Saturday, 30 August 2008

Isra' Mikraj Religious Talk

23 Ogos 2008 (Sabtu) lalu, masyarakat Malaysia-Durham telah mengadakan satu ceramah agama sempena sambutan Isra' Mikraj bertempat di Common Room, Keenan House. Setiap family diminta membawa pot luck masing2 (1 makanan, 1 minuman). Kami bawak nasi tomato, ayam masak merah, acar timun & jus epal. Alhamdulillah..semua habis..nasi tomato tinggal kulit kayu manis jer dlm periuk tu.

Kanak2 pula ada aktiviti khas di luar dewan supaya tidak mengganggu makbapak dgr ceramah. Mereka diminta membuat kad khas sempena kedatangan Ramadan. Macam2 kad yg terhasil..(lupa nak 'snap' gambar kad2 tu). Kreatif juga anak2 ni..

Kami tiba lewat sedikit kerana abg bekerja waktu tu. Apapun, program tidak boleh dimulakan selagi abang belum tiba sbb dia ditugaskan untuk jadi moderator..abang dah biasa jadi Master of Ceremony..di Bank Muamalat HQ dulu lagilaa..(kat IIUM pon..hik3).





No comments: