dapat..A GOLD MEDAL!! For succesfully colouring the cartoon picture. Kelakar sangat bila tgk diorang ni betul2 excited dapat medal tuh. Tak sedar plastik je pun..heheh..xpe..positive rewards to them.
Eh2..wat pe belaka nih?? Nak kata tahlil...pompuan jer..dah tu siang hari pulak. Ooo..ni time kaum pompuan punye aktiviti ice-breaking..taaruf. Tapi, masa ni tengah praktis deep breathing di bawah tunjuk ajar sorang kakak ni..(lupalaa..namanya). Aku cilok amik gmbr jap..heheh.
Ni tukang mesin rumput cilik yg diimport khas dr Kg Bowburn. Tak tahulah brp income yg dapat..janji dia enjoy wat keje amal nih..

Iffah siap pakai tudung lagi..tapi, kejap lepas tu 'terbang'..Bangga tuu dapat medal..Sepanjang camping xnak bukak medal dr leher dia.
Abang tengah SEKOPI (sembang2 sambil minum kopi) dengan peserta2 lain. Masa ni kaum pompuan pulak tgh Explorace except aku yg xjoin game tu..sebab tghari tu lepas Zuhur prayer, budak2 dua org tu ngantuk nak tido. Lepas je depa tido, aku lihat xde sorang pun kawan2 pompuan yg tinggal. Rupanya semua dah join game tuu..nak buat camnaa..kalo ikutkan aku memang terer bab2 selesaikan SUDOKU tuu.
Oleh kerana xdapat join Xplorace, aku pun layanla karenah anak2 kecil ni..yg mana mak bapak diorg sumenye tgh ber'aktiviti'.
Di depan khemah kami. Beli kat carboot jer GBP 5. Masih dalam keadaan yg sgt baik. Sebenarnya aku xde perasaan nak dtg camping ni..iyelah, tgh sarat berbadan dua..tp oleh krn big boss tiap2 hari pujuk rayu..maka cairlah jugaa akhirnya..Tapi kan, not bad laa..sonot juge tau. Salah satu sebabnya..xyah penat2 masak..cari kayu api..sebab everything is prepared by MSM committee members. Heheh..dah lama xtido dlm khemah..teringat lak zaman belajar dulu..
Barisan serikEndi Durham..berdiri dr kiri: Dr. Adlina & baby nye Nashwa, K. Hamidah, I, Kak Ayu Tok Batin. Yg di barisan hadapan tu dr kiri: Adam Afandi (anak Tok Batin), Farah Irdina, Kak Wan WKB & anak bongsunye Fatihah (angkasawati cilik).
Wah2..sape nih..semangatnye..tak sempat2 duduk..kira mcm ni jer gayanye sampailah habis ayam tu dibakar..Jangan tak tahu..rumput tu pun terbakar hangus samaa..heheh. Penambah kesedapan BBQ family Ustz Maszlee. Masa ni acara pertandingan BBQ inter-family.
Kami join jugak pertandingan ni walaupun pd asalnya nak balik rumah petang Sabtu tu. Diorg ni pujuk2 xkasi balik sebab dah bayar yuran kan..jadi mcm rugi plk ayam sebungkus tu xde tuan. Kami lak memang xde BBQ set. Jadi, terpaksalah kami share dgn Fauzi (abati Nashwa). Tapi kan..tak tahulah psl apa..dlm byk2 BBQ set, yg ni satu je yg lmbt jadik. Kesian sgt tgk depa berdua ni berpeluh2 nak hidupkan bara tuu..isk3.
Haaa..tengoklah sendiri..apa dah jadik..kesian kan..? Berapi2..ishh..xleh bukak kedai nih.
Kaum ibu tengah merinate ayam untuk persediaan BBQ.


Waah..banyaknye ayam BBQ...macam2 hiasan adaa.
Malam terakhir camping, ujan turun dengan lebatnya..pagi tu apa lagi..habis becak2 tanah rumput tu. Maka si cacing yg gemuk2 pakat kuar belaka. Tapi, yg syoknye malam tu semua tido best jer sebab bunyi rintik ujan atas khemah..seolah2 mendodoikan. Ribut pun adaa..risau juga khemah ranap..tp alhamdulillah tiada apa2 berlaku.
Acara penutup..pembahagian hadiah..
Eh2..dapat hadiah lagi..alaaah..jajan jer untuk budak2.
Bergambar sebelum pulang ke rumah masing2. Inilah peserta lelaki PERKEMAS 2008.
Zoom sket..td tu kocik bonar. Wajah2 keriangan selepas pekena nasi lemak sambal kerang buatan anak2 teruna undergrad yg ku kira buleh tahan jgkla rasanyaa..
Yg ni pulaa kaum wanita..keciknyerlah gambor..tak nampak lagik muka aku.

No comments: