Trick-or-treating ni memang dah sinonim dgn Halloween. Kanak2 akan ketuk pintu rumah dan sebut 'trick or treat' kat tuan rumah, dgn harapan tuan rumah akan kasi gula2 @ duit. Jika si tuan rumah ni tak kasi apa2..mereka akan kasi 'trick' kat tuan rumah..eheheh. Dulu2, org cerita, ada yg baling telur, tomato...huh, jahat jugak eh? Tp, sekarang dah xde kot yg buat camtu..sbb tahun lepas kami xde stok gula2 nak kasi..dan kanak2 tu blah aje..mereka tak buat apa2 trick pun kat kami..syukuuur. Kat belah Scotland diorg akan nyanyi @ bercerita spooky tale..pastu baru minta gula2..hmm..ye ke.
Tadi, nak dijadikan cerita, sy tak sempat nak amik gula2 kat dlm bilik atas..kesian diorang dah tunggu lama, maka kami sepakat utk kasi muffin je. Nasib baik mereka ambil. Heheh. Pastu, kami tangkap gambar mrk yg bertopeng macam2 tu..walaupun pada mulanya mereka enggan... ;P. Thanx to Fakhzan tolong snap kan foto tu. And so sorry to those teenagers for not treating u with some sweets.
* Sekarang ni pun, kat mana2 ada jual labu.. "pumpkin". Yg menariknya, labu kat UK sangat cantik berbanding labu di Malaysia. Warna labu kat sini oren sangat..sungguh cantik. Kat Malaysia warna labu xberapa menarik kan? Biasanya diorang akan ukir labu tu utk dijadikan "Jack-o-Lantern" iaitu sejenis deco utk Halloween.
* Mengikut kepercayaan mereka, pd malam 31 Okt tu, roh & hantu2 aktif..huhuu..
* Kesian si Iffah yg menangis menggigil2 takut..huh, takut saja dia nih.