Wednesday, 30 July 2008

Cari Makan Jap

Semalam kami free..jadi selepas lunch & solat Zuhur kami dtg sini untuk membeli barang2 dapur yg telah susut..kalo xdtg kang..xberasaplah dapo elektrik hamba tuh. Jauh juga nak mai sini..adalaa dekat setengah jam Durham - Newcastle. Nak buat camne dah makanan halal hanya banyak dijual di sini. Kat Durham manalah ada halal food store. Kat atas ni adalah kedai WATAN (sebut gaya Arab tau). Milik Pakistani..biasanya kami akan beli beras, cili kering, daun pandan, serai, ayam, daging lembu, daging kisar, nugget ayam dsb. Nak tahu x..aku xpernah melangkah masuk dalam kedai ni tau. Setakat kedai Haji tu adalaa dua tiga kali..tp kalo yg ni mmg belum lagi..sbb big boss saja yg akan keluar did the shopping. Kuang3..
WING HONG..hmm..kat sinilah kami selalu beli barang2 Asia spt bihun, laksa kering, kue tiaw kering, agar2 tali, sos tiram, kicap cap kipas udang, fishballs, fishcakes, tofu & macam2 lagilah..tp, kat sini xde jual udang kering & belacan mcm kat WING YIP (Birm) tu. Nampaknya nak kena suggest kat diorang ni.

Hmm..sibuknya cik abang ni ye mengisi barang2 dlm bonet keta. Abang dah biasa buat keje ni..boleh diharap untuk membeli barang2 dapur..kadang tu aku cuma list down je barang apa yg diperlukan then, abang akan uruskan segalanya. Bukan kat sini je malah kat Malaysia jugaa..Alah bisa tegal biasa..Dulu, masa kocik2 abang lah yg di tugaskan untuk membeli ikan di kedai.


Waaaa..abang buat surprise kat I laa..abang belikan buah kegemaran aku..yg xsempat aku makan sebelum berangkat ke UK (I was forbidden to eat it as I suffered from severe cough)..sedih sungguh. Thanx abang..sbb faham Nani dah lama nak makan buah ni..love you bebeh!! Monthong pun monthong lah..janji sedap!


Nyum..nyum..lega rasa hati dapat pekena beberapa ulas durian ni biarpun didinginbeku namun rasanya tetap segar & asli. Sedaaaaap sangat tau.




Haa..kedai nilah yg menjadi pengubat kempunan kami pada KFC..Dixy Chicken..hmm..ayam goreng dia pun not bad. Takde la masin mcm ayam grg kat kedai lain..cam tumpah lori garam jer.Kalo kami dtg ke Newcastle pasti kami akan singgah di kedai ni untuk mengisi perut..dengan beberapa ketul ayam grg. Alhamdulillah..syukur.



Bergambar Bersama Owen

Semalam kami sekeluarga ke Newcastle untuk membeli barang2 mentah yg halal. On the way back, sempat pula kami merayau2 di hadapan stadium bolasepak Newcastle. Tak tahu pulak aku apa nama stadium ni.
IMPOSSIBLE IS NOTHING
Ayah & anak2 ribena di hadapan pintu masuk ke official store kelab bolasepak Newcastle. Tapi, kami cuma berada di luar store jer sebab abang xbayar parking pun. Kami nak singgah bergambar sekejap jer.
Ameen & Iffah mungkin rasa pelik melihat foto gergasi milik Owen yg telah beralih arah ke Newcastle United setelah penat mengukir nama dalam Real Madrid CF. Apapun, aku suka tgk gmbr Owen ni..

Ayah & Michael Owen
Me & my lovely kids
Angel of the North
Benda ni akan jelas dilihat ketika kita menuju ke Newcastle (dr Durham laa..) Kalo sesapa yg menuju ke utara UK pasti akan ternampak benda alah ni tersergam berdiri di tepi hi-way.

Peristiwa Isra' Mi'raj

Pada hari Jumaat 4.7.2008 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. “Shayyabatni Huud” (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!).

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :
- Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
- Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
- Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
- Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
- Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
- Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
- Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
- Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajaran darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman.

Sunday, 27 July 2008

Summer BBQ @ Hamsterley Forest

Pada Sabtu lalu (26 Julai2008), komuniti Malaysia-Durham telah mengadakan satu summer BBQ picnic merangkap Family Day bertempat di Hamsterley Forest, Bishop Auckland. Tempat tu 1st time kami kunjungi..hmm not bad. Kiranya 40 minit jugalah dari Wylam Street tu. Kami tak dapat ikut rombongan tayar bergolek bagi kedua2 sesi kerana abang keje time tu. Abg balik je (pukul 11.15am), maka kami pun bersiap2lah memunggah barang2 ke dlm bonet keta. Dlm fikiran aku, hmm..depa dah selamat makan lauk2 bbq nih. Huu..tinggal kat kami sikit no..
Ini sahajalah juadah yg dapat aku sediakan hari ini. Ingatkan tak dapat join dah sbb aku demam sehari sebelum tu-tonsil bengkak-. Dah terbaring 1 hari daah. Kesian kawan2ku..tak dapat aku dtg menolong marinate kambing & ayam..maaf yer..memang dah niat nak pegi tolong rewang..tp apakan daya badanku xlarat sangat.
Nasi Impit
Kuah Kacang
Brazilian Carrot Cake
Car park
Moga anda semua dapat saksikan pameran keta2 terpakai di bawah syarikat gergasi milik durham_my. Kelihatan 3 orang dara pingitan selaku salesgirls untuk sales hari ini. Jangan risau..harga boleh dirunding..
Keta sape plak ni? Siap pasang driver lagi tu.
Kami baru sampai ni..tumpang lalu ye..sat lagi nak ngap ayam & kambing bbq..
Aik?? Takkan datang bertiga jer..mana lg sorang? Adaa..xkanla kami nak tinggal kat rumah sengsorang kan. Dia tgh syok main air sungai dgn kawan2 yg lain.
Control encem nampak mamat nih..jangan lepa..nanti kang hangus itam ayam tu karang..
Hmm..yang ni aku punye..yg kat tepi ni aku punye..heheh..aku punye semuaaalah..penat aku bakar nih.
Ayam BBQ yg belum masak lagi.
Limpahan makanan yg xtahu mana satu nak dimakan. Kek besau tu milik anak Kak Amy..Sofea, yg menyambut birthdaynye hari tu. Macam2 juadah ada..nasi impit, kuah kacang, mee grg, fussili grg, bihun grg, sandwich, kebab, whipped potato+sauce, coleslaw, macam2 aneka kek, muffins, tembikai, epal, jus2, sky juice, air panas, milo Malaysia pun adaa..semuanya dah bercampur gaul dalam poyot ni..
Ayam BBQ yg sedia untuk dimakan.
Kambing BBQ.
Nursing area..ibu2 yg tersenyum girang..sambil menunaikan kewajipan masing2..
Bergambar bersama isteri Tok Batin Kampung Bowburn..Pn Ayu Mazlan..jgn memain tau..ni puan loyer ni..nanti kang I'll see u in court!!
Ni Ameen ni..tgh makan lollipop. Tgklah bajunya dah basah kuyup main air sungai. Air tu sejuuuk..setakat nak amik wudu' tu ok lg..tp kalo berangan nak rendam kaki mcm yg prnh dibuat kat Malaysia nun..huuu..alamat cramp la kaki hang pa..
Iffah tgh nyum..nyum lollipop yg Aunty Amy kasik. Imej dirakam dgn background mamat contract bbq. Kipas bang..jgn xkipas..
Hamper2 yg tunggang terbalik dah ni haa..maklumlah..si adik2 bujang teruna dara yg uruskan games..it's well understood..no big deal..
Wah3..awat seronoknye depa berempat nih..boleh masuk iklan ubat gg nih..eh2..bkn ke yg berbaju biru ni mamat tukang kipas kepak ayam bbq td? Agaknye menang kipas mengipas la kot nih.
Haa..mak buyung pun dapat hamper jugak tau..sebab menang acara yg satu2nya aku sertai..mencucuk benang dlm jarum..korang xtahuu..aku sbnrnye juara bertahan dlm acara ni sejak dulu2 lagi..ustazah Hamidah bisik tu..dia kata balik nnti singgah umahlaa..hmm..mesti nak keneng hamper I ni kan..(acah jer). Korang perasan x mamat 2 org kat blkg nun..pada fikiran koranglaa..knp agaknya mereka berdua posing senyum mcm tu..
Habuan yg diperolehi..rezeki anak2 omak..
Kaum bapa sedang asyik mendengar ceramah motivasi berdiri yg disampaikan oleh motivator En. Halil merangkap director of bbq program.
Opocot..alamak..terjatuhla pulak..gaya jatuhnya mengingatkan aku semasa martial art training class kat IIUM dulu. Masa belajar buah jatuh. Hmm..sape yg jaga bbq atas dapo nun..nmpknye semua tukang kipas yg on duty ada kat sini haa..
Acara kaum ibu ..win lose or draw..
Haa..apa dah jadik ni..awat melopong jer..tekaa..tekaa..inilah acara yg mendapat sambutan paling meriah. Mana taknya..kaum ibu yg main..bingit semacam jer. Hik3..
Time to tidy up everything..dah lama dah kat sini..nak kena balik umah la..
Iffah menunggu ibu mengemas..tp masih sempat lagi untuk berposing..
Masa ni semua kaum kerabat Malaysia-Durham sedang berkumpul untuk acara terakhir iaitu bergambar beramai2 sebelum pulang..
Hoh..jenuh juga nak suruh kawan ni dok diam2 nak posing..sbb dia dah dapat bola idaman..
TADAAA!!!! Ketahuilah wahai semua rakyat jelata..inilah sebahagian daripada warga Malaysia-Durham yg meninggalkan tanahair tercinta..ramai bukan..ada lagi tu..xdpt join sbb dah pegi holiday..Isk2.. gambar I kocik bonar eh..xnampak nak nengok..

































Baby Speak

Sorry, did I kick you?”“It’s getting a bit short of space in here, and my foot is stuck under your ribs. I’m on the move again. Ooh, I can hear you laughing because you can see my knee moving across your tummy! I’m getting myself comfortable; curling up with my arms and legs crossed.”

“I’m tired after that exercise; I’m just going to suck my thumb and have a little rest. I think you should have one too, mummy; you’ve been so busy getting my nursery ready. You could rub some cream on your tummy to stop stretch marks - I love it when you stroke me like that.”

Cak Pong Cak Pong

Kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan pengantin:
MOHD. ASRI (kawan kami kat IIUM dulu)
&
NUR HARYANI
yang telah selamat diijabkabulkan pada 26 Julai 2008 di Johor.
Semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke syurga.
p.s. Takde demo silat ke abg asri? Atau..abg asri sendiri yg buat demo..bestnye kalo dapat join kenduri tu. Nanti jangan lupe gambar kawin korang yer..

Friday, 25 July 2008

Summer Break

Cuti sekolah datang lagi..kali ini Ameen cuti lamaa..24 Julai - 7 September. Lepas ni Ameen akan bersekolah di sekolah baru pula, Bowburn Infant School. Alaa..sebelah yg dulu tu jer. InsyaAllah, 16 Sept jam 9.45 am Ameen akan menjejakkan kaki ke sana. Aku berdoa mudah2an Ameen pandai bergaul dengan anak2 omputih yg lain tu memandangkan hanya dia seorang Melayu dalam kelasnya.
Hmm..abang dah tanya2 nak berjalan ke mana2 ke cuti ni. Aku masih tidak memberikan sebarang jawapan..iyelah, nak ke mana? Takde idealaa abang..Kata abg, jika boleh nak ke tempat yg boleh rehat2 sehari dua (nak overnitela ni). Dalam fikiran aku, cuma terlintas nak merayap ke York dan ronda2 ke Beamish Museum. Lokasinya pula xdelah jauh bebenor.Tapi, itu cuma lintasan fikiran..belum dibincang dalam perkara2 berbangkit. Saya yang menurut perintah..

Dah Sampai Pun..

Ini reaksi Iffah setelah penat menyelongkar kotak yg atuk kirim dr Kelantan, MALAYSIA. Kelakar Iffah terus kenakan tudung pink yg nenek bagi tu. Suka benar dia dengan tudung tu..tp bahagian atas tudung tu penyek2 sikit mungkin tertekan dek barang2 yg lain. Nampak x pinggan nasi diorang kat belakang nun..depa berdua xjadi makan sebab seronok sgt.

video

Thursday, 24 July 2008

Bungkusan Misteri 2

Alhamdulillah..tanggal 22 Julai lalu kami telah menerima bungkusan drpd atuk & nenek Kelantan. Lama juga kami menunggu ketibaannya..adalaa kira2 2 bulan 3 minggu. Apapun terima kasih byk2 untuk atuk, nenek, mama & cikcu kerana bersusah payah untuk mengirimkan brg2 ini kepada kami. Thanx to Shifa (org Malaysia yg dok kat rmh kami yg dulu)krn mewakilkan diri menerima parcel ini merangkap menyimpan di rumah beliau sementara kami mengambilnya.

Hmm..lihatlah budak dua org nih..dah tinggal pinggan nasi sbb xsbr2 meminta ayah menyelongkar kotak putih ni.

Parcel ni dialamatkan ke rumah sewa kami yg dulu kerana masa berurusan dgn abah & ma..kami masih tinggal di sana dan belum ada ura2 berpindah lagi.Nyarislah org Malaysia jgk yg stay kat rmh tu selepas kami..jika tidak susah jugaalah nak dptkan parcel nanti.
Nama atuk..kesian atuk penat angkat kotak ni..yg blh tahan beratnya..nak terberak jugalah mengangkatnya..(aku agak je..sbb aku bknnya bleh angkat pon..nnti xpasal2 ada yg terberanak plk). Abah pos ikut laut je sbb nanti boleh isi banyak brg kan..
Kelihatan abang sedang tekun mengerjakan tali yg memintal2 kotak putih ni. Rupanya macam tali kambing jer..tapi lagi cantikla sbb colourful. Kan bagus kalo wat tambat leher kambing nih..iyelah, ntah2 dah lama kambing tu teringinkan tali warna-warni cenggitu..kan? (teringat kambing2 kat kampung aku dulu yg sentiasa tak bertambat..usahkan nak tambat..tali pun xde kat tengkuk kambing tuh..habih pokok bunga aku kena ngap kat depa).
Kesian Iffah..lama dia tunggu ayah bukakkan kotak tu..tp tetap sabar..sampai meleleh air 'lilo' dia..
'Ayah..meh Ameen tolong ayah bukak tali ni..Ameen kuaaat'..kata tukang sebok nih..
Haa..dah terbukak pon..waaaaah..banyaknye barang..paling atas semestinya SMAX (sebut gaya cik joh & konco2nya).Kih3..Ameen tahu smax tu dtg dr dlm kedai nenek.
Yei..yei..dapat duaa!! Amboi anak2ku nih..
Laa..awat jadi lagu nih..sorang pejam mata rapat..sorang pulak mata terpeleot..seronok sangat agaknya depa berdua nih..tu pasal mata jadi lagu tu..
Haa..inilah dia hasil korekan kami anak beranak dr kotak tu..huh..banyak banget barangnya. Alhamdulillah..sampai juga hajat abang nak makan keropok segera cap pinggan tuh..terus dia amik, bukak & ngap dgn berselera sekali walaupun sedar diri sedang batuk. Macam2 adaa..haa..pesanan untuk TEH..cepat2la dtg rumah kami..tapi siapkan dulu projek tu..nanti kami simpan bekalan untuk teh juga. Tapi..kalo lambat..jangan mare ye..takut kami ter'ranggos' habis plak..ahaks!!
Nampak x Iffah dah pakai tudung tu.. seronok sgt dia dpt tudung baru.
Laa..ni pebenda plak nih berbungkus2 nih..macam2 kaler lak tuh supit (plastik) dia..hmm kalo nak tahu inilah makanan yg kami tunggu2..yg sememangnya tiada kat sini..dan kami sendiri pun bawak bekal sedikit sgt masa dtg sini dulu..guess what..shhh.