Thursday, 21 August 2008

Plane Crash @ Madrid.


Berita tergempar ini memang mengejutkan dunia..dikatakan nahas udara terburuk di Spain. Kalau nak tahu, kami pernah sampai kat airport tu..AEROPUERTO DE BARAJAS masa kami mula2 sampai di Madrid, Spain. Huu..rasa suspend betul bila dgr dan tgk sendiri tragedi tu dlm tv & internet. Time tu kami naik RYANAIR. Tapi kan, kejadian awal pd SPANAIR sebelum departure tu mengingatkan aku masa kami di Amsterdam airport dlm KLM ..sebelum terbang tu, aku tgk enjin kpl trbg tu disembur air..kira lama jugakla kami dlm plane tu..tak tahu psl apa..crew2 pun xcakap apa. Aku dah doa macam2 dah masa tu..Alhamdulillah sampai jugak kami ke Newcastle walaupun flight delayed.


PESAWAT SPANAIR AIRLINES TERHEMPAS...


MADRID 21 Ogos – Jumlah korban dalam nahas pesawat penumpang Spanair Airlines, MD-82 dilaporkan meningkat kepada 153 orang.

Pesawat berusia 15 tahun itu, membawa 166 penumpang dan sembilan anak kapal, terhempas sejurus berlepas kira-kira pukul 2.45 petang semalam, waktu tempatan.

Menteri Pembangunan Sepanyol, Magdalena Alvarez berkata, hanya 19 penumpang yang terselamat dalam nahas itu.

Beliau berkata, nahas berlaku ketika pesawat malang itu dalam penerbangan ke Las Palmas di Kepulauan Canary iaitu destinasi pelancongan popular di kalangan warga Eropah.

Nahas itu adalah yang terburuk sejak 1983, apabila sebuah pesawat Boeing 747 milik syarikat penerbangan Avianca terhempas di lapangan terbang sama, mengorbankan 181 penumpang.

Katanya, punca nahas dipercayai berpunca daripada “kesilapan ketika hendak berlepas.”

Bagaimanapun, media tempatan dan satu sumber mendakwa, enjin kiri pesawat yang dibuat oleh syarikat Pratt & Whitney, telah terbakar sebelum meletup.

Sumber itu mendakwa, pesawat tersebut pada asalnya dijadualkan berlepas pukul 1 petang waktu tempatan, tetapi berpatah balik ke terminal disebabkan masalah teknikal.

Malah, beberapa jam sebelum nahas, juruterbang Spanair yang dimiliki Sistem Penerbangan Scandinavia (SAS), mengancam untuk melancarkan mogok.

Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero yang melahirkan rasa sedih dengan tragedi itu berjanji, kerajaan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas.

Sementara itu, Ervigio Corral yang mengetuai operasi menyelamat memberitahu, hanya ekor pesawat dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, serpihan badan pesawat dan mayat mangsa bertaburan di merata tempat.

“Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak,” kata Corral. – Reuters

No comments: