Video dah tengok kan? Haa..sekarang ni nak share beberapa foto sebelum & selepas pembedahan Iffah. Sehari sebelum tu lagi Iffah dah warded. Tak silap aku, wad tu penghuninya semua kanak2 yang akan menjalani pembedahan. Aku & ma yang jaga Iffah kat hospital. Sebenarnya, sorang je yang dibenarkan menjaga pesakit. Kitorang ni kiranya melanggar peraturan la ni. Aku, of course sebab aku ni ibu dia..nenek pulak, sebab hanya dia yang Iffah kenal sejak berusia 2 bulan lagi (jadi mcm mak dia pulak). Bukan apaa..ma cuma risau Iffah nangis..takut tak kenal aku kan..tu pasal ma pun join sekali overnite kat wad tu.
Inilah rupa Iffah masa usia 6 bulan. Cantik bukan baju Iffah..baju hospital nih. Kaler pink untuk baby. Kebanyakan orang yang ada kat wad tu bila tengok Iffah..pasti akan tanya, "sakit apa anak ni..nampak macam sihat jer". Hmm..jenuh jugalah aku nak jawab semua soalan tuh. Memang betul pun..cuba korang tengok..relax & cool je diaa..taak pikir pape..kita yg jd org tua ni lah yang termenung..tak lalu makan risaukan pembedahan keesokannya. Malam tu pun kami berdua tak lelap mata..tapi, tuan punya badan tidur nyenyak tanpa meragam.
Nenek & "anak bongsu"nya setengah jam sebelum dipanggil masuk ke O.T. Masa ni Iffah sedang berpuasa, takleh makan, takleh minum susu, air. Tak silap aku 4 jam sebelum pembedahan Iffah kena puasa. Nenek dah tak lalu nak breakfast pagi tu. Aku cuma makan sandwich je. Iffah dah pandai..bila tengok orang kat katil sebelah makan..mulut dia akan bising minta disuapkan makanan. Tiap kali tu lah juga aku & ma akan mengalirkan airmata. Kesian sangat kat dia..last2 bila tak dilayan (bagi makan), Iffah pun hisap jarinya..Sebak rasa hati aku..
Nenek & "anak bongsu"nya setengah jam sebelum dipanggil masuk ke O.T. Masa ni Iffah sedang berpuasa, takleh makan, takleh minum susu, air. Tak silap aku 4 jam sebelum pembedahan Iffah kena puasa. Nenek dah tak lalu nak breakfast pagi tu. Aku cuma makan sandwich je. Iffah dah pandai..bila tengok orang kat katil sebelah makan..mulut dia akan bising minta disuapkan makanan. Tiap kali tu lah juga aku & ma akan mengalirkan airmata. Kesian sangat kat dia..last2 bila tak dilayan (bagi makan), Iffah pun hisap jarinya..Sebak rasa hati aku..
Iffah dipastikan pengsan dulu sebelum pembedahan bermula. Bila tengok gambar ni aku terus nangis sebab kesian tengok keadaan baby aku yg masih terlalu kecil untuk hadapi semua ni. Tapi..aku ditenangkan oleh abang..bahawa ini semua untuk kebaikan Iffah juga. Lagipun, better buat masa dia masih kecil sebab kanak2 cepat recover berbanding org dewasa.
Masa ni abg cakap Iffah dah tak sedar dah. Sebelum tu dia nangis juga..mungkin kehairanan melihat orang2 yg memakai uniform serba hijau & biru tuh. Mesti dia pelik kan kenapalah agaknya diri diletakkan atas katil dalam bilik yang teramat sejuk tu. Dah la tak bagi makan & minum. Kata abg, bilik tu memang sejuk sgt. Nampak macam besar badan Iffah setelah dibius..patutlah jasad orang mati kelihatan besar sedikit berbanding masa hidupnya. Yang pengsan bius pun..sudah jelas kelihatan.
Abe Die dibantu oleh rakan sejawatnya dlm O.T. Pembedahan ni memang Abe Die yang lead. Dia yang tolong booking tarikh ni untuk kami. Nasib baiklah ada abang ipar yg kebetulan pulak specialist dalam ENT. Macam nak sudi ilmu dia pulak sebab masa ni Abe Die baru sahaja dapat title doktor pakar.
Masa ni Iffah baru saja keluar dari O.T. Tak sampai sejam pembedahan tu. Kejap jer. Alhamdulillah..Iffah sangat positif. Tiada komplikasi..cuma Iffah masih kena puasa 4 jam lepas operate. Sian anak aku. Lapar lagi..Masa dalam bilik observation tu, Abe Die panggil aku & ma masuk tengok Iffah dan tenangkan dia sebab dia baru je sedar dari bius. Apa lagi..nangislah Iffah sekuat2nya..aku pun tak tahu..Iffah nangis sbb sakit ke..atau takut..atau lapar..atau sejuk..sebab satu badan sejuk. Wayar besar tu untuk panaskan badan Iffah la. Eh2..ni ke doktor nye..isk, mana adaa..tu tukang rakam gambo & video jer. Tapi, nurse tersasul jugak panggil doktor kat abg..kih3. Tapi, gaya tu dah ada kot. Takpelah..jadi doktor palsapah la..ye bang..
No comments:
Post a Comment