Friday 7 November 2008

PIPP tidak akan terjejas..

PELAKSANAAN PIPP DITERUSKAN WALAU EKONOMI GAWAT


Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak akan terjejas walaupun negara kini berhadapan dengan kesan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk mengisi kekosongan 26,000 jawatan perguruan pada tahun depan.

Katanya, kementerian juga akan memastikan 14 buah sekolah yang sedang dalam pembinaan akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun depan.

“Kementerian akan memastikan semua prasarana pendidikan mencukupi selain ia siap mengikut jadual walaupun negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kualiti 2008 Kementerian Pelajaran di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Setakat ini, kementerian berjaya melaksanakan 4,280 projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) membabitkan kos RM3.87 bilion manakala 5,026 projek berjumlah RM18.343 bilion masih dalam pembinaan.

Hishammuddin yakin kerajaan akan menyalurkan peruntukan kepada apa juga bentuk projek dan prasarana untuk meningkatkan pendidikan demi kepentingan rakyat.

“Pendidikan amat penting untuk semua dan kerana itu saya yakin kegawatan ekonomi tidak akan menjejaskan semua projek yang dirancang oleh kementerian,’’ katanya.

2 comments:

MalayConfinementLady said...

ngepe x hapdet? sibuk ngadap beby ke...

hnyhar said...

waah2..ada owang windu ker.biasala nak kene lyn 2 princess nih.kdg tu smpt jenguk blog org len je.nnti kalo smpt hr ni nak hapdet ler.