Sunday, 31 August 2008
Ramadan Datang Lagii..
Marhaban Ya Ramadan
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Happy 51st Bday Malaysia!
(teringat pula semasa di sekolah..waktu count down..)
Semoga minda dan sikap kita merdeka jugaa..dari dijajah oleh mereka.
Saturday, 30 August 2008
Ninja Boy @ Astro Ceria
Kalo sesapa pernah tgk citer ni..kat Astro Ceria..mesti terhibur dgn keletah 'pengetua dan kucingnyer Hemo-Hemo tu'..xtahula masih ada lg atau tidak citer ni dlm tv tu. Alahai..rinduu plak kat tanahairku..
Ameen's 1st Time Reading Iqra'
Mega Sale ke??
Setelah selamat pound dihabiskan di Fish Quay, P260 EAJ meluncur laju ke Newcastle pulaa. Nak perabih fulus kat sana plak..beli lauk ayam, daging lembu, buah2, sayur2, kurma, kuey tiaw, bihun, dll. Isk3..kesian abang ek..penat2 keroje 2, 3 hari..dah licin di 'pow' dek tuan kedai Wing Hong, Watan & Hutchinson. Ni persediaan nak pose sok lusa..kang penat n lapor dahaga plak kalo pi time pose. Papepun, awal2 lagi kami berempat dah belasah 2 boxes of chicken wing @ Dixy Chicken..burpp..alhamdulillaaah..persediaan pose jugak nih..
Gambo?? Ermm..gambo kat Fish Quay adaa..tp tunggu dululaa..ek..ada problem besar ngan laptop den tuh. Ni pon pakai laptop big boss. Tu pasal den dah lamo pasif blogging..
Buat abang, tima ksh bebanyak sbb belikan buah deghoyan Monthong tu..heheh..yg ni persediaan sebelum deliver...heheh.
My Charlie & Lola..
Isra' Mikraj Religious Talk
Kanak2 pula ada aktiviti khas di luar dewan supaya tidak mengganggu makbapak dgr ceramah. Mereka diminta membuat kad khas sempena kedatangan Ramadan. Macam2 kad yg terhasil..(lupa nak 'snap' gambar kad2 tu). Kreatif juga anak2 ni..
Kami tiba lewat sedikit kerana abg bekerja waktu tu. Apapun, program tidak boleh dimulakan selagi abang belum tiba sbb dia ditugaskan untuk jadi moderator..abang dah biasa jadi Master of Ceremony..di Bank Muamalat HQ dulu lagilaa..(kat IIUM pon..hik3).
Monday, 25 August 2008
33 Wks - What's Happening This Week
- may find the baby's movements more uncomfortable
- may be slowing down as I cope with the extra weight
- may feel uncomfortably hot in warm weather
- probably looking forward to the pregnancy being over
- may measure about 44 cm from head to toe
- could weigh around 3 1/2 to 4 lbs (1.6 kg)
- may have a head of hair already
- may settle into a head-down position over the next few weeks
Sunday, 24 August 2008
Sepah Rumah Yer..
Haa..kalo nak tahu inilah keje depa berdua bila time 'kamcing'. Mereka akan lakukan bende2 yg ibu xsuka tengok. Hmm...memang penat beb melayannya. Biasanya aku & abg akan minta diorg berdua sama2 tidy up. Time baik, diorg ikutlaa..tp bila time nakal, dia akan cakap "alaa..penatla ayah..nak milo.." Huh.
Oh..ye..Iffah ada cakap sesuatu tu..(dia tengah repeat kata2 ibu..). Cuba dengar & perhatikan betul2. Kelakar sangat..macam mak nenek.
Saja jer aku biarkan diorang leka bermain sbb nak record percakapan & gelagat2 spontan tu. Aku tahu mereka yg kat kampung tu rinduu kat depa dua orang ni.
Hahaaa..bersepah rumah aku dibuatnyer..
Thursday, 21 August 2008
Plane Crash @ Madrid.
Berita tergempar ini memang mengejutkan dunia..dikatakan nahas udara terburuk di Spain. Kalau nak tahu, kami pernah sampai kat airport tu..AEROPUERTO DE BARAJAS masa kami mula2 sampai di Madrid, Spain. Huu..rasa suspend betul bila dgr dan tgk sendiri tragedi tu dlm tv & internet. Time tu kami naik RYANAIR. Tapi kan, kejadian awal pd SPANAIR sebelum departure tu mengingatkan aku masa kami di Amsterdam airport dlm KLM ..sebelum terbang tu, aku tgk enjin kpl trbg tu disembur air..kira lama jugakla kami dlm plane tu..tak tahu psl apa..crew2 pun xcakap apa. Aku dah doa macam2 dah masa tu..Alhamdulillah sampai jugak kami ke Newcastle walaupun flight delayed.
PESAWAT SPANAIR AIRLINES TERHEMPAS...
MADRID 21 Ogos – Jumlah korban dalam nahas pesawat penumpang Spanair Airlines, MD-82 dilaporkan meningkat kepada 153 orang.
Pesawat berusia 15 tahun itu, membawa 166 penumpang dan sembilan anak kapal, terhempas sejurus berlepas kira-kira pukul 2.45 petang semalam, waktu tempatan.
Menteri Pembangunan Sepanyol, Magdalena Alvarez berkata, hanya 19 penumpang yang terselamat dalam nahas itu.
Beliau berkata, nahas berlaku ketika pesawat malang itu dalam penerbangan ke Las Palmas di Kepulauan Canary iaitu destinasi pelancongan popular di kalangan warga Eropah.
Nahas itu adalah yang terburuk sejak 1983, apabila sebuah pesawat Boeing 747 milik syarikat penerbangan Avianca terhempas di lapangan terbang sama, mengorbankan 181 penumpang.
Katanya, punca nahas dipercayai berpunca daripada “kesilapan ketika hendak berlepas.”
Bagaimanapun, media tempatan dan satu sumber mendakwa, enjin kiri pesawat yang dibuat oleh syarikat Pratt & Whitney, telah terbakar sebelum meletup.
Sumber itu mendakwa, pesawat tersebut pada asalnya dijadualkan berlepas pukul 1 petang waktu tempatan, tetapi berpatah balik ke terminal disebabkan masalah teknikal.
Malah, beberapa jam sebelum nahas, juruterbang Spanair yang dimiliki Sistem Penerbangan Scandinavia (SAS), mengancam untuk melancarkan mogok.
Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapatero yang melahirkan rasa sedih dengan tragedi itu berjanji, kerajaan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas.
Sementara itu, Ervigio Corral yang mengetuai operasi menyelamat memberitahu, hanya ekor pesawat dapat dikenal pasti.
Beliau berkata, serpihan badan pesawat dan mayat mangsa bertaburan di merata tempat.
“Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak,” kata Corral. – Reuters
Monday, 18 August 2008
Perkhemahan Musim Panas PERKEMAS 2008
Tambah Lagilaa
Cak Pong..Cak Pong..2
Sunday, 17 August 2008
Da Balik..
Monday, 11 August 2008
Malah Weih..
Sunday, 10 August 2008
Makan Apa Tuu
Saturday, 9 August 2008
Belated Entry
Hari Ini...
Hari ini..kuantiti wanita dalam usrah hawa berkurang..
Hari ini..kaum bapa berkumpul, bersidang..
Hari ini..kain2 tidak terjemur di belakang..
Hari ini..adalah hari yang ku bilang agar diri tidak lupa apa tujuan kami datang...
Hari ini..hari Sabtu daaa..
Thursday, 7 August 2008
Kenangan Silam
Nenek & "anak bongsu"nya setengah jam sebelum dipanggil masuk ke O.T. Masa ni Iffah sedang berpuasa, takleh makan, takleh minum susu, air. Tak silap aku 4 jam sebelum pembedahan Iffah kena puasa. Nenek dah tak lalu nak breakfast pagi tu. Aku cuma makan sandwich je. Iffah dah pandai..bila tengok orang kat katil sebelah makan..mulut dia akan bising minta disuapkan makanan. Tiap kali tu lah juga aku & ma akan mengalirkan airmata. Kesian sangat kat dia..last2 bila tak dilayan (bagi makan), Iffah pun hisap jarinya..Sebak rasa hati aku..