Hari ni bawa Izzah ke Treetops Clinic, UHND untuk hearing screening test. Test ini sememangnya dibuat untuk setiap bayi yg baru lahir di sini. Rasanya kat Malaysia xde hearing sceening test pun..iye dak? Aku pegi dgn Iffah n Izzah jer. Abang ada kelas so dia hantar kami ber3 ke hospital pas2 terus ke SGIA. Nasib baiklah aku dah biasa dengan hosp. tu. Kalo tidak xconfident juga nak manage sndiri.
Appointment utk test tu sebenarnya pd 19 hb hr tu..tp defer buat hari ni,kul 12pm. Masa tiba di hosp, rasa nervous juga sbb lagi 5 minit nak pkl 12pm. Aku dah tahu klinik tu kat mana so kami terus tuju ke tempat tu cepat2. Oleh krn dlm minda ni dah set nak ke klinik then register, aku terkejut badak bila ada sorang jejaka berbaju biru ni greet "selamat pagi". Haaaa3...dah lama xdgr org cakap gitu bila berada di kalangan omputih ni. Aku sempat senyum je, xbalas papepun..with my shocked facial expression. Rupa2nya mamat tu doktor kat situ..menurut abang, (jika betullah orangnya..) beliau DR. LUTFI, buat sub-specialist in paedeatric kat UHND.
Masuk2 je klinik terus regi baby. Iffah sangat baik hari ni, terus melayan diri dgn toys dan buku2 yg melambak disediakan di ruang menunggu. Aku amik baby dr push chair, nak tidurkan dia sbb masa test nnti baby kena tidur utk memudahkan test dijalankan.
Bila nama dipanggil, kami ber3 masuk dan test pun dijalankan. Test dibuat oleh seorang screener (female) dgn meletakkan sejenis alat yg lbh krg mcm earphone (small soft tipped earpiece) di bahagian luar telinga baby..mula2 telinga kanan pas2 kiri. Alat tu akan hantar bunyi 'klik' ke dlm telinga. Bila telinga menerima bunyi tu, bahagian dalam telinga iaitu koklea biasanya akan menghasilkan gema. Alat screening macam computerised machine gitu akan merekod respon yg dibuat oleh baby. Ia dipanggil Automated Otoacoustic Emission (AOAE) screening test. AOAE test ni hanya mengambil masa beberapa minit sajaa..tadi pun kejap je..aku ingat lamalaa test tuu..Izzah pun berada di pangkuan aku jer..
Result test ni diberi sejurus selepas test selesai. Alhamdulillah..kedua2 telinga Izzah function dgn baik..next test ada lagi tp bila Izzah dah masuk sekolah..haa3..Izzah xsempat masuk skola kat sini..
Sepatutnya screening test ni dibuat seawal selepas baby dilahirkan..tp time aku hari tu dia xbuatla pulak..patutla dia arrange 2nd test utk baby..katanya, pihak klinik xdpt apa2 result yg jelas ttg 1st test..iyelah..mana nak jelas, dah tak buat test tu..hapelaah..
Abis je semua tu, kami ber3 turun ground floor menuju ke shop mart. Heheh..perut dah lapor..aku pon masukla mencari kudap2an sementara nak menunggu big boss dtg amik kul 1 lbh..hmm dkt sejam juga kami tunggu tuu. Apa lagi Iffah ku belikan aiskrim dan sweets..aku pula fruit shortcake dan sky juice..ngap3..abg pon dtg..huuu..lama tuu..beskut aku tinggal separuh daah..
Afterall..alhamdulillah urusan kami dipermudahkan hari ni..semuanya selamat..
*terlupa bawa kamera..xdpt nak share gmbr..
No comments:
Post a Comment