Friday, 28 November 2008

January Intake 2009

Hari ni dapat surat drpd Bowburn Infant & Nursery School untuk daftarkan sesi persekolahan Iffah pd Januari tahun hadapan . Nampaknya ada 3 pilihan sesi persekolahan yg diberi kepada kami. Sesi pagi bermula jam 8:45-11:45 am, sesi tengahari jam 12:15-3:15 pm dan sesi penuh iaitu seawal 8:45 am hingga 3:15 pm.

Tadi discuss dengan abg lepas lunch..kata abg, eloklah jika Iffah masuk sesi penuh tuu..sebab nanti bila masuk Reception, xdelah Iffah janggal. Aku pula risau sedikit..mana taknya lama jugak tu Iffah dok kat nursery..mcm school plk.(isk..buat tak biasa lak..padahal kat Malaysia dulu..tinggal anak kecik2 dr pagi hingga lewat petang..ok jer..).

Sesi penuh tu limited..first come first served basis..dan kena sediakan packed lunch utk anak. Hmm..pikir punye pikir..kami rasa eloklah dicuba dulu macamana..jika Iffah ok jer dan tiada pape prob..kami proceed lah nanti. Vice versa..

Frosty

Gambar dirakam dr bilik tidur gue.

Aik?? Snow lagik ker..Taklah, mana ader. Ini cuma fros jek. Rupe dia macam korang bukak peti S tempat dingin beku tu..keras ni bende nih. Kalo lekat kat atas bumbung keta tu, susah jugakla nak hilangkannya. Suhu?? Huu..of course lah sejuuk sgt. Pagi tadi aku xsure brp suhunya sbb xbukak laptop..tapi skrg ni jam 11 lbh suhunya 3 Celsius. Bleh kata sejukla tu. Gua pun tara tahan masa masuk dapo nak masak breakfast pg td..dapo tu mcm dalam peti S jer..sejuuknyer.


Hari ni menu nasi goreng jer..Ameen pun aku bekalkan nasi grg jgk..plus apple juice, pisang sebijik & French toast. Hrp2 dia dpt hbskan kesemuanya..penat ibu ready semua tuu. Memaksa plk haku nih..

Izzah setakat ni ok je time gua masuk opis..cuma kdg2 tu bunyi2 la jgk kan..maklumlah xponah terpisah lg drpd gua. Asyik melekat je siang malam kata ayah. Agak2 koranglaa..si ayah ni jeles ke hape yer..Hari ni kelakar sket sbb baby kompius dgn bau bdn gua yg mixed masa masak2 td..har3. Dia pandang jer masa amik dia td..mesti dia pelik kan..apalah yg dibuat..diketuk..dikaco..ditumbuk..sampai bau cenggini..bila dah start msk opis mmg camnilah baunya..lps tghari br wangii..tau!

Birthday Wish

HAPPY 38TH BIRTHDAY

to

my beloved brother
our beloved uncle

HAMZANI HARUN
(Ayah Yon)

Many happy returns & may Allah bless you.


From:
Zul
Nani
Ameen
Iffah
Izzah

Thursday, 27 November 2008

End of the Day of Confinement

Maka dengan ini diisytiharkan bahawa hari ini cik puan blogger telah pun selamat melalui tempoh berpantang dengan jayanya selama 40 hari. Oleh yang demikian, jawatan sementara yang dipangku oleh En. Big Boss kini dipegang semula oleh cik puan. Dan, mulai hari ini..cik puan kembali bertugas di opis hawe dingin tuu. Maka tamatlah episod hidangan menu air tangan encik hubby tercinta..kuang3.

( tapi..dah bgtau en. hubby sebelum perpindahan kuasa hari ini, bahawasanya beliau dibolehkan menyediakan menu di waktu2 tertentu..heheh)

Wajah2 baby Izzah pada usia 40 hari.

Wednesday, 26 November 2008

Hearing Screening Test

Hari ni bawa Izzah ke Treetops Clinic, UHND untuk hearing screening test. Test ini sememangnya dibuat untuk setiap bayi yg baru lahir di sini. Rasanya kat Malaysia xde hearing sceening test pun..iye dak? Aku pegi dgn Iffah n Izzah jer. Abang ada kelas so dia hantar kami ber3 ke hospital pas2 terus ke SGIA. Nasib baiklah aku dah biasa dengan hosp. tu. Kalo tidak xconfident juga nak manage sndiri.

Appointment utk test tu sebenarnya pd 19 hb hr tu..tp defer buat hari ni,kul 12pm. Masa tiba di hosp, rasa nervous juga sbb lagi 5 minit nak pkl 12pm. Aku dah tahu klinik tu kat mana so kami terus tuju ke tempat tu cepat2. Oleh krn dlm minda ni dah set nak ke klinik then register, aku terkejut badak bila ada sorang jejaka berbaju biru ni greet "selamat pagi". Haaaa3...dah lama xdgr org cakap gitu bila berada di kalangan omputih ni. Aku sempat senyum je, xbalas papepun..with my shocked facial expression. Rupa2nya mamat tu doktor kat situ..menurut abang, (jika betullah orangnya..) beliau DR. LUTFI, buat sub-specialist in paedeatric kat UHND.

Masuk2 je klinik terus regi baby. Iffah sangat baik hari ni, terus melayan diri dgn toys dan buku2 yg melambak disediakan di ruang menunggu. Aku amik baby dr push chair, nak tidurkan dia sbb masa test nnti baby kena tidur utk memudahkan test dijalankan.

Bila nama dipanggil, kami ber3 masuk dan test pun dijalankan. Test dibuat oleh seorang screener (female) dgn meletakkan sejenis alat yg lbh krg mcm earphone (small soft tipped earpiece) di bahagian luar telinga baby..mula2 telinga kanan pas2 kiri. Alat tu akan hantar bunyi 'klik' ke dlm telinga. Bila telinga menerima bunyi tu, bahagian dalam telinga iaitu koklea biasanya akan menghasilkan gema. Alat screening macam computerised machine gitu akan merekod respon yg dibuat oleh baby. Ia dipanggil Automated Otoacoustic Emission (AOAE) screening test. AOAE test ni hanya mengambil masa beberapa minit sajaa..tadi pun kejap je..aku ingat lamalaa test tuu..Izzah pun berada di pangkuan aku jer..

Result test ni diberi sejurus selepas test selesai. Alhamdulillah..kedua2 telinga Izzah function dgn baik..next test ada lagi tp bila Izzah dah masuk sekolah..haa3..Izzah xsempat masuk skola kat sini..

Sepatutnya screening test ni dibuat seawal selepas baby dilahirkan..tp time aku hari tu dia xbuatla pulak..patutla dia arrange 2nd test utk baby..katanya, pihak klinik xdpt apa2 result yg jelas ttg 1st test..iyelah..mana nak jelas, dah tak buat test tu..hapelaah..

Abis je semua tu, kami ber3 turun ground floor menuju ke shop mart. Heheh..perut dah lapor..aku pon masukla mencari kudap2an sementara nak menunggu big boss dtg amik kul 1 lbh..hmm dkt sejam juga kami tunggu tuu. Apa lagi Iffah ku belikan aiskrim dan sweets..aku pula fruit shortcake dan sky juice..ngap3..abg pon dtg..huuu..lama tuu..beskut aku tinggal separuh daah..

Afterall..alhamdulillah urusan kami dipermudahkan hari ni..semuanya selamat..

*terlupa bawa kamera..xdpt nak share gmbr..

Tuesday, 25 November 2008

Sweetiepie

Izzah sedang mencuba pakai snowsuit nya. Masa snow turun kelmarin Izzah pakai baju lain..yg bukan kategori snowsuit. Baju ni masih besar untuk Izzah pakai walaupun tag nya bgtau utk baby 0-3 mths.Izzah excited masa kenakan suit ni..kih3. Macam nak naik ke bulan je ek..
Rupa Izzah masa hari snow turun tuu..kesian..ibu lupa pakaikan snow cap utk baby. Mesti baby sejuk sbb dia diaam je masa bawak dia keluar dr kereta tu. Nasib baik dia tak nangis mcm abg dan kakaknya.
Izzah masa ni kat dalam carseat dlm keta..rehat jap. Panas2kan badan..
Inilah keje baby masa hari kitorg ronda2 cari snow. Baby tak join kitorg amik gambar pon..xnak kacau dia tgh lenaa.

Kakak Koder in da Haus

Atas permintaan nenek, Iffah memperagakan baju dan skirt yg nenek kirim dulu.


Iffah suka sangat baju ni sebab bila dia pusing2..skirt tu mengembang, so dia ingat macam princess laa. Bila pakai baju ni je mesti nak melawaa. Aduss!

Sunday, 23 November 2008

Ye..Snow Turun..

1st time nak bergambar ber5..tapi masih xperfect kerana Ameen & Iffah masing2 moody..(diorang terkena balingan small snowball oleh budak2 yang main2 kat situ..hmm..)

Tak buat slide pun gambar2 ni..malaslah..lagipun banyak, nanti jemu pula nak tunggu sampai abis kan..Lagipun kalo buat cmni bolehla atuk, nenek, opah & kaum kerabat tengok betul2. Alhamdulillah..turun juga snow hari ni eh..rumours tu betul laa..tenkiu Encik Rumours.

Gambar ni dirakam dari tingkap master bedroom.

Bangun tidur pagi tadi, suruh Ameen & Iffah intai kat tingkap..tengok2 kot2 ada snow. Pd mulanya Ameen kata xde pape..tapi lepas tengok utk kali ke-2 br dia perasan ada snow..terjerit2 dua org tu bgtau kami. Terus minta ditukarkan baju & seluar. Apa lagi..kelam kabutlah ayah & ibu menukar pakaian ketiga2 nya..

Bersama dengan anak2 Malaysia yg lain..jiran depan rumah jer. Anak Tok Penghulu..
Ameen tak sabar2..

Bersama Izzah..heheh..nak turun juga main snow kami ni walaupun baru 36 hari..aku terlupa nak pakaikan baby cap utk Izzah..nak cepat..bila dah masuk keta baru ingat..malas nak masuk rumah lagi..nanti bos bising..lambat katanyaa.
Biarlah budak 2 org tu dlm keta..(tengah menangis xnak main snow). Kami pula yg bergambar..heheh.
Bersama Adila & Fateehah
Bersama Kak Intan, Kak Marlina & Fairuzi (dari kiri)
Bersama Kak Wan (WKB) dan 2 org puterinya.
Ayah dengan baby Izzah di tepi taman Bowburn. Kat padang taman tu xde snow pun..dulu banyak snow kat situ..biasanya bila snow turun, kami akan lawat kat taman ni dulu.
Masa ni diorg berdua dah ok. Dah makan2 roti dalam keta..mood pun dah stable, so keluarlah diorg bermain snow yg kian cair tuu.

Iffah dengan snowsuit nya..semua pink.
Ameen..glove biru tu yg no 2 dipakai hr ni. Yg merah dah basah..memang kena bawak spare pakaian diorng ni..yelah bila baju basah, nangis..sejuk.
Puas tengok snow..singgah rumah Kak Zue jap..rumah akak ni betul2 depan taman tu..sian Kak Zue, susah2 ready kan makan2 utk kwn2 Malaysia yg xmalu nih..len kali kalo snow trn lagik, kene wat potluck ler..naye kawan tu sediakan makanan byk2..macam open haus la pulok. Takpela Kak Zue..da nak balik Mesia pon kan..lagipon, ni kira open haus raye aji in advanced la yek..tadi kami pekena laksa asam dan nasi lomak buah bidara. Nyum2..
Snow dah mula cair..
Haa..yg ni mereka ber3 bergambar suke2 ceria di perkarangan SGIA. Kat sini masih ada snow..tp nipis daah.
Bukan senang nak rakam imej yg sorang nih..
Dr td Iffah nak buat snowman dgn snowball tu..tp xjadik2 jgk..ibu malas nak tlg buatkan sbb sibuk dgn baby..lagipun sejuuk.
Snowman atas kubur di perkarangan Cathedral. Datang sini jap ingatkan ada lagi snow..rupenye dah cair belaka. Budak 2 orang tu xmau dekat & bergambar dgn snowman ni sbb rupenye mengerikan..maklumlah atas kubur.
Hmm..bila sampai je rumah, snow dah cair..rasanya dah tak turun lagi kot. Takpe nanti ada rezeki dapat main lagii..

Saturday, 22 November 2008

Tak Jadik Snow??

Hmm..nampaknya kabar2 angin yg ngatakan snow turun arini dongeng semata. Tak nampak pulok btg idung snow tu turun..pagi2 lagi cuaca dah terang benderang..mustahil la kalo snow nak turun..

Bila aku tanya pada abang..abang kata..mungkin ari Ahad pulok doh..hmm..tunggu esoklah pulok yer..kalo ada..kawe report dale blog nih..siap denge gamba sekali..

Nih buke kempune snow..tapi, kempune nak rakam dgn imej yg jelas krn..masa snow turun dulu, kami xdok digital camera (kena pow kat airport) dan handy cam kami xdok bateri..sbb charger pon kene pow jgk..kesian gak xdok gamba yg sejelas2nyer..masa tu amik gmbr pakai handset kawe..so xterang benderang fotonya..

Keindahan

Kali ni saja je nak masukkan entry alam semulajadi..foto2 ni dirakam semasa Pn. Narrator pergi bercuti..sejuuk mata memandang keindahan ciptaan Allah SWT ini. Dapat pahala free jika kita melihat ciptaan-Nya sambil mengagungkan kebesaran dan kekuasaan-Nya dan menginsafi kekerdilan diri sebagai hamba-Nya.
SUBHANALLAH